Mahathir sudah mempunyai bukti cukup untuk menguburkan Anwar bersama Rameli

“Adalah mustahil Bank Negara langsung tidak menghubungi Hadi mahupun Pengurus Maybank Jalan Tun Razak bagi mengesahkan dakwaan-dakwaan Clare, Americk dan Rameli melainkan kesemua mereka terlibat bersama dalam satu konspirasi jahat untuk menyalurkan dana RM1.4 juta secara haram merentasi sempadan”

Raggie Jessy Rithaudeen

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Artikel ini merupakan bahagian kedua satu siri pencerahan yang bertujuan untuk menyedarkan setiap seorang yang bergelar Islam di Malaysia betapa jijiknya rejim DAP pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sepertimana yang saya beritahu dalam bahagian pertama siri ini, niat rejim ini hanyalah satu, iaitu untuk memecah-belahkan umat Melayu-Islam agar tampuk kepimpinan dan kekayaan negara akan sentiasa berada di dalam gengaman Mahathir dan terus diurus oleh kroni-kroni beliau.




Dalam bahagian ini, kita akan rungkai bersama cara Mahathir menjejaki setiap satu langkah yang diambil pengerusi baru Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), iaitu Dato’ Dr Rameli Musa, dan natijah kelalaian Rameli menguruskan kewangan peribadi beliau dan syarikat-syarikat bawah seliaannya terhadap pemimpin-pemimpin PKR dan UMNO.

Saudara saudari sekalian,

Mahathir bukanlah calang-calang orangnya yang sanggup membiarkan sekutunya melakukan apa sahaja yang mereka suka tanpa menjejaki setiap satu daripada langkah mereka.

Sepertimana yang saya ceritakan dalam bahagian pertama siri ini, di sekitar tahun 1998, Rameli memainkan peranan yang begitu penting dalam membantu menyalurkan wang dan khidmat guaman kepada kuncu-kuncu Dato’ Seri Anwar Ibrahim setelah bekas Menteri Kewangan tersebut dipenjarakan oleh Mahathir.

Beberapa tahun kemudian, bantuan tersebut beransur-ansur bertukar menjadi bantuan dana pilihanraya yang disalurkan oleh Rameli khusus kepada pemimpin-pemimpin tertentu yang rapat dengan Anwar dan Dato’ Seri Azmin Ali.

Rameli meneruskan penyaluran dana tersebut melangkaui pilihanraya umum ke-13 (GE13) biarpun tahu bahawa hubungan beliau dengan Wan Azizah telah lama keruh, bermula sejurus sebelum tertubuhnya PKR.

Dalam pada Rameli asyik menyalurkan dana tersebut, Mahathir pula menjalinkan hubungan yang akrab dengan beberapa personaliti di Bank Negara menerusi kenalan-kenalan Tun (bergelar Dato’ Seri pada ketika itu) Daim Zainuddin dan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dalam bank tersebut.

Personaliti-personaliti ini sememangnya mempunyai pengaruh yang besar terhadap beberapa pegawai di Maybank dan tahu setiap satu aktiviti haram yang dilakukan oleh pegawai-pegawai tersebut dengan beberapa ahli perniagaan, termasuk Rameli.

Menerusi pengaruh inilah Mahathir sentiasa diberikan segala apa maklumat yang beliau perlukan, termasuk maklumat berkenaan dana yang disalurkan oleh Rameli kepada pemimpin-pemimpin tertentu dari UMNO dan PKR yang bertanding di pilihanraya-pilihanraya umum ke-13 dan ke-14.

Saudara saudari sekalian,

Pengaruh Mahathir terhadap pegawai-pegawai tertentu di Bank Negara dan Maybank, samada secara langsung ataupun tidak langsung, sememangnya cukup dalam dan tidak boleh dipandang ringan.

Untuk makluman, pengaruh inilah yang mendorong dua orang pegawai dari Maybank Kim Eng Group (MKEG) untuk bersubahat dengan personaliti-personaliti kenalan Daim dan Zeti dari Bank Negara untuk melakukan sabotaj terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tidak ramai yang tahu, bahawa di sekitar bulan Ogos tahun 2014, kedua-dua Daim dan Mahathir meminta bantuan Zeti untuk menghalang 1MDB daripada mendapat kelulusan pinjaman sejumlah wang tertentu dari Maybank bagi tujuan penawaran untuk jualan (IPO) oleh syarikat tersebut.

Zeti, yang pada ketika itu merupakan Gabenor Bank Negara, mengarahkan timbalan beliau untuk berurusan dengan Maybank bagi tujuan memenuhi permintaaan Daim dan Mahathir untuk menghentikan tawaran tersebut.

Timbalan Zeti yang dimaksudkan itu tak lain tak bukan Dato’ Nor Shamsiah Mohd Yunus, iaitu orang yang bergelar Gabenor Bank Negara pada ketika ini.

Setelah menerima arahan dari Zeti, Nor Shamsiah mengarahkan dua daripada pegawai beliau untuk berurusan dengan dua lagi pegawai dari Maybank Kim Eng Group (MKEG), iaitu Michael Oh-Lau Chon Jin dan John Chong.

Kedua-dua pegawai tersebut diberitahu bahawa Mahathir dan Daim ingin sesuatu dilakukan dengan kadar segera agar pinjaman kewangan yang diperlukan oleh 1MDB samada dilewatkan ataupun tidak diluluskan sama sekali.

Atas arahan Nor Shamsiah inilah Mahathir dan Daim berjaya menghalang penawaran tersebut daripada dilaksanakan dan sekaligus menyebabkan 1MDB tidak mampu mengurangkan beban hutangnya.

Dan sepertimana Mahathir mampu memanipulasi urusan Maybank dengan 1MDB, begitu juga beliau memanipulasi urusan bank tersebut dengan syarikat-syarikat milik Rameli dengan niat untuk membebankan beliau dengan hutang besar menerusi projek-projek lulusan kerajaan.

Saudara saudari sekalian,

Pada peringkat awal, di sekitar tahun 2004 hingga 2005, Mahathir tidak memikirkan sangat berkenaan dana yang disalurkan oleh Rameli kepada pemimpin-pemimpin pro-Anwar dan pro-Azmin di PKR.

Ini memandangkan kepimpinan Tun (bergelar Dato’ Seri) Abdullah Badawi pada ketika itu dilihatnya agak lemah dan terpesong dari apa yang dipersetujui oleh mereka sebelum peralihan kuasa Perdana Menteri berlaku.

Justeru, Mahathir melihat kehadiran PKR sebagai satu berkat memandangkan kemampuan parti tersebut untuk melemahkan pengaruh Abdullah di Pulau Pinang dan juga kuasa Barisan Nasional di pusat.

Tetapi, apabila Rameli mula berurusan dengan kuncu-kuncu Dato’ Seri Najib Tun Razak selepas tahun 2009 dan mula menghulurkan bantuan kewangan bagi membiayai kempen-kempen pilihanraya mereka, Mahathir mula resah.

Atas keresahan inilah beliau mengarahkan Daim supaya menjanjikan kepada Rameli beberapa kontrak pembekalan sistem komunikasi dan pengisyaratan sejurus selepas Barisan Nasional kalah dalam pilihanraya umum ke-14 (GE14).

Mahathir tidak ingin mengambil sebarang risiko lagi dan membuat keputusan untuk mengumpan Rameli kembali menyertainya kerana tahu bahawa Anwar tidak boleh dipercayai dan akan cuba sedaya-upaya untuk memujuk Rameli kembali bersamanya.

Daim tidak membuang banyak masa dan terus menjanjikan Rameli beberapa kontrak pembekalan dalam projek-projek ECRL (East Coast Railway-Link) dan HSR (High Speed Rail) yang sengaja ditangguhkan oleh Mahathir.

Mungkin ramai tidak tahu, bahawa projek-projek tersebut dilenggahkan berikutan satu persetujuan yang dicapai di antara Rameli dan Daim yang turut melibatkan beberapa kroni Mahathir, termasuk Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Persetujuan itu memerlukan supaya kontrak-kontrak perlaksanaan dan pembiayaan projek-projek tersebut dirunding semula dengan negara Cina dan Singapura agar syarikat-syarikat milik Rameli terlibat dalam kapasiti yang lebih besar.

Hanya selepas memasuki persetujuan tersebut Rameli bersetuju untuk menyertai kem Mahathir secara eksklusif dan berikrar tidak akan membiayai kempen-kempen pilihanraya kuncu-kuncu Anwar dan Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Sekiranya anda mengenali Mahathir sepertimana saya mengenali beliau, anda akan tahu, bahawa beliau tidak akan teragak-agak meminta orang-orang belaan beliau melakukan segala kerja kotor baginya agar fail-fail ‘kotor’ mereka akan sentiasa berada bersamanya.

Atas dasar itulah beliau meminta Rameli untuk menyalurkan dana bernilai RM1.4 juta kepada akaun bank anak guam Americk Singh Sidhu, iaitu peguam kepada Clare Rewcastle Brown, pemilik dan pengendali portal Sarawak Report.

Saudara saudari sekalian,

Dalam bahagian satu, saya menceritakan berkenaan satu laporan polis yang telah saya buat Selasa lepas, bersamaan 4hb Mac 2019, di Ibu Pejabat Polis (IPD) di daerah Subang Jaya, Selangor.

Dalam laporan tersebut, saya mendakwa bahawa Rameli terlibat secara langsung dalam satu konspirasi yang cukup jahat bagi menyalurkan wang haram bernilai RM1.4 juta merentasi sempadan ke dalam sebuah akaun bank milik Clare Rewcastle Brown di United Kingdom (UK).

Konspirasi tersebut melibatkan Rameli, Americk, Bank Negara Malaysia dan Maybank Jalan Tun Razak dan merangkumi satu siri penipuan bagi mengelirukan bank pusat di UK dengan pemberian maklumat palsu kepada bank tersebut.

Saya memaklumkan kepada pihak polis bahawa dana tersebut disalurkan oleh Rameli ke dalam akaun bank milik anak guam Americk, iaitu peguam kepada Clare Rewcastle Brown, sebelum iannya disalurkan ke dalam akaun bank Clare yang berpusat di London.

Clare mendakwa bahawa dana tersebut berasal dari Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang dan merangkumi sebahagian daripada persetujuan penyelesaian kes saman fitnah Hadi terhadapnya di luar mahkhamah.

Hakikatnya, dana itu disalurkan oleh Rameli atas arahan Mahathir bagi membiayai kos guaman Clare di London agar pengendali portal Sarawak Report tersebut mampu menyelesaikan kes tersebut di luar mahkhamah.

Bukan hanya Hadi tidak terlibat dengan penyaluran dana tersebut, persetujuan rasmi untuk menyelesaikan kes di luar mahkhamah yang difailkan di Mahkhamah Tinggi London jelas memperinci bahawa tiada pembayaran kos membabitkan mana-mana pihak yang terlibat dalam kes tersebut.

Malah, surat yang dikemukakan oleh Clare sebagai bukti bahawa Hadi menyalurkan dana tersebut merupakan satu surat peribadi yang ditujukan oleh Clare sendiri kepada Pengurus Maybank Jalan Tun Razak.

Bukan hanya surat tersebut tidak melibatkan Hadi mahupun peguam-peguam Hadi, ianya tidak merangkumi sebahagian daripada “bundle” dokumen yang disertakan oleh peguam-peguam Clare dan Hadi semasa memfailkan persetujuan penyelesaian kes di luar mahkhamah dengan Mahkhamah Tinggi London.

Memandangkan penyaluran dana tersebut dipersetujui oleh Bank Negara, maka sudah tentu kedua-dua Americk dan Rameli telah memberitahu sesuatu kepada Bank Negara bagi menjelaskan sumber sebenar dana tersebut dan tujuan ianya disalurkan.

Memandangkan kedua-dua Rameli dan Americk tidak menyangkal dakwaan Clare kononnya dana tersebut berasal dari Hadi, maka sah bahawa kedua-dua mereka telah menipu Bank Negara berkenaan sumber asal dana tersebut.

Ini sekaligus menjadikan penyaluran dana tersebut dari akaun bank Rameli ke akaun bank Clare di UK menerusi khidmat anak guam Americk sebagai penyaluran wang haram merentasi sempadan.

Ya saudara saudari sekalian,

Jika difikirkan, adalah mustahil Bank Negara langsung tidak menghubungi Hadi mahupun Pengurus Maybank Jalan Tun Razak bagi mengesahkan dakwaan-dakwaan Clare, Americk dan Rameli.

Dari sini sahaja, jelas dapat dilihat bahawa kesemua mereka terlibat bersama dalam satu konspirasi jahat untuk menyalurkan dana RM1.4 juta secara haram merentasi sempadan.

Memandangkan Clare sendiri mengaku menerima dana tersebut, kita boleh rumuskan bahawa konspirasi tersebut merangkumi satu siri penipuan melibatkan kesemua yang dinamakan bagi mengelirukan bank pusat di UK dengan pemberian maklumat palsu.

Atas kesedaran inilah pihak PDRM bergegas melibatkan pihak SPRM dalam siasatan polis terhadap laporan yang saya buat.

Selasa lepas, apabila saya dipanggil balik ke IPD Subang Jaya untuk diambil keterangan, saya diberitahu oleh pegawai penyiasat (IO) yang berkenaan bahawa laporan saya bakal ‘dipindahkan’ ke SPRM biarpun pihak polis pada ketika itu masih belum lagi membuka kertas siasatan mahupun memfailkan laporan tersebut di bawah seksyen yang sesuai.

Apabila saya bertanyakan kepada IO samada perlu saya buat laporan susulan dengan pihak SPRM, saya diberitahu bahawa langkah itu tidak perlu memandangkan kes Rameli akan secara otomatik disiasat oleh SPRM.

Tidakkah anda mendapati perkara ini aneh?

Memang tidak syak lagi bahawa terdapat tangan ghaib yang mencatur penyiasatan SPRM dan polis terhadap Rameli agar pihak-pihak yang melakukan siasatan hanya akan memperinci apa yang perlu diperinci dan tidak akan menggali hingga ke lubang cacing yang berada di belakang rumah Mahathir.

Sudah tentu Mahathir akan mengarahkan kuncu-kuncu beliau di SPRM dan PDRM untuk hanya melibatkan pegawai-pegawai yang boleh dipercayai agar segala komplot yang melibatkan Zeti, Nor Shamsiah, Daim dan orang-orang mereka di Bank Negara dan Maybank tidak akan dirungkai.

Untuk makluman, Rameli menipu apabila memberitahu pihak media bahawa beliau ‘menyerahkan’ buku ceknya ke SPRM dengan niat ingin membantu agensi pencegah rasuah tersebut menjalankan siasaan.

Hakikatnya, Mahathir sendiri mengeluarkan satu arahan kepada ketua SPRM, iaitu Dato’ Seri Mohd Shukri Abdull, agar buku cek tersebut ‘dirampas’ bersama-sama dokumen yang berkaitan yang membabitkan Rameli dan Maybank.

Menerusi rampasan tersebut dan keterangan-keterangan bersumpah yang diberikan oleh Rameli, Mahathir ingin tahu segala apa yang masih belum diketahuinya berkenaan penyaluran dana dari kesemua syarikat Rameli ke akaun-akaun bank yang dimiliki oleh pemimpin-pemimpin tertentu di UMNO dan PKR.

Mahathir turut ingin merungkai buku-buku ‘rahsia’ Rameli bagi mengetahui jumlah sebenar dana yang disalurkan oleh beliau sejak tahun 1998 lagi bagi tujuan memarakkan gerakan reformasi, membiayai pembelian parti Ikatan Masyarakat Islam Malaysia (IKATAN) oleh gerakan tersebut, membiayai kempen-kempen pilihanraya calon-calon PKR dan UMNO semasa pilihanraya umum ke-14, dan menyogok pegawai-pegawai tertentu di Maybank bagi tujuan mendapatkan kelulusan pinjaman kewangan.

Dan menurut sumber yang boleh dipercayai, Mahathir sudahpun memiliki bukti yang cukup kukuh untuk membatalkan kemenagan beberapa pemimpin dari PKR dan UMNO dalam pilihanraya umum ke-14 atas kesalahan membelanjakan wang lebih dari had yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya bagi kempen-kempen yang melibatkan kerusi-kerusi parlimen.

Ya, saudara saudari sekalian, mampukah anda teka apa yang bakal berlaku selepas ini?

Bersambung….


BAHAGIAN PERTAMA

Anwar dan kuncu-kuncunya bakal dicantas Mahathir menerusi kelalaian Rameli Musa


Click on the button below, or send a WhatsApp to +60164049082 if you intend to make a direct contribution to our account. We thank you for your support and hope to continue bringing you great content in the years to follow.


FOLLOW US ALSO VIA THE FOLLOWING LINKS:

Raggie Jessy Rithaudeen on Twitter

The Third Force on Twitter

Raggie Jessy Rithaudeen on Facebook

TowardsGE15 on Facebook

Gagasan Tiga (G3) on Facebook

The Third Force (Telegram)



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...