[VIDEO] SIDANG MEDIA TERGEMPAR: ANCAMAN DAP TERHADAP MELAYU-ISLAM TERAMAT KRITIKAL

Razak turut mengulangi cadangan GBN pusat agar Tengku Razaleigh Hamzah dipertimbangkan sebagai Perdana Menteri ke-8. Sumber (gambar): TTF

Menurut Pengerusi Gerakan Bangsa Nasional (GBN) Sabak Bernam, Abdul Razak Dato’ Mohd Ghazali, sudah sampai masanya masyarakat Melayu-Islam dan Bumiputra berfikir secara matang halatuju negara demi agama, raja dan bangsa.

“GBN menyarankan agar mana-mana pemimpin yang samada taksub dengan wang, kuasa dan kedudukan (WKK) ataupun tidak mempunyai semangat perjuangan dan hanya ingin masuk kerajaan menerusi pintu belakang ditolak sama sekali.

Razak menekankan agar masyarakat berpegang teguh kepada misi penyatuan ummah dan tidak mudah terperdaya dengan retorik kerana pada ketika ini, terdapat banyak helah yang digunakan pemimpin-pemimpin tertentu untuk memperdaya masyarakat menyokong Anwar.

“Bayangkanlah betapa huru-haranya negara dan tipis harapan melayu-Islam dan Bumiputra sekiranya perkara ini dibenarkan berlaku.


SABAK BERNAM: Sudah sampai masanya masyarakat Melayu-Islam dan Bumiputra berfikir secara matang halatuju negara demi agama, raja dan bangsa.

Demikian menurut Pengerusi Gerakan Bangsa Nasional (GBN) Sabak Bernam, Abdul Razak Dato’ Mohd Ghazali, yang malam semalam berpesan agar masyarakat Melayu-Islam bersifat realistik dan menupukan perhatian terhadap usaha penyatuan daripada memuja mana-mana pemimpin.




“GBN menyarankan agar mana-mana pemimpin yang samada taksub dengan wang, kuasa dan kedudukan (WKK) ataupun tidak mempunyai semangat perjuangan dan hanya ingin masuk kerajaan menerusi pintu belakang ditolak sama sekali.

“Lebih-lebih lagi jika pemimpin-pemimpin ini sanggup bersekongkol dengan Anwar Ibrahim biarpun tahu bahawa Anwar bersubahat dengan DAP, menerima bantuan daripada DAP dan bersetuju agar seorang pemimpin kanan DAP dijadikan timbalan perdana menteri,” kata Razak kepada sidang media selepas majlis rumah terbuka Hari Raya Aidil Fitri di kediaman beliau di sini.

Turut hadir bersama Pengerusi Bersama GBN pusat, Rosdzaman Dato’ Mohd Yusop.

Saksikan sidang media di bawah

SAKSIKAN SIDANG MEDIA PENUH DI SINI

Razak menekankan agar masyarakat Melayu-Islam berpegang teguh kepada misi penyatuan ummah dan tidak mudah terperdaya dengan retorik kerana pada ketika ini, terdapat banyak helah yang digunakan pemimpin-pemimpin tertentu untuk memperdaya masyarakat menyokong Anwar.

“Bayangkanlah betapa huru-haranya negara dan tipis harapan melayu-Islam dan Bumiputra sekiranya perkara ini dibenarkan berlaku.

Loading...

“Jika sekarang sahaja orang Melayu-Islam sudah seksa dengan kerajaan PH yang dikuasai DAP, bayangkan apa yang akan beraku sekiranya Anwar menjadi PM

“Kita harus menolak terus mana-mana pemimpin yang bersekongkol dengan Anwar samada secara langsung atau tidak langsung.

“Biar ada sedikit pun keraguan seseorang pemimpin itu pro-Anwar, dia harus ditolak. Amat parah natijahnya sekiranya kita tersalah langkah sekali lagi ataupun terlalu suka memuja-muja seseorang itu”

Terdahulu, Razak mengulangi cadangan GBN pusat agar Tengku Razaleigh Hamzah dipertimbangkan sebagai Perdana Menteri ke-8.

“Perlembagaan Persekutuan tidak menghadkan jawatan PM kepada parti yang menang tetapi kepada sesiapa sahaja yang mempunyai sokongan majoriti di parlimen.

“Ku Li sememangnya berpengalaman dalam bidang ekonomi dan ditermina oleh ramai dari kalangan pemimpin PAS, UMNO, PKR, PPBM dan juga segelintir MP DAP, Warisan, Sabah dan Sarawak.

“Biarlah Ku Li menerajui kerajaan sehingga PRU15 agar beliau boleh merombak kabinet untuk mengurangkan kuasa DAP dan menjamin kesejahteraan agama, bangsa dan negara.”

GERAKAN BANGSA NASIONAL



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...