Rafidah, adakah anda membuat keuntungan secara salah daripada penjualan AP?

“Mahathir telah mengaturkan untuk memindahkan RM20 juta kepada Clare Rewcastle Brown menjelang pilihan raya umum akan datang (PRU14). Sumber-sumber perisikan telah mendedahkan bahawa wang itu adalah untuk memudahkan penerbitan dua artikel yang bakal ‘meletup’ – satu oleh Sarawak Report, dan satu lagi, oleh New York Times – pada malam Parlimen dibubarkan. Jadi, ada sesiapa yang boleh agak jika artikel tersebut mempunyai kaitan dengan sistem francais AP yang akan tamat tidak lama lagi tu?”

THE THIRD FORCE

Pada 28 Oktober 2009, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mengumumkan penyemakan semula Dasar Automotif Kebangsaan (NAP) dengan tujuan untuk menambahbaik sektor automotif. Pentadbiran baru Dato’ Seri Najib Tun Razak bertekad untuk meliberalisasikan ekonomi negara dengan menghapuskan perlindungan kroni-sentrik Dr Mahathir Mohamad yang diperkenalkan pada tahun lapan puluhan.

Najib tahu bahawa perlindungan yang diperkenalkan oleh Mahathir mempunyai banyak ruang untuk dimanipulasi, di mana kroni-kroni bekas Perdana Menteri itu mendapat manfaat secara haram. Ini merupakan antara sebab utama Perdana Menteri komited untuk menghapuskan sistem Permit Yang Diluluskan (AP) yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia pada tahun 1983. Tetapi dia tidak terburu-buru untuk melaksanakannya.

Sebaliknya, beliau bersetuju memanjangkan sistem itu selama 10 tahun lagi dengan harapan bahawa segmen Bumiputera dapat diperkukuhkan sebelum ia dihapuskan. Najib tahu bahawa penghapusan itu akan mencetuskan kejatuhan harga di bilik pameran kerana semakin ramai pengusaha akan mengambil bahagian dalam perniagaan mengimport kereta. Secara keseluruhannya, pembaharuan itu adalah untuk melindungi kepentingan pengguna di samping memberi peluang kepada pengeluar untuk berkembang.

Tetapi tidak semua pihak gembira dengan berita ini.

Salah seorangnya adalah Tan Sri Rafidah Aziz, bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Selama 21 tahun mengetuai kementerian itu, wanita ini diberikan kebebasan untuk membuat keputusan yang memberi pelbagai manfaat kepada penyokongnya. Apa yang paling mengganggu kepada pegawai-pegawai di dalam kementerian adalah sikap kurang sopan yang dipamerkannya oleh beliau semasa dimaklumkan tentang pemegang AP yang menjual permit mereka dengan pulangan wang ringgit dan projek perniagaan.

Kita bercakap tentang 156 daripada 254 syarikat yang sepanjang tempoh Rafidah berkhidmat, kehilangan permit mereka disebabkan oleh penyalahgunaan sistem. Penyalahgunaan tersebut memberi kesan berjumlah beribu-ribu dolar – bukan ringgit – untuk kos runcit kereta import. Ini bermakna, rakyat Malaysia telah membayar wang yang sangat banyak untuk Mercedes atau Volvo biasa kerana kadar yang dikenakan sangat tinggi melalui AP telah dijual.

Apa yang nyata, seseorang telah menerima jutaan ringgit setahun melalui ‘komisyen’ yang tidak sepatutnya dia dapat. Sekarang, fikirkan tentang semua ini & nilai sendiri. Anda perasan ada sesuatu yang tidak kena di sini?

Pada satu ketika, Rafidah mahu anda mempercayai bahawa Najib adalah lemah dalam hal penguatkuasaan yang berkaitan dengan kapal layar Low Taek Jho (Jho Low). Sebaliknya, beliau mengetuai sebuah kementerian yang membenarkan pelanggaran sistem AP yang mengakibatkan kenaikan ribuan ringgit terhadap kereta import. Namun, tidak sekali pun beliau menyatakan keperluan untuk Kerajaan Malaysia terlibat dalam penyelidikan Jho Low, apatah lagi kapal layar yang dimiliki atau pakaian yang dipakainya.

Saya boleh memberitahu anda dengan kepastian seratus peratus bahawa Rafidah adalah antara sebab rakyat Malaysia terpaksa membayar harga yang terlalu tinggi untuk sesebuah kereta import antara tahun 1987 dan 2008, harga yang melonjak jauh lebih tinggi dari apa yang sepatutnya. Persoalannya, adakah dia membenarkan semua ini berlaku secara percuma, atau pemegang AP menyogok beliau sehingga ke hari ini?

Bagi tujuan perbincangan, katalah beliau menerima sogokan – mari kita andaikan bahawa beliau menerima jutaan ringgit setiap tahun sebagai komisyen hasil dari import kereta mewah. Di dalam keadaan ini, tidakkah jelas bahawa wang yang dibayar oleh kroninya akan kehabisan menjelang 31hb Disember 2020 ini?

Jika anda tertanya-tanya mengapa, tarikh tersebut adalah hari yang Najib akan menarik brek kepada sistem AP francais, sisa sistem yang Mahathir perkenalkan pada tahun 1983. Rafidah mungkin telah merasakan sedikit kesan pada 31 Disember 2015 apabila sistem AP terbuka dimansuhkan. Satu set dokumen yang muncul pada tahun 2005 mendedahkan bahawa beliau  menjadikan sistem itu “operasi tunai pihak ketiga yang lumayan” dengan memberikan AP kepada empat kroninya. “Raja-Raja AP” terus menghasilkan berbilion ringgit dengan menjual permit pada harga yang melambung tinggi dan beberapa berbilion lagi dengan menggunakan AP sendiri untuk mengimport kereta mewah.

Saya kurang pasti.

Apa yang saya pasti, adalah Mahathir telah mengaturkan untuk memindahkan RM20 juta kepada Clare Rewcastle Brown menjelang pilihan raya umum akan datang (PRU14). Sumber-sumber perisikan telah mendedahkan bahawa wang itu adalah untuk memudahkan penerbitan dua artikel yang bakal ‘meletup’ – satu oleh Sarawak Report, dan satu lagi, oleh New York Times – pada malam Parlimen dibubarkan. Jadi, ada sesiapa yang boleh agak jika artikel tersebut mempunyai kaitan dengan sistem francais AP yang akan tamat tidak lama lagi tu?

Comments

Comments