Penularan video seks terbaru didalangi kumpulan pro Anwar untuk menekan Mahathir, Hamid Bador

Raggie Jessy Rithaudeen

Penyebaran klip-klip seks melibatkan Haziq dan orang yang dikatakan menyerupai Dato’ Seri Azmin Ali kali ini didalangi individu-individu yang bersangkut-paut dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, samada secara langsung atau tidak langsung, termasuk mereka yang berada di pihak pembangkang.




Individu-individu yang dimaksudkan pernah berurusan dengan Haziq dan memperolehi klip-klip tersebut daripada beliau ketika mereka membantunya menubuhkan sebuah bilik operasi.

Pada 17hb Julai 2019, TTF menulis:

Haziq sebenarnya ditanam oleh DZ dan disogok oleh agen kepada kenalan rapat DZ (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “HR”) untuk melakukan penularan video-video seks dengan pembayaran yang dikhabarkan bernilai antara RM14 hingga 15 juta.

Menurut sumber, Haziq setakat ini hanya menerima RM300 ribu daripada agen HR, di mana dana selebihnya hanya akan dibayar setelah semua urusan perundangan selesai.

Rancangan DZ berjaya, di mana sebaik sebelum penularan video pertama bermula, beberapa individu dari kem Anwar, termasuk mereka dari UMNO dan PKR, mula berkomunikasi dengan Haziq dan antara satu sama lain.

Adalah dipercayai bahawa Haziq telah menggunakan dana RM300 ribu atau sebahagian daripada dana tersebut untuk ‘menjerat’ beberapa individu bagi membantunya mengenakan Azmin, di mana individu-individu tersebut bersetuju membantunya menubuhkan sebuah bilik operasi.

Daripada komunikasi-komunikasi seterusnya dan urusan individu-individu terbabit dengan Haziq semasa dan selepas penularan-penularan berlaku, pihak berkuasa mendakwa mengenalpasti dalang-dalang utama, walhal, yang ditangkap sebenarnya dijerat oleh Haziq dan bukannya “the main mastermind.”

Loading...

Misi mereka yang mendalangi penularan terbaru ini adalah untuk memberikan tekanan kepada Ketua Polis Negara, Dato’ Seri Abdul Hamid Bador, agar beliau dihantui isu semburit dan dianggap sebagai Ketua Polis yang “paling tidak berguna” oleh rakyat jelata.

Ini merupakan sebahagian daripada satu usaha baru yang terancang melibatkan kumpulan pro Anwar-DAP untuk mengaburi mata rakyat agar penumpuan tidak diberikan kepada kemelesetan ekonomi yang melanda disebabkan kegagalan Lim Guan Eng, selaku Menteri Kewangan, untuk menguruskan kementerian beliau dan institusi-institusi berkaitan di bawah Minister of Finance Incorporated dengan berkesan.

Isu ini turut ditimbulkan semula bagi mengalihkan perhatian masyarakat daripada polemik-polemik semasa melibatkan Dr Zakir Naik, “kempen mengutamakan produk Bumiputra” dan penentangan Dong Zong terhadap pengenalan penilisan jawi di peringkat sekolah rendah.

Polemik-polemik ini telah menyebabkan pengaruh DAP di kalangan masyarakat Melayu-Islam beransur lemah dan mula menghantui kumpulan pro-Anwar yang teramat bergantung kepada sokongan ahli-ahli parlimen DAP untuk menjadikan Anwar Perdana Menteri Malaysia ke-8.

Kumpulan ini khuatir bahawa golongan muda, yang sebelum ini dianggap lebih liberal, turut akan mula melihat betapa pincangnya kepimpinan Guan Eng yang lebih mementingkan isu politik ala-perkauman daripada memberikan jalan penyelesaian agar ekonomi negara dapat dipulihkan dan kos sara hidup dikurangkan.

Pada ketika ini, sokongan majoriti ahli-ahli parlimen dan kabinet memihak kepada gandingan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Dato’ Seri Azmin Ali yang turut mempunyai pengaruh yang teramat besar di kalangan pemimpin-pemimpin PKR.

Ahli-ahli kem Anwar beranggapan bahawa penularan klip-klip video terbaru ini mampu memberikan tekanan kepada Mahathir untuk berundur dan mengembalikan sokongan beberapa pemimpin PKR yang sebelum ini beralih ke kem Azmin untuk kembali bersama mereka.

Malangnya, mereka tersilap baca sentimen pemimpin-pemimpin tersebut.

Tiga daripada mereka mengesahkan kepada saya awal pagi tadi bahawa mereka tidak ambil peduli penularan terbaru ini dan sudah muak dengan tindak-tanduk kem Anwar yang dilihat jauh tersasar daripada kebenaran dan tidak berpaksi pada realiti.


FOLLOW ME ON TELEGRAM AND TWITTER:

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...