Propaganda murah Gobind Singh sempena PRU14

THE THIRD FORCE

Hentikan penipuan anda, Gobind.

1. Seperti yang saya nyatakan kepada Tan Sri Rafidah Aziz semalam, rampasan kapal layar yang dikatakan milik Jho Low tersebut telah dapat dilaksanakan dengan kerjasama yang dimeterai oleh Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC) dan Kumpulan Bank Dunia.

2. Dikenali sebagai inisiatif Pemulihan Aset Dicuri (StAR), kerjasama tersebut merupakan pintu masuk yang melangkaui dan merentas perbezaan bidang kuasa sempadan untuk menyokong, antara lain, usaha oleh rakan kongsi global bagi mencegah dan merampas semula hasil rasuah.

3. Melalui inisiatif ini, barulah Jabatan Kehakiman (DoJ) dan Biro Penyiasatan Persekutuan AS (FBI) dapat bekerjasama – dan kemudiannya, menjalankan operasi bersama – dengan melantik pihak berkuasa Indonesia mengetuai rampasan kapal layar itu.

4. Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa DoJ perlu menyediakan alasan dan bukti yang kukuh kepada UNODC dan pihak berkuasa Indonesia untuk rampasan dan penitaan kapal tersebut.

5. Alasan tersebut sudah pasti dan tidak dapat dinafikan adalah berdasarkan proses undang-undang yang penuh kontroversi yang hanya berlaku di AS, dan bukan Malaysia.

6. Berdasarkan proses yang kontroversi inilah DoJ memohon rampasan dan penyitaan kapal layar tersebut di perairan Indonesia.

7. Dikenali sebagai Pelucutan Sivil, proses ini membolehkan DoJ memfailkan prosiding pelucuthakan terhadap syarikat atau individu yang disyaki – tidak disabitkan – atas penglibatan dalam jenayah atau aktiviti haram yang hanya bergantung kepada aduan yang kadang kala, hanya ramalan.

8. Dalam kes 1MDB, aduan tersebut telah difailkan oleh dua individu Malaysia yang hanya mencadangkan bahawa sistem kewangan AS digunakan sebagai saluran untuk melaksanakan rasuah oleh pegawai 1MDB.

9. Sejak aduan tersebut difailkan sehingga hari ini, FBI atau DoJ tidak sedikit pun cuba untuk menghubungi pihak berkuasa Malaysia atau 1MDB. Ini sangat aneh, memandangkan apa yang dipanggil siasatan oleh FBI dan DoJ ini adalah berpusat kepada dana kekayaan di Malaysia.

10. Itu bermaksud bahawa DoJ belum memulakan penyiasatan hingga ke hari ini.

11. Ataupun, DoJ bersubahat dengan FBI untuk menumbangkan proses pilihan raya Malaysia menjelang pilihan raya umum akan datang (PRU14).

12. Menurut sekumpulan peguam California yang dikaitkan dengan pentadbiran Trump, FBI belum lagi memulakan penyiasatan walaupun DoJ sejak awal lagi mengumumkan pemfailan proses penyelewengan terhadap sebuah syarikat pengeluaran filem yang didakwa ada hubungan dengan 1MDB.

13. Peguam-peguam tersebut telah menegaskan lagi bahawa cara DoJ membuat kenyataan umum tentang pemfailan tersebut penuh dengan perjudis dan tidak mengikut tatacara yang betul, memandangkan jabatan itu menyatakan penglibatan pegawai-pegawai rasmi kerajaan Malaysia yang enggan disebutkan.

14. Berdasarkan semua perkara di atas, tidak ada sebab yang munasabah untuk Kerajaan Malaysia risau tentang rampasan dan penyitaan kapal layar itu atau mengambil kisah tentang prosiding yang bakal dilaksakan.

15. Sebagai ahli pertubuhan undang-undang dan pengamal undang-undang, Gobind sepatutnya lebih tahu bahawa rampasan dan penyitaan kapal layar tiada kena mengena dengan negara yang yang berdaulat.

16. Namun, beliau berulang kali bertanya dan mencari jawapan kepada soalan-soalan bodoh yang hanya bertujuan menghasut kebencian terhadap Kerajaan dan pihak berkuasa di Malaysia.

17. Memandangkan statusnya sebagai tokoh awam, beliau perlu mengawal kenyataan yang ingin dibuat dan mengelakkan dirinya daripada terlibat dalam aksi propaganda murah hanya untuk membuatkan rakyat membenci dan menentang Barisan Nasional menjelang pilihan raya umum.

Statement by Gobind Singh Deo

According to the Attorney General, the 1MDB probe is still ongoing. Be that the case, we should take an interest in the discovery of the yacht. We should make efforts to communicate with the Indonesian or any other authorities concerned to get access to any information or evidence recovered from the yacht which could assist in our investigations if any. The IGP must speak up and advise the Attorney General to do so given the fact that it is the police which is probing 1MDB here in Malaysia or will the IGP keep quiet and let this opportunity slip away?

GOBIND SINGH DEO
MP Puchong.

Translated by: Fazrina

Comments

Comments