Anwar mengesahkan Hadi merupakan mangsa fitnah Ambiga dalam isu RM90 juta

“Dakwaan terbaru Anwar sekaligus membuktikan bahawa Dato’ Ambiga Sreenevasan menipu Clare berkenaan isu RM90 juta. Menurut Ambiga, dana tersebut berasal dari 1MDB. Menurut Anwar pula, terdapat bukti kukuh menunjukkan dana tersebut berasal dari UMNO, bukannya terus dari 1MDB. Ini bermaksud Anwar mempunyai bukti baru yang mampu membantu siasatan pihak SPRM dan polis tetapi menahan bukti tersebut daripada kedua-dua pihak. Atas dasar inilah saya akan membuat satu laporan polis terhadap Anwar sebentar lagi di IPD Subang Jaya, Selangor”

Raggie Jessy Rithaudeen

Umum sedia maklum, bahawa presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, mecabar Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk mendedahkan identiti sebenar pemimpin-pemimpin PAS yang kononnya menerima wang sogokan daripada UMNO menerusi saluran-saluran tertentu.

Cabaran tersebut dikemukakan oleh Hadi semalam susulan daripada satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Anwar Jumaat lalu, di mana presiden PKR tersebut mendakwa memiliki bukti bahawa pemimpin-pemimpin tertentu dari PAS menerima sebahagian daripada dana RM90 juta yang sebelum ini didakwa Clare Rewcastle Brown berasal dari 1MDB.

Menurut portal Free Malaysia Today, Hadi memberitahu bahawa pihaknya mengalu-alukan pendedahan dari Anwar berkenaan perkara tersebut dan terpulang kepada Anwar untuk mendedahkan perkara itu dalam masa terdekat.


“Kita akan buat kenyataan selepas dia (Anwar) dedahkan,” Hadi dikhabarkan berkata sejurus selepas merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Perak ke-36 di sini, hari ini.

Saudara saudari sekalian,

Ini bukanlah kali pertama Anwar menabur fitnah terhadap Hadi mahupun pemimpin-pemimpin PAS yang lain.

Pada 27hb Febuari 2019, tiga hari sebelum berlangsungnya Pilihanraya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri di Semenyih, Selangor, Anwar cuba mempengaruhi pengundi dengan dakwaan kononnya Hadi membayar RM1.4 juta kepada Clare bagi memenuhi sebahagian daripada perjanjian penyelesaian kes di luar mahkhamah.

Kes yang dimaksudkan di sini merupakan saman fitnah yang dibawa oleh Hadi terhadap pemilik dan pengendali portal Sarawak Report tersebut di London susulan daripada satu penerbitan di mana Clare mendakwa kononnya Dato’ Seri Najib Tun Razak menyogok kepimpinan tertinggi PAS dengan wang suapan sebanyak RM90 juta.

Dua hari selepas Anwar membuat dakwaan tersebut, Clare mengesahkan ada menerima bayaran daripada Hadi dan bertindak menerbitkan dua dokumen – satu berupa gambar sekeping cek yang didakwanya digunakan untuk melakukan pembayaran tersebut, dan satu lagi berupa salinan sepucuk surat yang ditujukan oleh beliau sendiri kepada Pengurus Maybank Jalan Tun Razak.

Dalam surat Maybank tersebut, Clare mendakwa bahawa Hadi membayarnya RM1.4 juta bagi memenuhi sebahagian daripada perjanjian penyelesaian luar mahkhamah yang didakwanya dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Pada mulanya, saya tidak mengendahkan dakwaan-dakwaan tersebut kerana tahu benar sikap Clare yang tidak serik menabur fitnah sejak sebelum pilihanraya umum ke-14 lagi.

Walaubagaimanapun, sebaik sahaja seorang peguam bernama Americk Singh Sidhu mengesahkan kesahihan dokumen-dokumen tersebut, saya terus membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Selangor.

Dalam laporan tersebut, saya memberitahu pihak polis bahawa Clare bersubahat dengan Americk dan Dato’ Dr Rameli Musa untuk menyalurkan RM1.4 juta secara haram merentasi sempadan ke dalam akaun bank peribadi Clare di United Kingdom (UK).

Untuk makluman, Americk merupakan peguam Clare dalam kes saman fitnah yang dibawa oleh Sultanah Terengganu terhadap pemilik dan pengendali portal Sarawak Report tersebut manakala Rameli merupakan tuan yang empunya cek bernilai RM1.4 juta yang disalurkan kepada Clare menerusi akaun bank anak guam Americk.

Saudara saudari sekalian,

Semasa membuat laporan, apabila ditanya oleh pegawai penyiasat, saya menjelaskan bahawa Rameli sememangnya membuat bayaran RM1.4 juta kepada Clare atas arahan Perdana Menteri Malaysia, iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad.

Saya menjelaskan bahawa tujuan Mahathir mengarahkan Rameli berbuat demikian adalah bagi membiayai kos guaman Clare di London agar pengendali portal Sarawak Report tersebut mampu menyelesaikan kes saman Hadi terhadapnya di luar mahkhamah.

Untuk makluman, bukan hanya Hadi tidak terlibat dengan bayaran tersebut, persetujuan rasmi untuk menyelesaikan kes saman beliau terhadap Clare di luar mahkhamah jelas memperinci bahawa tidak ada pembayaran kos membabitkan mana-mana pihak.

Malah, surat yang dikemukakan oleh Clare kepada Pengurus Maybank Jalan Tun Razak yang kononnya membuktikan bahawa Hadi menyalurkan dana RM1.4 juta kepadanya merupakan surat peribadi yang ditujukan oleh beliau sendiri kepada pengurus bank tersebut, tidak lebih dari itu.

Bukan hanya surat tersebut tidak melibatkan Hadi mahupun peguam-peguam Hadi, ianya tidak merangkumi sebahagian daripada “bundle” dokumen yang disertakan oleh peguam-peguam Clare dan Hadi semasa memfailkan persetujuan menyelesaikan kes di luar mahkhamah.

Alangkah anehnya, bahawa Pengurus Maybank Jalan Tun Razak tidak pernah cuba untuk menghubungi Hadi mahupun peguam-peguam beliau bagi mengesahkan sekiranya benar beliau ingin membayar Clare RM1.4 juta.

Lebih aneh lagi, pihak Bank Negara sendiri tidak pernah cuba untuk menghubungi Hadi mahupun peguam-peguam beliau biarpun dana tersebut begitu besar nilainya.

Sudah tentu pergerakan dana yang sebegitu besar secara tiba-tiba, biarpun dalam negara, akan mencetuskan komunikasi di antara Americk, Maybank dan pihak Bank Negara, apatah lagi bila dana tersebut disalurkan merentasi sempadan ke luar negara.

Kegagalan kesemua pihak yang dinamakan untuk berhubung dengan Hadi mahupun peguam-peguam beliau sah menunjukkan bahawa mereka bersubahat untuk menyalurkan wang haram ke UK dengan mengelirukan bank pusat di sana.

Memandangkan penyaluran tersebut dicetuskan oleh Rameli menerusi cek bernilai RM1.4 juta, tidak syak lagi bahawa beliau bersubahat dengan Clare dan peguamnya untuk memburukkan nama Hadi.

Masakan tidak, sedangkan Rameli berdiam diri tatkala Anwar menuduh Hadi membayar Clare RM1.4 juta biarpun tahu bahawa cek dengan nilai tersebut yang dikeluarkannya bukan atas arahan Hadi

Saudara saudari sekalian,

Suka tak suka, kita harus bersyukur kerana Anwar tergamak menabur fitnah yang tidak masuk akal terhadap Hadi dan pemimpin-pemimpin PAS yang lain.

Ini memandangkan fitnah tersebut menjurus kepada satu laporan polis di mana pihak PDRM diminta siasat Americk, Rameli, Pengurus Maybank Jalan Tun Razak dan Bank Negara atas tuduhan menyalurkan dana secara haram merentasi sempadan ke UK.

Disebabkan laporan itulah isu RM1.4 juta secara tiba-tiba lenyap bersama-sama dakwaan kononnya Hadi membayar jumlah tersebut bagi menyelesaikan bil guaman Clare yang tertunggak di London.

Kini timbul pula satu lagi dakwaan baru, kononnya wang sogokan RM90 juta yang sebelum ini didakwa Clare berasal dari 1MDB sebenarnya berasal dari UMNO.

Apakah sekadar satu kebetulan bahawa dakwaan ini timbul hanya tiga minggu sebelum berlangsungnya Pilihanraya Kecil (PRK) bagi kerusi parlimen Sandakan di Sabah?

Apapun, dakwaan terbaru Anwar sekaligus membuktikan bahawa Dato’ Ambiga Sreenevasan sememangnya menipu Clare berkenaan isu dana RM90 juta.

Menurut Ambiga, dana tersebut berasal dari 1MDB. Menurut Anwar pula, terdapat bukti kukuh menunjukkan dana tersebut berasal dari UMNO, bukannya terus dari 1MDB.

Tidak pernah pula Clare atau Ambiga mendakwa apa-apa berkenaan penyaluran dana dari UMNO dengan apa jua cara sekalipun.

Ini bermaksud Anwar mempunyai bukti baru yang mampu membantu siasatan pihak SPRM dan polis tetapi menahan bukti tersebut daripada kedua-dua pihak.

Atas dasar inilah saya akan membuat satu laporan polis terhadap Anwar pada pukul 2.30 petang ini di IPD Subang Jaya, Selangor.

Saudara saudari sekalian,

Laporan yang bakal dibuat merupakan susulan daripada dua laporan yang pernah saya buat tidak lama dahulu – satu di IPD Subang Jaya (pada 9hb Febuari 2019) dan satu lagi di ibu pejabat SPRM di Shah Alam (pada. 7hb Febuari 2019).

Dalam laporan-laporan tersebut, saya meminta kedua-dua pihak polis dan SPRM untuk siasat samada benar Ambiga menerima suapan dari pihak tertentu untuk membuat dakwaan-dakwaan palsu terhadap Najib dan PAS.

Dakwaan-dakwaan tersebut terkandung dalam satu dokumen rasmi bertajuk Defence and Counterclaim Statement (D&C) yang difailkan oleh peguam Clare di Mahakhamah Tinggi London pada 11hb Oktober 2017.

Dalam dokumen tersebut, Clare mendakwa bahawa segala tuduhan berkaitan isu RM90 juta yang beliau lemparkan terhadap PAS dan presiden parti tersebut adalah bersandar secara langsung kepada maklumat yang diberikan oleh Ambiga kepadanya.

Dalam ertikata lain, Clare menuduh Ambiga menjadi dalang kepada dakwaan kononnya Najib menyogok kepimpinan tertinggi PAS menggunakan wang yang dicuri dari 1MDB.

Sekiranya benar Anwar memiliki bukti bahawa Ambiga menipu, sudah tiba masanya beliau mengemukakan bukti tersebut kepada pihak SPRM dan polis kerana bukti tersebut mampu membersihkan nama Hadi dan saya.

Ini memandangkan dokumen D&C yang difailkan oleh peguam Clare di Mahakhamah Tinggi London turut mengandungi nama saya, di mana saya dituduh bertindak sebagai agen Hadi untuk membuat terbitan-terbitan tertentu.

Justeru, bukan hanya saya mempunyai locus standi untuk membuat laporan polis terhadap Anwar, saya berhak terlibat secara langsung dalam siasatan yang bakal dijalankan oleh pihak SPRM dan polis terhadap beliau berhubung kedua-dua isu yang dimainkannya, iaitu isu RM90 juta dan RM1.4 juta.


Click on the button below, or send a WhatsApp to +60164049082 if you intend to make a direct contribution to our account. We thank you for your support and hope to continue bringing you great content in the years to follow.


FOLLOW US ALSO VIA THE FOLLOWING LINKS:

Raggie Jessy Rithaudeen on Twitter

The Third Force on Twitter

Raggie Jessy Rithaudeen on Facebook

TowardsGE15 on Facebook

Gerakan Bangsa Nasional

The Third Force (Telegram)

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...