Mahathir akan meletup bila-bila masa sahaja

“Pada 23hb Mac 2018, saya menghadiri satu mesyuarat rahsia di antara dua persatuan berpengaruh di Pulau Pinang yang menyatakan keputusan kolektif mereka untuk membuang DAP dan memihak kepada Barisan Nasional. Perjanjian itu dimeterai dan ditandatangani oleh kedua-dua pihak dan disaksikan oleh saya dan pemimpin tertinggi persatuan-persatuan tersebut. Alasan yang diberikan adalah orang Cina adalah mereka tidak mahu ada apa-apa kaitan dengan Mahathir dan tidak akan mengubah pendirian mereka terhadap lelaki yang mereka anggap sebagai ‘fanatik Islam’ yang “akan merosakkan negara jika diberi peluang untuk menerajui Malaysia sekali lagi.”

THE THIRD FORCE

Manusia adalah makhluk yang hidup mengikut tabiat.

Naluri wilayah mereka, yang telah serasi dengan gen mereka, akan kembali ke zaman prasejarah di mana siapa yang paling lama bertahan akan memutuskan siapa yang akan terus hidup. Terima kasih kepada evolusi permainan yang kejam yang telah dimainkan kepada kita sekian lama ini, kita lambat menyesuaikan diri kepada perubahan positif di dalam keadaan sekeliling kita dan lebih memberi tumpuan hanya kepada perkara yang negatif. Hari ini, kebanyakan manusia lebih menumpukan terhadap motif tersembunyi oleh orang yang bersimpati dengan mereka, berbanding kebaikan yang dibuat oleh orang tersebut.

Warisan evolusi yang pincang ini seiring dengan perkembangan politik moden masa kini. Orang zaman batu memilih untuk menghalang haiwan buas dari mendekati dengan tujuan untuk melindungi keluarganya dan untuk terus hidup. Apabila komuniti berkembang dan unit keluarga bersatu, mereka mendapati bahawa wilayah jajahan mereka perlu dipelihara dan semua orang perlu mengikuti peraturan yang ditetapkan.

Persoalannya, siapakan yang membuat peraturan-peraturan tersebut?

Apabila komuniti tersebut berkembang kepada masyarakat yang besar, mereka sedar bahawa tidak ada satu peraturan pun yang akan memuaskan hati semua pihak, dan akan tiba ketika di mana mereka terpaksa bertemu dengan pemimpin dan berkompromi terhadap sesuatu perkara. Memandangkan fitrah semula jadi manusia adalah untuk menentukan sesuatu yang terbaik untuk diri sendiri, pertemuan itu tidak pernah mudah dicapai. Sebaliknya, ia lebih tertumpu kepada motif pemimpinnya berbanding kepada kebaikan yang boleh dicapai terhadap persetujuan tersebut.

Dan itulah yang telah berlaku berabad-abad lamanya. Pemimpin dan rakyat secara habit telah berprasangka negatif terhadap diri masing-masing berdasarkan naluri kewilayahan mereka dan keperluan untuk terus bertahan. Semakin banyak rakyat meragui pemimpin mereka, pemimpin tersebut akan menjadi semakin agresif. Dan semakin agresif pemimpin itu, rakyat akan semakin banyak menolak kebaikannya. Ia adalah satu kitaran yang zalim.

Dan ia masih berlaku.

Terima kasih kepada kitaran tersebut, apa yang bermula dari syak wasangka biasa kini berubah kepada paranoia yang serius sehingga manusia kini mengisi hari-hari mereka dengan memikirkan perkara-perkara negatif tersebut. Ia sememangnya satu evolusi yang pincang. Kepincangannya sangat kronik, sehingga satu kajian yang dilakukan di UCLA mendedahkan bahawa melalui 70,000 purata pemikiran manusia pada hari tertentu, 80 peratus adalah negatif, manakala 90 peratus dibawa ke keesokan harinya.

Ini menjelaskan mengapa kebanyakan rakyat Malaysia suka dengan berita negatif dan kenapa berita tersebut senang dijual. Sudah tentu apabila lebih banyak media menumpukan kepada perkara negatif, ia akan meningkatkan tahap paranoia di dalam diri Minah, Muthu dan Chong bahawa seolah-olah Dato’ Seri Najib Tun Razak adalah seorang pemimpin yang gagal. Mahathir Mohamad sangat mahu kita mempercayainya. Dalam fikiran beliau, semakin banyak kita mempercayainya, semakin besar kemungkinan kita akan bersama kumpulan mereka dan akan bersetuju bahawa Najib seorang yang korup.

Ya, Mahathir berharap bahawa jawatan Perdana Menteri yang disandang Najib akan berakhir sebaik sahaja keputusan pilihanraya diumumkan. Bagi meyakinkan kita bahawa Najib tidak lagi relevan, mantan Perdana Menteri tersebut dan pengikut-pengikut baru beliau di Pakatan Harapan menyebarkan api paranoia melalui berita palsu yang dinyatakan sebagai ‘kebenaran’. Dengan pilihanraya (PRU14) yang semakin hampir, mereka berharap bahawa kita tidak akan mengetahui kebenaran dalam masa terdekat dan tidak akan sempat unuk menghukum mereka di atas api kebencian dan penipuan yang telah mereka buat.

Ambil kes subsidi petrol sebagai contoh.

Pada tahun lapan puluhan dan sembilan puluhan, Mahathir mengenakan cukai ke atas komoditi, namun memberitahu rakyat Malaysia bahawa dia memberi subsidi untuk manfaat semua pihak. Menurut Dato’ Eric See-To, bekas perdana menteri itu mengenakan “cukai jualan sebanyak 19.64 sen seliter untuk diesel dan 58.62 sen seliter untuk petrol, selama 22 tahun yang dia memerintah,” cukai yang dikenakan selain 10-20 peratus cukai jualan dan enam peratus cukai perkhidmatan. Walaupun begitu, kita percaya pada penipuan subsidi kerana harga minyak pada tahun lapan puluhan jauh lebih rendah berbanding harga pada hari ini.

Penipuan ini membolehkan Mahathir merompak kita secara terang-terangan tanpa kita sedar. Tetapi pada hari ini, beliau mahu kita berfikir bahawa pemberian BR1M oleh kerajaan adalah rasuah, dan semasa beliau memerintah, mereka melksanakan dengan jauh lebih baik melalui pemberian subsidi petrol. Boleh semak secara dalam talian, dan anda akan menemui laporan yang mencadangkan bahawa Kerajaan ada ‘mensubsidi’ petrol pada tahun lapan puluhan dan sembilan puluhan. Bekas Perdana Menteri itu bergantung kepada akaun-akaun palsu ini untuk menyokong kenyataan beliau hari ini bahawa ia adalah benar, tidak lain melainkan benar-benar belaka.

Ya, sudah tiba masa untuk kita bangun.

Sekiranya Mahathir menjadi Perdana Menteri sekali lagi, dia akan menghapuskan BR1M dan memperkenalkan Bantuan Crony 1Mahathir (BC1M), satu skim perkembangan tahun lapan puluhan yang hanya terpakai kepada ahli-ahli kelab ’Mahathir’. Penilaian yang dibuat oleh pasukan perisikan global baru-baru ini telah menilai kelab itu pada jumlah USD72.7 bilion, dan ia disimpan dalam pelbagai kategori aset di seluruh dunia. Melainkan jilka bekas perdana menteri itu dapat menggulingkan Najib menjelang 2023, George Soros merancang untuk melupuskan 55 peratus aset tersebut dan memastikan Mahathir dan orang-orangnya tidak akan dapat menyentuh USD40 bilion itu lagi.

Di dalam keadaan ini, jika ada sesiapa yang akan meletup tidak lama lagi, orang itu adalah Dr Mahathir Mohamad, ketua segala jenis rasuah di Malaysia. Pada 23hb Mac 2018, saya menghadiri satu mesyuarat rahsia di antara dua persatuan berpengaruh di Pulau Pinang yang menyatakan keputusan kolektif mereka untuk membuang DAP dan memihak kepada Barisan Nasional. Perjanjian itu dimeterai dan ditandatangani oleh kedua-dua pihak dan disaksikan oleh saya dan pemimpin tertinggi persatuan-persatuan tersebut. Alasan yang diberikan adalah orang Cina adalah mereka tidak mahu ada apa-apa kaitan dengan Mahathir dan tidak akan mengubah pendirian mereka terhadap lelaki yang mereka anggap sebagai ‘fanatik Islam’ yang “akan merosakkan negara jika diberi peluang untuk menerajui Malaysia sekali lagi.”

Kan saya dah cakap, manusia adalah makhluk yang hidup mengikut tabiat?

Comments

Comments

Comments

Comments



Loading...