Saya pelawa Lim Kit Siang peluk agama Islam

Raggie Jessy Rithaudeen

(Perutusan ini telah mendapat izin daripada pihak yang dinamakan di bahwah)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Teringat pula saya satu ketika dahulu, apabila saya mendapat satu berita yang begitu mengejutkan dari pihak tertentu di Amerika Syarikat. Menurut pihak tersebut kemenangan DAP di Pulau Pinang pada tahun 2008 dan 2013 disogok oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, yang, pada ketika itu, sedang giat berusaha dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Clare Rewcastle Brown untuk menjatuhkan kerajaan Dato’ Seri Najib Tun Razak. Apabila saya membincangkan perkara tersebut dengan Tok Guru saya, beliau tidak sedikitpun gentar, malah berkata;




“Janganlah sampai Raggie memuja Mahathir sehingga terlupa akan Firman Allah.

“Jangan lupa, bahawa sepandai-pandai umat Allah mencatur dan merancang, hanya Allah yang mempunyai kuasa pemerintahan dan berkuasa menetukan siapa yang memerintah.

“Jangan lupa, bahawa apabila kamu mula-mula meminta saya cara terbaik untuk mengalahkan puak munafiq, saya menyuruh kamu merapati diri dengan Allah, dan elak daripada memuja yang bukan-bukan.”

Ya, saya masih ingat.

Saya ingat, kerana setiap kali saya berjumpa dengan Tok Guru, pasti akan saya mencatit segala apa yang disampaikannya kepada saya ke dalam sebuah buku nota yang masih saya simpan dan rujuk hingga ke hari ini. Tepat sekali kata-katanya, kerana apabila saya membuat perutusan pertama saya sebagai Pengerusi Gagasan Tiga (G3), salah seorang dari sahabatku di Johor yang merupakan ahli Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mengingatkan saya kembali kepada kata-kata itu dengan memetik Surah Ali ‘Imran, Ayat 26, yang bermaksud:

Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Ya, besar sungguh kuasa Allah S.A.W. Saya masih ingat lagi apa yang Tok Guru saya katakan setahun kemudian apabila saya bertanyakan berkenaan DAP. Pada ketika itu, kami sudah begitu rapat sehinggakan beliau menganggap diri saya sebagai anak kandungnya sendiri. Kata-katanya serupa dengan apa yang pernah disampaikan kepada saya oleh seorang Professor yang banyak membimbing saya ke jalan yang benar.

“Lihatlah segala apa yang berlaku di dunia nyata ini dengan niat yang betul, jujur dan menerusi kaca mata positif.

“Segala yang ada disekeliling kamu itu ciptaan Allah. Dunia ini dunia Allah. Janganlah sekali-kali kamu terus membenci apa yang kamu lihat, kerana segala yang kamu lihat itu dijadikan Allah atas sebab-sebab tertentu.

“Apabila DAP mempersoal penggunaan Kalimah Allah, bersyukurlah, kerana disebabkan mereka, nama Allah begitu banyak disebut malah dicetak di akhbar-akhbar tempatan hampir setiap hari.

“Jangan berfikir bukan-bukan. Lihatlah melalui DAP ini kebesaran dan kuasa Allah, yang mampu menyebabkan mereka memahatkan namaNya di bibir berjuta-juta rakyat bukan-Islam di Malaysia dalam sekelip mata.

“Apabila kamu berfikir dengan cara sedemikian, kamu akan tahu cara menulis dan bercakap yang terbaik yang mampu menggerakkan hati dan jiwa setiap orang di Malaysia samada Muslim atau tidak.

“Jangan lupa, bahawa Allah mempunyai caraNya tersendiri untuk menggerakkan hati setiap insan.

“Mungkin sebab itulah Allah menjadikan DAP kerajaan di Pulau Pinang. Mungkin di sinilah kamu perlu berjuang bagi ‘membantu’ DAP menggerakkan hati setiap insan.

“Ajak mereka bermuzakarah, dan minta supaya serangan mereka terhadap Islam dihentikan.

“Sekiranya mereka enggan bermuzakarah, dan sekiranya serangan mereka berterusan, tumpulkanlah senjata mereka dengan menjadikan serangan mereka itu satu peluang bagi kamu membuktikan bahawa mereka benar-benar musuh Islam.

“Percayalah, jika kamu berbuat demikian, akan timbul satu arus kebangkitan yang tidak pernah kamu lihat.

“Apabila Lim Guan Eng menyebut nama Allah, katakanlah dulu kepadanya, bahawa itulah tanda kebesaran dan kekuasaan Allah, sehingga boleh menyebabkan beliau melaung-laungkan namaNya.

“Kemudian ajaklah beliau masuk Islam, dan kirimkan kepadanya di khayalak ramai pesanan dari umat Islam, bahawa kami sedia menerima beliau sebagai saudara kami sekiranya beliau akur bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, bahawa Muhammad itu sesungguhnya pesuruh Allah.

“Lakukanlah di depan media, katakan kepadanya.

“Sekiranya beliau tidak endah pelawaan kamu dan terus mengaibkan umat Islam, perangi dia habis-habisan.

“Pada ketika itu, umat Islam akan bersatu menyokong kamu, dan tidak ada sesiapa yang akan mampu menghalang kamu.

“Hancurkanlah DAP pimpinannya itu, dan hancurkanlah puak Mahathir yang menyogok kemenangan mereka di Pulau Pinang.”

“Ingat, setiap apa yang kamu buat, biarlah menurut tuntutan Islam.

“Janganlah terlalu negatif, fanatik dan taksub dengan perasaan benci sehingga lupa mengajak dan memberi peluang kepada Lim Guan Eng dan bapanya untuk menempuh perjalanan ke arah yang benar.

“Apabila kamu lakukan sedemikian, kamu akan menunjukkan kepada rakyat, bahawa perjuangan kamu sememangnya perjuangan yang berteraskan Islam.

“Jangan lupa, bahawa kehadiran merekalah yang memberi peluang kepada umat Islam untuk bersatu, dan kebencian mereka terhadap Islamlah yang menyebabkan nama Allah terpahat di bibir berjuta-juta rakyat bukan Islam di Malaysia.

“Kehadiran mereka ada sebabnya Raggie.”

Ya, saya masih ingat.

Saya merakam, mencatit dan mengkaji setiap ayat, setiap lafaz Tok Guru saya, biarpun kata-katanya (di atas) telah saya halusi untuk tujuan kejelasan. Tidak pernah saya terfikir, bahawa selang empat tahun perbincangan tersebut berlaku, Gagasan Tiga (G3) sebulat suara memutuskan untuk memulakan siri jelajahnya di Pulau Pinang, sarang DAP. Ya, begitu besar kuasa Allah S.A.W., hinggakan saya diingatkan kembali kata-kata Tok Guru saya yang memesan supaya saya memulakan perjuangan saya menentang DAP di Pulau Pinang.

Dan percayalah, saya akan laksanakan tuntutan Tok Guru saya menerusi satu sidang media tidak lama lagi. Di situ, saya akan mempelawa Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng secara terbuka untuk bermuzakarah dan memeluk agama Islam. Sekiranya mereka tidak menerima pelawaan saya tetapi terus mengaibkan umat Islam dan menghina Qu’ran sepertimana yang dilakukan Ben Singh di London baru-baru ini, saya berjanji, bahawa saya akan menghancurkan mereka bersama-sama DAP dan puak-puak munafiq yang bersekongkol dengan mereka biar apapun yang terjadi kepada saya.

Dan apabila saya telah berjanji, janji itu pasti akan saya tunaikan, kerana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Tanda orang munafik itu ada tiga: jika berbicara dusta, jika berjanji dia ingkar, dan jika dipercaya (diberi amanat) dia berkhianat” (HR. Bukhari Muslim).

Sekian.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


FOLLOW US ALSO VIA THE FOLLOWING LINKS:

Raggie Jessy Rithaudeen on Twitter

Raggie Jessy Rithaudeen on Facebook

TowardsGE15 on Facebook

Gagasan Tiga (G3) on Facebook

The Third Force (Telegram)



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...