KENYATAAN MEDIA: SAYA AKAN ‘MENELANJANGKAN’ AMBIGA SREENEVASAN MENERUSI PENDEDAHAN-PENDEDAHAN MEDIA

Raggie Jessy Rithaudeen

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saudara saudari yang dihormati sekalian,

Pada 12hb Febuari 2019, Malaysiakini melaporkan bahawa pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah meneliti akaun bank PAS dan mendapati bahawa tiada dana dari 1MDB disalurkan ke akaun tersebut.

Pada jangkaan saya, penelitian tersebut dibuat selepas kertas siasatan dibuka oleh pihak SPRM berdasarkan satu laporan yang kononnya dibuat oleh seorang awam yang mendakwa bahawa pemimpin-pemimpin PAS menerima wang suapan bernilai RM90 juta dari UMNO.


Menurut Malaysiakini, akaun yang diteliti oleh pihak SPRM tersebut merupakan akaun yang didaftarkan di bawah nama parti PAS dan bukannya akaun peribadi pemimpin-pemimpin PAS.

Berikutan itu, pada 19hb Febuari 2019, The Malaysian Insight mengulangi dakwaan Malaysiakini denagn mengesahkan bahawa pihak SPRM tidak menjumpai “money trail” yang menunjukkan bahawa RM90 juta disalurkan dari akaun UMNO ke PAS.

Pendedahan-pendedahan ini saya kira amat berat dari segi implikasinya terhadap sistem keadilan negara dan melibatkan perkembangan-perkembangan yang sepatutnya dipandang serius oleh SPRM dan diumumkan agensi tersebut dalam kapasiti rasmi, bukannya menerusi media.

Anehnya, pihak SPRM langsung tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi samada bersetuju atau menyangkal dakwaan Malaysiakini dan The Malaysian Insight biarpun sudah lebih seminggu dakwaan pertama dibuat.

Pihak SPRM turut tidak mengendahkan tuntutan saya yang bertarikh 12hb Febuari 2019 di mana saya menyeru supaya badan tersebut meneliti laporan Malaysiakini dan mengesahkan samada kandungannya benar atau tidak.

Tindak-tanduk SPRM ini bukan hanya mampu menimbulkan pelbagai spekulasi, ianya dilihat sebagai satu konspirasi yang mungkin wujud di antara SPRM dan orang-perorangan tertentu untuk membocorkan rahsia kepada umum dalam kapasiti bukan rasmi.

Justeru itu, saya menyeru kepada pihak SPRM agar tidak melengahkan masa lagi dan terus membuat satu pengisytiharan di media tempatan berkenaan kesahihan pendedahan-pendedahan yang dibuat oleh Malaysiakini dan The Malaysian Insight.

Sekiranya benar apa yang dikatakan oleh portal-portal tersebut, maka sah bahawa Dato’ Ambiga Sreenevasan menipu pemilik dan pengendali portal Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown, bahawa Dato’ Seri Najib Tun Razak telah menyalurkan wang suapan bernilai RM90 juta dari 1MDB untuk menyoggok beberapa pemimpin PAS.

Untuk makluman, dakwaan tersebut jelas terkandung di dalam satu rakaman perbualan di antara Clare dan Ambiga yang sudahpun diberikan secara rasmi kepada unit perisik Special Branch di Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Rakaman tersebut turut dimiliki pihak SPRM yang sudah lama mengetahui bahawa Ambiga menipu berkenaan pembayaran RM90 juta tersebut sehingga menggangu-gugat keharmonian politik negara dan masyarakat umum.

Rakaman yang dimiliki SPRM dan pihak Special Branch (SB) Bukit Aman turut berserta teks-teks perbualan dan komunikasi lain yang berlaku di antara Ambiga dan Clare dan jelas menunjukkan bahawa kedua-dua mereka berkomplot untuk merekacipta satu konspirasi palsu dengan dakwaan kononnya Najib membayar pemimpin-pemimpin tertentu PAS RM90 juta dengan niat ‘membeli’ sokongan mereka.

Untuk makluman lanjut, pihak SB telah mengetahui sejak bertahun-tahun lamanya setiap gerak-geri Clare menerusi seorang ajen perisik yang ditanam SB dalam satu kumpulan yang terdiri daripada rakan-rakan kenalan Clare di United Kingdom (UK).

Disebabkan ajen tersebut, pihak SB mengetahui segala apa yang dirancang Clare bersama Ambiga dan Khairuddin Abu Hassan dan telah mengetahui sejak sebelum tahun 2015 lagi bahawa beberapa tuduhan yang dilemparkan terhadap Najib oleh Clare melibatkan satu konspirasi yang terancang.

Umum sedia maklum, bahawa pada 7hb Febuari 2019, saya telah membuat satu laporan di SPRM Shah Alam terhadap Ambiga berhubung kes saman fitnah Dato’ Seri Abdul Hadi Awang terhadap Clare.

Tujuan laporan tersebut dibuat adalah bagi meminta pihak SPRM menyiasat dua perkara, iaitu:

1. samada Ambiga mempunyai bukti bahawa Dato’ Seri Najib Tun Razak menyogok pemimpin-pemimpin PAS dengan wang suapan sebanyak RM90 juta, dan

2. samada benar kenyataan yang terkandung dalam Defence and Counterclaim statement yang difailkan oleh peguam Clare di Mahkhamah Tinggi London pada 11hb Oktober 2017.

Kenyataan yang dimaksudkan dalam hujah bernombor 2 mendakwa bahawa Ambiga merupakan orang yang menceritakan kepada Clare berkenaan perkara yang tertera dalam hujah bernombor satu (seperti yang dilampirkan).

Dalam laporan tersebut, saya telah meminta pihak SPRM mengunakan kuasa sepenuhnya yang diberikan kepada suruhanjaya tersebut di bawah Perlembagaan Persekutuan dan MACC Act 2009 untuk memaksa Ambiga menjawab perkara-perkara yang tertera dalam hujah bernombor satu dan dua.

Saya hairan mengapa pihak SPRM mengambil masa begitu lama untuk mengisytiharkan perkembangan-perkembangan berkaitan penyiasatan yang dilakukan oleh agensi tersebut terhadap Ambiga.

Saya ulang, bahawa pihak SPRM wajib mengeluarkan kenyataan media dengan kadar segera bagi mengelakkan sebarang bentuk keraguan mahupun kemusykilan di kalangan rakyat jelata terhadap agensi tersebut.

Dalam kenyataan tersebut, pihak SPRM perlu mengisytiharkan dua perkara, iaitu samada dakwaan yang terkandung dalam penerbitan Malaysiakini dan The Malaysian Insight betul dan juga keputusan penyiasatan SPRM terhadap Ambiga.

Kenyataan tersebut amat perlu bagi membantu pihak polis melakukan siasatan berdasarkan laporan susulan yang telah saya buat terhadap Ambiga pada 9hb Febuari 2019 di Ibu Pejabat Polis (IPD) di Subang Jaya, Selangor.

Saya sedang menunggu keputusan siasatan terhadap Ambiga oleh pihak SPRM dan berhak mengetahui segala apa tindakkan yang bakal dikenakan terhadapnya memandangkan sayalah yang membuat laporan terhadapnya.

Tertakluk kepada kenyataan oleh pihak SPRM, saya akan ‘menelanjangkan’ Ambiga dan Tommy Thomas menerusi pendedahan-pendedahan tertentu dari masa ke semasa supaya rakyat jelata akan maklum siapa mereka sebenarnya dan bagaimana mereka bersubahat bagi mengaibkan pemimpin-pemimpin tertentu di Malaysia, khususnya mereka yang beragama Islam.

Sekian sahaja kenyataan dari saya.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Saya Yang Benar,

Raggie Jessy Rithaudeen

Ketua Pergerakan Malaysiaku Tanahairku

Ketua Kumpulan Penggerak TTF


Click on the button below, or send a WhatsApp to +60164049082 if you intend to make a direct contribution to our account. We thank you for your support and hope to continue bringing you great content in the years to follow.


FOLLOW US ALSO VIA THE FOLLOWING LINKS:

Raggie Jessy Rithaudeen on Twitter

The Third Force on Twitter

Raggie Jessy Rithaudeen on Facebook

TowardsGE15 on Facebook

Gagasan Tiga (G3) on Facebook

The Third Force (Telegram)

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...