Anwar dan kuncu-kuncunya bakal dicantas Mahathir menerusi kelalaian Rameli Musa

“Hakikatnya, bukan hanya Mahathir tahu berkenaan dana yang disalurkan oleh Rameli kepada pemimpin-pemimpin PKR, beliau turut mengetahui betapa rapatnya hubungan Rameli dengan pegawai-pegawai tertentu di Maybank dan urusan-urusan beliau dengan pegawai-pegawai tersebut”

Raggie Jessy Rithaudeen

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Terlebih dahulu, saya ingin menegaskan bahawa segala apa yang bakal saya dedahkan menerusi bahagian pertama siri pencerahan ini (di bawah) dan bahagian kedua yang bakal menyusul tengah hari nanti merupakan kebenaran-kebenaran yang amat perlu umat Melayu-Islam hayati dan teliti.

Menerusi pendedahan-pendedahan ini, saya berharap agar umat Melayu-Islam dapat menetahui betapa jijiknya rejim Tun Dr Mahathir Mohamad yang niatnya hanyalah satu, iaitu untuk memecah-belahkan umat Melayu-Islam agar tampuk kepimpinan dan kekayaan negara akan sentiasa berada di dalam gengaman beliau dan terus diurus oleh kroni-kroni beliau.




Saudara saudari yang dikasihi sekalian,

Mungkin ramai lagi yang masih tidak tahu, bahawa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) secara langsung dalam satu siri siasatan terhadap Dato’ Dr Rameli Musa, iaitu pengerusi baru Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Untuk makluman, siasatan tersebut bertumpu kepada satu laporan polis yang telah saya buat Selasa lepas, bersamaan 4hb Mac 2019, di Ibu Pejabat Polis (IPD) di daerah Subang Jaya, Selangor.

Dalam laporan tersebut, saya mendakwa bahawa Rameli terlibat secara langsung dalam satu konspirasi yang cukup jahat bagi menyalurkan wang haram bernilai RM1.4 juta merentasi sempadan ke dalam sebuah akaun bank milik Clare Rewcastle Brown di United Kingdom (UK).

Konspirasi tersebut melibatkan Rameli, Americk Singh Sidhu, Bank Negara Malaysia dan Maybank Jalan Tun Razak dan merangkumi satu siri penipuan bagi mengelirukan bank pusat di UK dengan pemberian maklumat palsu kepada bank tersebut.

Saya memaklumkan kepada pihak polis bahawa dana tersebut disalurkan oleh Rameli ke dalam akaun bank milik anak guam Americk, iaitu peguam kepada Clare Rewcastle Brown, sebelum iannya disalurkan ke dalam akaun bank Clare yang berpusat di London.

Saudara saudari sekalian,

Pada satu ketika dulu, bukan hanya Rameli Musa merupakan kroni kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim, beliau banyak berjasa kepada Anwar berikutan pemecatannya dari kerajaan oleh Tun (bergelar Dato’ Seri pada ketika itu) Mahathir Mohamad.

Di sekitar tahun 1998, ketika pergerakan reformasi berada di ambang puncak kegemilangannya, Rameli memainkan peranan yang begitu penting dalam membantu menyalurkan wang dan khidmat guaman kepada kuncu-kuncu Anwar yang dipenjarakan oleh Mahathir.

Tingkah-laku serta keperihatinan Rameli ini terus mendapat perhatian oleh isteri Anwar, iaitu Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang mula merapatkan dirinya dengan Rameli dan beransur-ansur bergantung pada beliau untuk meneruskan gerakan reformasi.

Saban bulan, hubungan Rameli dan Wan Azizah menjadi semakin akrab hinggakan Rameli dan beberapa rakan seperniagaan beliau sanggup menghulurkan dana beratus ribu ringgit kepada kuncu-kuncu Wan Azizah bagi tujuan memarakkan gerakan reformasi.

Menerusi bantuan kewangan ini dan sumber-sumber kewangan lain dari dalam dan luar negara, kumpulan pengasas reformasi akhirnya berjaya mengambil alih Ikatan Masyarakat Islam Malaysia (IKATAN) dan menamakan semula parti tersebut Parti Keadilan Nasional (PKN).

Pada ketika itu, Wan Azizah masih tidak mahir menguruskan hal ehwal kewangan dengan cara yang tidak mudah dikesan oleh pihak berkuasa dan membenarkan Rameli melakukan transaksi-transaksi perbankan bersama-sama beberapa orang di PKN.

Transaksi-transaksi tersebut menyebabkan dana yang disalurkan oleh Rameli dan rakan-rakan seperniagaan beliau bertaburan merata-rata hinggakan ianya dapat dijejaki oleh pihak-pihak tertentu yang bersekongkol dengan Tun (bergelar Dato’ Seri pada ketika itu) Daim Zainuddin.

Beberapa bulan selepas tertubuhnya PKN, Daim mula merapatkan dirinya kepada Rameli dengan niat untuk mengeruhkan hubungan persahabatan beliau dengan Wan Azizah.

Seperti juga Mahathir dan kuncu-kuncu Anwar, Daim tahu bahawa isteri Anwar sememangnya seorang yang kuat curiga dan suka buruk sangka terhadap sesiapa yang dilihatnya berurusan dengan rakan-rakan Mahathir.

Justeru, Daim mula merancang beberapa projek pembekalan alat-alat otomotif dan pengangkutan untuk diberikan kepada syarikat milik Rameli dengan niat untuk mengikat beliau kepada kem Mahathir menerusi beban hutang kerajaan.

Pada ketika itu, Rameli sudahpun memiliki beberapa syaikat strategik yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam projek-projek otomotif dan pengangkutan, termasuk Ingress Engineering Sdn Bhd, iaitu sebuah syarikat yang ditubuhkannya pada tahun 1991 bersama-sama pemilik sebuah syarikat konsesi BMW.

Menerusi syarikat-syarikat tersebut, Rameli mula merapati Pengerusi TD Cars (Malaysia) Sdn Bhd, iaitu arwah Dato’ Dr Mohamad Jaffar Mohamad Ali, adik kepada Tun Siti Hasmah Mohamad Ali, isteri Mahathir.

Dengan bantuan Jaffar, Rameli mula mengembangkan sayapnya dalam bidang otomotif serta pengangkutan dan berjaya mendapatkan kontrak-kontrak pembekalan bahagian-bahagian otomotif kepada kumpulan Cycle & Carriage (CC) dan Proton.

Di sini sahaja, jelas dilihat bahawa Rameli sudahpun menapakkan kakinya ke dalam kedua-dua kem Anwar dan Mahathir beberapa tahun sebelum pemecatan Anwar dari kerajaan.

Ya, memang sudah menjadi tabiat Rameli dari dulu lagi untuk berbaik-baik dengan semua pihak biarpun tahu bahawa pihak-pihak tersebut saling tidak menyukai antara satu sama lain.

Tabiat inilah yang akhirnya menghantui Rameli apabila Mahathir mengambil keputusan baru-baru ini untuk mengorek segala apa aktiviti yang dilakukan oleh beliau bersama-sama pemimpin-pemimpin tertentu dari PKR dan UMNO.

Saudara saudari sekalian,

Usaha Daim untuk meretakkan hubungan persahabatan antara Rameli dan Wan Azizah membuahkan hasil apabila Rameli dilantik sebagai Naib Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Bukan Eksekutif Ingress di sekitar bulan Oktober tahun 2000.

Untuk makluman, walaupun Rameli merupakan pengasas bersama Ingress, perlantikan beliau ke jawatan-jawatan tersebut merupakan keputusan strategik susulan beberapa perjanjian penswastaan dan penstrukturan semula yang melibatkan beberapa syarikat milik Rameli.

Pada ketika itu, bukan hanya beliau dijanjikan pelbagai projek pembekalan oleh Daim, beliau turut terlibat dalam pembekalan teknologi-teknologi tertentu kepada TD Cars menerusi Ramdawi Sdn Bhd, iaitu sebuah lagi syarikat milik beliau yang ditubuhkan olehnya bersama-sama Dato’ Abdul Wahab Ismail, penasihat kumpulan Ingress.

Biarpun Rameli tahu bahawa Wan Azizah cukup tidak senang dengan hubungan akrabnya bersama Daim, beliau langsung tidak memikirkan apa-apa dan terus mengekalkan hubungan baiknya dengan pemimpin-pemimpin lain di PKN.

Pada tanggapan Rameli, tidak menjadi masalah sekiranya seseorang terus berhubung dengan pemimpin-pemimpin dari kedua-dua kem Mahathir dan Anwar kerana apa yang diinginkan oleh pemimpin-pemimpin tersebut hanyalah wang, kuasa dan kedudukan.

Justeru, dari kaca mata PKR, Rameli merupakan seorang hartawan yang ikhlas dan sanggup menghulurkan berjuta-juta ringgit kepada orang-orang Anwar dan Dato’ Seri Azmin Ali bagi membiayai kempen-kempen pilihanraya mereka.

Dari kaca mata Mahathir pula, Rameli merupakan rakan karib kepada adik Siti Hasmah dan antara usahawan-usahawan yang berjaya membekalkan Proton dengan bahagian-bahagian otomotif yang berkualiti pada harga yang berpatutan.

Disebabkan tidak ingin menggangu-gugat urusan perniagaan antara Rameli dan Jaffar, Mahathir mengambil keputusan untuk tidak melakukan apa-apa bairpun tahu bahawa Rameli menyalurkan dana kepada Wan Azizah bagi memarakkan lagi gerakan reformasi.

Tetapi kesemua itu berubah apabila Jaffar menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 14hb September 2001.

Pada ketika itu, Rameli sudahpun memiliki beberapa kontrak pembekalan bahagian-bahagian otomotif yang berbilion ringgit nilainya bersama-sama Proton, KTMB, BMW, Cycle & Carriage dan dua lagi syarikat pengeluar kereta.

Dua tahun kemudian, Mahathir meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia untuk memberi laluan kepada Tun (bergelar Dato’ Seri pada ketika itu) Abdullah Ahmad Badawi untuk menerajui kerajaan Barisan Nasional.

Dalam tempoh dua tahun tersebut, Mahathir meluluskan beberapa projek jangka pendek, sederhana dan panjang melibatkan pembinaan landasan keretapi berkembar dari Utara ke Selatan Semenanjung Malaysia.

Bagi mengikat Rameli dan mengeruhkan lagi hubungan antara beliau dan Wan Azizah, Mahathir mengarahkan Daim untuk memasuki beberapa perjanjian sulit dengan syarikat Bealfour Beatty Rail Sdn Bhd (BBR), sebuah lagi syarikat yang dimiliki bersama Rameli menerusi pegangan sahamnya dalam Ingress.

Memandangkan Daim sendiri berminat untuk menguasai segala rangkaian pengangkutan rel di seluruh semenanjung, beliau terus menjanjikan Rameli beberapa kontrak pembekalan sistem komunikasi dan pengisyaratan untuk beberapa tahap pembinaan landasan berkembar tersebut.

Apabila Wan Azizah dimaklumkan perkara tersebut, beliau menjadi tidak selesa dan mula mencari sumber-sumber alternatif bagi membiayai aktiviti-aktiviti reformasi sejurus selepas Parti Keadilan Rakyat (PKR) dibentuk.

Pada tanggapan beliau, hubungan akrab Rameli dan Daim bermakna Mahathir mampu mengetahui secara langsung berapa banyak dana yang disalurkan oleh pengasas syarikat Ingress tersebut kepada setiap satu pemimpin di PKR.

Tanggapan beliau tepat.

Hakikatnya, bukan hanya Mahathir tahu berkenaan dana tersebut, beliau turut mengetahui betapa rapatnya hubungan Rameli dengan pegawai-pegawai tertentu di Maybank dan urusan-urusan beliau dengan pegawai-pegawai tersebut.

Umum perlu tahu, bahawa Rameli sentiasa mengekalkan hubungan akrab dengan pegawai-pegawai tersebut kerana tahu bahawa Maybank mempunyai pengaruh yang begitu besar dalam cara urus tadbir kedua-dua syarikat Ingress dan Ramdawi.

Ini memandangkan Rameli sendiri mengikrarkan sebahagian besar saham syarikat-syarikat tersebut kepada Maybank hinggakan Maybank Nominees tersenarai sebagai pemegang ekuiti terbesar syarikat-syarikat tersebut.

Kesemua ini berada dalam pengetahuan Mahathir, termasuk cara Rameli mendapatkan pinjaman RM110 juta dari Maybank Investment Bank Berhad bagi tujuan penswastaan Ingress pada harga RM1.85 seunit.

Oleh kerana begitu yakin pegawai-pegawai kenalan beliau tidak akan membocorkan rahsia-rahsia beliau kepada sesiapa, Rameli beransur-ansur menjadi lalai hinggakan sanggup meninggalkan rekod-rekod penyaluran dana beliau kepada pemimpin-pemimpin PKR bertaburan di sana-sini.

Kelalaian inlah yang bakal menjahanamkan Anwar dan menyebabkan beliau tidak mungkin akan dapat bertapak dalam kerajaan sebagai Perdana Menteri Malaysia sebelum pilihanraya umum ke-15 (PRU15).

Bersambung petang ini…


Click on the button below, or send a WhatsApp to +60164049082 if you intend to make a direct contribution to our account. We thank you for your support and hope to continue bringing you great content in the years to follow.


FOLLOW US ALSO VIA THE FOLLOWING LINKS:

Raggie Jessy Rithaudeen on Twitter

The Third Force on Twitter

Raggie Jessy Rithaudeen on Facebook

TowardsGE15 on Facebook

Gagasan Tiga (G3) on Facebook

The Third Force (Telegram)



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...