Laporan Polis BMF: Pegawai PDRM disyaki bersubahat beri kekebalan pada Lim Guan Eng

“GBN memutuskan untuk berjumpa terus dengan Hamid Bador kerana mengesyaki ada usaha pihak tertentu, samada dari PDRM ataupun Jabatan Peguam Negara atau kedua-duanya sekali, untuk melindungi Lim Guan Eng. Sidang media akan diadakan Selasa depan

Raggie Jessy Rithaudeen

Gerakan Bangsa Nasional hari ini memutuskan akan mengutus surat rasmi kepada Ketua Polis Negara, Dato’ Seri Abdul Hamid Bador, bagi meminta penjelasan berhubung tindakan PDRM mengklasifikasikan laporan terhadap Lim Guan Eng “tiada tindakan lanjut” tidak sampai setengah jam ianya dibuat.

Ini memandangkan laporan tersebut mempunyai hujah yang teramat kukuh mencadangkan Lim cuba melagakan masyarakat Islam dan bukan Islam serta mencerminkan PAS dan UMNO sebagai parti rasis dan ekstremis lampau menggunakan isu “boikot barang buatan bukan Bumiputra”


Kronologinya seperti berikut:

Pada 12hb September 2019, lebih kurang pada pukul 3 petang, GBN berjumpa dengan pihak polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Selangor bagi meminta Hamid Bador untuk membuka kertas siasatan bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan akta-akta lain yang berkaitan bagi menyiasat Setiausaha Agong DAP, Guan Eng.

Ini berikutan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Lim di media berhubung isu “boikot produk keluaran bukan Bumiputra,” di mana kenyataan-kenyataan ini disyaki bertujuan melagakan masyarakat bukan Islam dan Islam serta mencerminkan PAS dan UMNO sebagai parti rasis dan ekstremis lampau.

Pihak PDRM diberitahu bahawa kenyataan Lim berbaur perkauman atas sebab-sebab berikut:

1. Kata dua yang diberikan oleh Lim kepada UMNO dan PAS tidak pernah ditujukan kepada parti-parti lain di PH.

2. UMNO dan PAS sebelum ini sering dituduh oleh pemimpin-pemimpin DAP sebagai ekstrim agama.

3. Lim tidak pernah menunjukkan bukti ataupun memberikan sebab munasabah mengapa UMNO dan PAS dilibatkan.

4. Lim secara tidak langsung mencadangkan bahawa UMNO dan PAS “memusuhi golongan bukan Islam dan bukan Melayu” sekiranya tidak menentang isu boikot.

5. Lim mendakwa MCA dan MIC menjatuhkan maruah mereka dengan meneruskan kerjasama dengan UMNO dan PAS sambil mempersoal keenganan UMNO dan PAS menentang isu boikot.

Kesemua ini mencadangkan Lim sengaja menimbulkan persepsi bahawa UMNO dan PAS terlibat dengan isu boikot kerana “memusuhi golongan bukan Islam dan bukan Melayu.”

Berdasarkan hujah-hujah ini, saya yakin bahawa tindakan Lim adalah bertujuan melagakan masyarakat bukan Islam dan Islam serta mencerminkan PAS dan UMNO sebagai parti rasis dan ekstremis lampau.

Malah, bukan hanya tindakan Lim berbaur perkauman, ianya mengandungi unsur anti-Islam dan mampu ganggu gugat perpaduan negara.

GBN turut meminta pihak PDRM menyiasat Lim bagi menentukan sekiranya berlaku salahguna kuasa memandangkan tindak-tanduknya sebagai menteri mampu mempengaruhi masyarakat bukan Islam untuk membenci masyarakat Islam.

Setelah menunggu sejam di IPD, GBN membuat keputusan untuk mengadakan sidang media (lihat bawah) dulu sebelum masuk kembali ke dalam balai untuk cuba membuat laporan.

SIDANG MEDIA PENUH LAPORAN POLIS BMF

Lebih kurang pada pukul 4.50 petang, saya dimaklumkan bahawa sistem online PDRM menghadapi masalah dan diminta untuk kembali pada waktu malam.

Saya bersetuju dan memberitahu pegawai berkenaan bahawa saya akan kembali lebih kurang pada pukul 10 malam bagi melaksanakan tanggungjawab saya.

Setelah menunggu hampir tiga jam dari pukul 10.20 malam hingga lebih kurang 1.10 pagi, saya akhirnya dapat membuat laporan dan berjumpa terus dengan seorang pegawai penyiasat dari seksyen jenayah.

Lebih kurang pada pukul 1.45 pagi, hanya beberapa minit setelah berjumpa pegawai tersebut, saya dimaklumkan bahawa laporan polis yang saya buat diklasifikasikan di bawah seksyen NFA (no further action).

Pada mulanya, saya tidak memikirkan apa-apa kerana memang tidak mempunyai masalah sekiranya polis menjalankan siasatan dan mendapati kes tidak perlu dilanjutkan.

Tetapi setelah berfikir balik, apa yang memeranjatkan saya ialah laporan tersebut diklasifikasi bawah NFA tidak sampai setengah jam ianya dibuat dan hanya 10 – 15 minit setelah berjumpa pegawai penyiasat.

Justeru, GBN memutuskan untuk berjumpa terus dengan Hamid Bador bagi membincangkan perkara ini kerana mengesyaki ada usaha pihak tertentu, samada dari PDRM ataupun Jabatan Peguam Negara atau kedua-duanya sekali, untuk melindungi Lim Guan Eng.

Surat permintaan untuk diadakan perjumpaan antara GBN dan Hamid Bador akan dikirimkan oleh LPK GBN ke Bukit Aman pada pukul 3 petang Selasa depan, bersamaan 17hb September 2019.

Ini akan disusuli dengan satu sidang media yang akan diadakan di perkarangan luar Bukit Aman pada pukul 4 petang hari yang sama.


FOLLOW ME ON TELEGRAM AND TWITTER:

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...