Kes pembunuhan Allahyarham Abdul Jalil Ibrahim semasa zaman Dr M perlu dibuka semula

ABCD

CIA telah mendedahkan tentang penglibatan Dr. Mahathir dalam jenayah kleptokrasi menerusi dokumen enam halaman yang dinyah klasifikasikan pada Januari 2017 melibatkan penyaluran berbilion ringgit daripada anak syarikat BBMB, bank yang telah dilupuskan oleh Mahathir, kepada spekulator hartanah Hong Kong, Carrian Group.

Jenayah kleptokrasi tersebut telah membunuh Pembantu Pengurus Besar BBMB, Abdul Jalil Ibrahim yang sebelum dibunuh, tidak sempat menghabiskan surat yang ditulis kepada isterinya yang memaklumkan tentang gangguan ‘orang atasan’ terhadapnya.

Rujuk: http://malaysiandigest.com/…/655363-pembunuhan-jalil-ibrahi…

Memandangkan kes pembunuhan Altantuya Shiiribu hendak dibuka semula setelah kegagalan besar mencari bukti 1MDB, SRC dan RM2.6 bilion, elok benarlah sekiranya kes pembunuhan Allahyarham Abdul Jalil Ibrahim juga dibuka sama.

Lagipun, Dr. Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah yang merupakan dua watak yang wujud dalam kes tersebut, masih hidup lagi.

Seperti Altantuya Shiiribu, Abdul Jalil Ibrahim dan waris serta ahli keluarganya juga perlukan pembelaan. Rakyat Malaysia secara keseluruhannya juga berhak tahu perkara sebenar.

Note: If everyone who likes our content helps fund it, it would help us bring more such content in the future. For as little as RM10, you can support The Third Force, and it only takes a minute. Click the donate button on the top right or follow the link HERE if you intend to make a contribution. Thank you.

Comments

Comments


Loading...