Bagaimana Azmin mencantas usul undi tidak percaya Anwar

“Clare takut, bahwa sekiranya beliau tidak menurut segala apa yang dituntut Mahathir, bank pusat di UK akan secara ‘tiba-tiba’ mendapat satu surat dari kerajaan Malaysia berkenaan hasil ‘siasatan’ SPRM yang menunjukkan berlakunya pengaliran wang haram merentasi sempadan ke dalam akaun bank beliau”

Raggie Jessy Rithaudeen

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Artikel ini merupakan bahagian ketiga satu siri pencerahan yang bertujuan untuk menyedarkan setiap seorang yang bergelar Islam di Malaysia betapa jijiknya rejim DAP pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sepertimana yang saya beritahu dalam bahagian pertama dan kedua siri ini, niat rejim ini hanyalah satu, iaitu untuk memecah-belahkan umat Melayu-Islam agar tampuk kepimpinan dan kekayaan negara akan sentiasa berada di dalam gengaman Mahathir dan terus diurus oleh kroni-kroni beliau.


Dalam bahagian ini, kita akan rungkai bersama-sama cara Mahathir memerangkap ketiga-tiga Dato’ Dr Rameli Musa, Clare Rewcastle Brown dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim agar setiap satu daripada mereka tidak berani mengkhianati beliau menerusi komplot-komplot untuk meletakkan titik noktah pada jawatan beliau dalam kerajaan.

Saudara saudari sekalian,

Menerusi bahagian pertama dan kedua, saya membuat beberapa pendedahan berkenaan Dato’ Dr Rameli Musa yang antaralain menyentuh tentang hubungan akrab beliau dengan isteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim ketika gerakan reformasi berada di ambang puncak kegemilangannya (ikuti pautan di bawah artikel ini untuk membaca pendedahan yang dimaksudkan secara terperinci)..

Dalam bahagian kedua, saya turut bercerita tentang penyaluran dana oleh Rameli menerusi saluran-saluran tertentu yang melibatkan syarikat-syarikat milik beliau bagi tujuan membiayai pelbagai aktiviti membabitkan pemimpin-pemimpin PKR dan juga UMNO sejak zaman reformasi lagi.

Bahagian tersebut berakhir dengan satu pendedahan berkenaan arahan yang dikeluarkan oleh Mahathir sendiri kepada ketua SPRM, iaitu Dato’ Seri Mohd Shukri Abdull, agar buku cek Rameli ‘dirampas’ bersama-sama dokumen berkaitan yang membabitkan Rameli dan Maybank.

Menerusi rampasan tersebut dan keterangan-keterangan bersumpah yang diberikan oleh Rameli, Mahathir memulakan satu operasi ‘korek-mengorek’ bersama beberapa pegawai dari SPRM untuk merungkai segala apa yang masih belum diketahuinya berkenaan penyaluran dana dari kesemua syarikat Rameli ke akaun-akaun bank yang dimiliki oleh pemimpin-pemimpin tertentu di UMNO dan PKR.

Hasil daripada kerja ‘korek-mengorek’ inilah Mahathir mengumpul bukti yang kukuh berkenaan dana yang disalurkan oleh Rameli sejak tahun 1998 lagi bagi tujuan memarakkan gerakan reformasi, membiayai pembelian parti Ikatan Masyarakat Islam Malaysia (IKATAN) oleh gerakan tersebut, membiayai kempen-kempen pilihanraya calon-calon PKR dan UMNO semasa pilihanraya umum ke-14, dan menyogok pegawai-pegawai tertentu di Maybank bagi tujuan mendapatkan kelulusan pinjaman kewangan.

Mahathir turut mengumpul bukti berkenaan penglibatan Rameli dalam penyaluran dana kepada NGO-NGO tertentu menerusi beberapa pihak berkepentingan dari dalam dan luar negara, khususnya pihak-pihak dari Thailand dan kawasan-kawasan tertentu di Indonesia.

Saudara saudari sekalian,

Tidak ramai yang tahu berkenaan penglibatan Dato’ Seri Azmin Ali dalam satu misi rahsia untuk mengugut sebilangan ahli parlimen PKR agar mereka melupakan hasrat untuk menyokong usul undi tidak percaya yang dirancang oleh Anwar.

Beberapa hari sebelum parlimen mula bersidang, dengan berbekalkan bukti, Azmin mengadakan satu perjumpaan sulit dengan beberapa ahli parlimen PKR dan memaklumkan bahawa Mahathir sudah mempunyai bukti yang cukup untuk membatalkan kemenangan mereka dalam pilihanraya umum ke-14 kerana berbelanja lebih dari had yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya bagi kempen-kempen yang melibatkan kerusi-kerusi parlimen.

Satu demi satu, kesemua ahli parlimen tersebut mula membongkar segala apa yang dirancang oleh Anwar, termasuklah penglibatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seorang lagi pemimpin dari DAP yang tidak ingin saya namakan buat masa ini dalam satu komplot besar untuk mengusulkan undi tidak percaya terhadap Mahathir.

Pemimpin DAP yang dimaksudkan itu sememangnya disogok oleh Mahathir sejak sebelum pilihanraya lagi menerusi satu perjanjian yang melibatkan persetujuan oleh pemimpin tersebut untuk membenarkan Mahathir menerajui Pakatan Harapan dan dinamakan sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Untuk makluman, pemimpin tersebut turut terlibat dalam komplot-komplot yang membabitkan Dato’ Ambiga Sreenevasan, Dato’ Seri Khairuddin Abu Hassan, Matthias Chang dan Clare Rewcastle Brown untuk mengaibkan Dato’ Seri Najib Tun Razak dan mengagalkan segala usaha penyatuan yang membabitkan PAS dan UMNO.

Saudara saudari sekalian,

Rameli sebenarnya dipergunakan oleh Mahathir untuk menyalurkan dana RM1.4 juta secara haram kepada Clare menerusi akaun bank milik anak guam Americk Singh Sidhu, iaitu peguam kepada pemilik dan pengendali portal Sarawak Report tersebut dalam kes saman fitnah yang dibawa oleh Sultanah Terengganu terhadap beliau.

Penyaluran dana tersebut melibatkan satu siri penipuan yang turut membabitkan Americk, Bank Negara Malaysia dan Maybank Jalan Tun Razak bagi mengelirukan bank pusat di UK dengan pemberian maklumat palsu kepada bank tersebut.

Anwar tidak sedar, bahawa Mahathir sengaja mempergunakan Rameli agar segala apa dana yang pernah disalurkan oleh peneraju syarikat Ingress tersebut kepada ahli-ahli PKR dan NGO-NGO pro-Anwar mampu dirungkai sekiranya ada pihak yang cukup bodoh membongkar pembayaran dana RM1.4 juta oleh beliau kepada anak guam Americk.

Untuk memrangkap Anwar, Mahathir meminta Clare memberitahu beliau bahawa terdapat satu cara untuk mengelirukan rakyat agar mereka percaya bahawa dana tersebut berasal daripada Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang.

Kedua-dua Clare dan Anwar termakan umpan Mahathir dan terus membuat pendedahan kandungan sepucuk surat yang ditujukan oleh Clare secara peribadi kepada pengurus Maybank Jalan Tun Razak tanpa menjangka bahawa saya akan terbau muslihat mereka dan membuat laporan polis.

Menyedari laporan tersebut dibuat, Mahathir terus meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) untuk menerajui siasatan polis terhadap Rameli dan mengumpul segala apa maklumat yang mampu membuktikan bahawa dana RM1.4 juta disalurkan secara haram ke dalam akaun bank Clare di United Kingdom (UK).

Mahathir berbuat demikian agar Clare tidak akan terfikir untuk bersubahat dengan Anwar atau mana-mana pihak lain bagi membongkarkan segala konspirasi yang melibatkan beliau untuk mengaibkan Najib dan Hadi.

Ya, saudara saudari sekalian, Clare takut, bahawa sekiranya beliau tidak menurut segala apa yang dituntut Mahathir, bank pusat di UK akan secara ‘tiba-tiba’ mendapat satu surat dari kerajaan Malaysia berkenaan hasil ‘siasatan’ SPRM yang menunjukkan berlakunya pengaliran wang haram merentasi sempadan ke dalam akaun bank beliau.

Bersambung….


BAHAGIAN PERTAMA

Anwar dan kuncu-kuncunya bakal dicantas Mahathir menerusi kelalaian Rameli Musa

BAHAGIAN KEDUA

Mahathir sudah mempunyai bukti cukup untuk menguburkan Anwar bersama Rameli


Click on the button below, or send a WhatsApp to +60164049082 if you intend to make a direct contribution to our account. We thank you for your support and hope to continue bringing you great content in the years to follow.


FOLLOW US ALSO VIA THE FOLLOWING LINKS:

Raggie Jessy Rithaudeen on Twitter

The Third Force on Twitter

Raggie Jessy Rithaudeen on Facebook

TowardsGE15 on Facebook

Gagasan Tiga (G3) on Facebook

The Third Force (Telegram)

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...