Tony Pua, Muhyiddin, hati2. Pembohongan tentang 1MDB akan menghantui kamu

TTF: Ramai pemimpin pembangkang akan menghadapi bahana sebaik saja kerajaan menguatkuasakan undang2 bagi menyekat penyebaran berita palsu (sila lihat petikan berita di bawah). Satu2nya pemimpin yang akan terbeban tak lain tak bukan Tony Pua, Ahli Parlimen bagi Petaling Jaya Utara. Sejak 2013, wakil rakyat DAP itu telah berkali2 memalsukan kebenaran dengan tujuan untuk mempengaruhi rakyat seluruh Malaysia bahawa Dato’ Seri Najib Tun Razak telah bersubahat dengan pegawai2 1MDB untuk melesapkan berbilion Ringgit dari tabung kekayaan daulah negara itu.

Untuk peranan itu sahaja, Pua dijanjikan AS$15 juta oleh Grup Parti Ketiga (GPK) yang ada hubungan rapat dengan pencetus huru-hara iaitu bilionair George Soros dan bekas Perdana Menteri Britain Tony Blair. Pua diberi peranan untuk menghasut pengundi supaya membenci Najib dengan meyakinkan mereka bahawa Perdana Menteri telah mengheret 1MDB ke lembah keruntuhan. Sambil itu semua berlaku, Blair menjalankan kerja2 di belakang tabir bersama bank2 tertentu, para perwakilan media, ahli2 politik dan tauke2 kayaraya — tempatan dan luar negeri — untuk mewujudkan tekanan dan bebanan yang teruk ke atas tabung kekayaan 1MDB dengan hutang piutang dan kemudian menghalangnya daripada mengurangkan hutang ke tahap yang munasabah.

Tan Sri Muhyiddin Yaasin menjadi pemimpin kerajaan yang pertama dikunjungi oleh ahli2 dari GPK. Grup itu pada Jun 2013 memberitau pegawai khas kepada Timbalan PM itu bahawa satu konspirasi antarabangsa telah pun bermula untuk mensabotaj 1MDB. Muhyiddin dijanjikan AS$30 juta (bukan RM) untuk meyakinkan pihak2 berkuasa Malaysia bahawa Najib adalah bertanggungjawab melesapkan berbilion Ringgit dari 1MDB. Bagi memastikan segalanya berjalan mengikut perancangan, bekas Timbalan PM itu mengajak Pua menyertai komplot itu dengan mengatakan Soros sedang membelanjakan berbilion2 untuk menggulingkan Najib.

Sebulan kemudian, beberapa siri komunikasi pelbagai saluran bermula di antara Bank Negara, Maybank, CIMB, AmBank, Bank Muamalat, Pejabat Peguam Negara dan Suruhanjaya Sekuriti. Mereka diberitau supaya “jangan beri 1MDB oksigen” dan menggambarkan Lembaga Pengarah 1MDB seolah2 bersubahat dengan Perdana Menteri untuk melarikan berbilion Ringgit “milik pembayar cukai rakyat Malaysia.” Semua komunikasi itu digerakkan oleh Muhyiddin dan pegawai khasnya yang dikenali dengan nama ‘Tamareen’.

Segalanya berjalan lancar mengikut jadual. Pada 19 Julai 2013, beberapa hari selepas penyertaan Pua, Pengerusi IPIC Sheikh Mansour bin Zayed Al Nahyan melepaskan pegangan sahamnya dalam Barclays yang dihantarkan (transfer) kepadanya oleh Khadem Al-Qubaisi pada Februari 2010. Mansour dengan sengaja menangguhkan pembayaran komisen yang dijanjikan untuk Qubaisi iaitu 10% daripada hasil jualan sahamnya dan menuntut Qubaisi supaya memulangkan keseluruhan kepentingan IPIC berjumlah AS$20 bilion yang tersimpan di British Virgin Islands (BVI).

Mansour telah bersubahat dengan Qubaisi mencuri wang dari 1MDB. Bagaimanapun, menyedari dia mungkin akan dipermainkan, lalu menuntut supaya Qubaisi memulangkan AS$20 bilion yang dipegangnya bagi pihak IPIC di BVI. Pengerusi IPIC itu memerlukan wang tersebut untuk membayar sebahagian daripadanya kepada tauke2, orang2 bank (termasuk seorang dari Bank Negara dan seorang lagi dari Bank Muamalat), penulis2 (termasuk Clare Rewcastle Brown) dan orang2 politik (termasuk Muhyiddin dan Pua) yang diupah oleh Blair dan GPK untuk mensabotaj 1MDB. Segalanya kelihatan berjalan mengikut perancangan sehinggalah Qubaisi buat hal, tanpa diduga oleh Mansour ataupun Blair.

Pada 30 Julai 2014, kaki penipu (conman) Emirayah itu memberitau Mansour dia tidak bercadang hendak memulangkan kepentingan IPIC di BVI kerana tidak ada bukti menunjukkan kepentingan itu hak milik IPIC. Keputusan mengejut Qubaisi itu memaksa Blair dan Mansour menangguhkan satu pengumuman yang sepatutnya diadakan pada 15 Ogos 2014. Pada hari itu Pengerusi IPIC sepatutnya membuat pengumuman bahawa 1MDB telah gagal menunaikan akujanjinya kepada tabung kekayaan daulah UAE dan dengan itu telah menyebabkan kerajaan Emiriyah Arab Bersatu hilang kepercayaan kepada Najib.

Pada ketika itu, Clare telahpun bertemu dengan Dr Mahathir Mohamed untuk meminta bantuannya  mensabotaj 1MDB. Mantan PM itu bersetuju untuk membayar RM20 juta kepadanya bagi setiap artikel yang akan disiarkan dalam dua penerbitan bertujuan khusus untuk mencemar nama baik Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri. Kerana menyangkakan pengumuman oleh Mansour itu akan berlangsung mengikut jadual, pada 14 Ogos 2014 Soros membuat satu transaksi penghantaran (transfer) AS$30 juta kepada dua buah institusi kewangan di Johannesburg yang dimiliki oleh mantan Menteri Kewangan Malaysia, Daim Zainuddin.

Kedua2nya, Pua dan Muhyiddin telah dibayar dengan sebahagian daripada wang tersebut, begitu juga Clare. Berikutan keputusan mengejut Qubaisi, Clare diarahkan supaya mengalihkan tumpuan kepada Jho Low. Sebagai usaha untuk mencari tambahan dana, Mahathir dan Daim telah bersama mempengerusikan satu pertemuan meja bulat di London sekitar bulan Disember 2014 untuk mengumpulkan RM2 bilion dari kalangan tauke2 besar di Malaysia. Wang itu diperlukan bagi membiayai kempen media yang bertujuan memburukkan Najib dan juga untuk tujuan ‘mengumpan’ kira2 50 orang Ahli Parlimen.

Kemudian, pada awal Mac 2015, satu keputusan dicapai untuk mendakwa Qubaisi sebagai terlibat dalam suatu perancangan yang diada2kan konon membabitkan pegawai2 dari 1MDB dan Jabatan Perdana Menteri. Mansour menyedari Pengarah Urusan IPIC ketika itu belot dan menggelapkan kemasukan wang 1MDB melalui entiti2 pesisir pantai yang ada hubungkait dengan kembar palsu Aabar-BVI. Dia mengambil keputusan memaksa 1MDB supaya membayar jumlah yang telahpun dibayar kepada syarikat BVI dengan cara berpura2 tidak tahu menahu bahawa entiti pesisir pantai itu adalah milik IPIC.

Banyak lagi kisah dalam cerita ini yang anda boleh baca dari Klik di sini. Memadai kalau saya katakan, kedua2nya Tony Pua dan Muhyiddin telah beroleh berjuta2 Ringgit kerana membantu Mahathir dan grup pensabotaj antarabangsa menyelitkan penyendal pada roda perjalanan Najib. Meskipun menjadi ahli Jawatankuasa Kira2 Wang Negara (PAC) yang telah membersihkan nama Perdana Menteri daripada sebarang salahlaku, Tony Pua telah bersungguh2 melilbatkan diri dalam penyebaran kempen maklumat palsu yang direkacipta untuk memberi gambaran bahawa Najib telah melesapkan berbilion2 ringgit wang 1MDB.

Kini, jam sedang berdetik dari hari ke harii, Tony Pua.

Translation by: Li Hamdan

*********************************

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang hendak mengawal atau menyekat kebebasan bersuara, yang sewajarnya ada kebertanggungjawaban dan ketelusan, melalui penggubalan undang2 untuk mengekang berita2 palsu, kata Presiden MCA Datuk Liow Tiong Lai.

Beliau berkata kebebasan bersuara, jika digunakan secara tidak bertanggungjawab, termasuk penyebaran berita2 palsu dan apa saja yang menyentuh sensitiviti perkauman, boleh menggugat keharmonian negara dan kemewahannya.

“Para pemimpin kita sentiasa berusaha memastikan keharmonian. perpaduan dan pembangunan yang berterusan di negara ini, dan jika dibiarkan sesiapa yang tidak bertanggungjawab sewenang2nya memainkan isu2 sensitif dan menyebar berita2 palsu, ia akan mendatangkan keburukan yang tidak terperi kepada negara,” katanya kepada para pemberita selepas menghadiri majlis konvokesyen Univerisit Kolej Tunku Abdul Rahman di sini semalam.

Liow yang juga Menteri Pengangkutan berkata cadangan undang2 itu, jika berkuatkuasa, tidak akan menghalang rakyat daripada bersuara atau mengkritik kerajaan tetapi ia hendaklah dilakukan bersandar kepada fakta dan harus ada asasnya.

Sementara itu, di Alor Setar, ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi menyokong langkah kerajaan menggubal undang2 tersebut agar dapat mengurangkan penyebaran berita2 palsu.

“Pemuda PAS mengalu2kan cadangan ini…Malah kita juga sedia memberi cadangan2 bagi memperbaiki undang2 itu, jika dibenarkan,”katanya di sessi minuman petang bersama pemimpin PAS di Taman Budiman di sini semalam.

Pada Januari 30 lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said dalam satu kenyataan berkata kerajaan telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk mengkaji undang2 baru bagi menyekat penyebaran berita2 palsu di negara ini.

Beliau berkata kerajaan berharap undang2 baru itu akan dapat dibawa ke sidang Parlimen sessi yang akan datang.

Sumber: Malay Mail Online.

Comments

Comments