π“π„π‘π‰π„πŒπ€π‡π€π πŠπ„ππ˜π€π“π€π€π πŒπ„πƒπˆA 𝐓𝐒 𝐒𝐇𝐀𝐅𝐄𝐄 ππ„π‘πŠπ„ππ€π€π π’π€πŠπ’πˆ ππ„ππƒπ€πŠπ–π€π€π π‡π”π’ππˆ 𝐇𝐍𝐀𝐃𝐙𝐋𝐀𝐇

“Jika anda mempunyai alasan yang kukuh bagi mendapatkan balik wang, saya tidak nampak mengapa Perdana Menteri akan menghalang/atau tidak membenarkannya.Β Jadi saya fikir terdapat salah faham yang serius di pihak Husni dalam aspek itu” – Shafee. Sumber (gambar): Fail TTF

“Sebagai contoh, Husni berikan contoh Mesyuarat Ekonomi. Menurut Husni, setelah tamat Mesyuarat itu, 3-4 jam kemudian minit mesyuarat itu telah sampai ke tangan Raja Petra Kamarudin. Sedangkan Raja Petra ni memang mahir mendapatkan maklumat”

Nabeel Naqie II

Hari ini berkenaan kenyataan Bekas Menteri Kewangan ke-2, Dato’ Seri Husni Hanadzlah…saya rasa anda semua boleh nampak tanpa saya menyatakannya bahawa ia adalah kenyataan dari seorang yang sedang marah.

Saya cuba mencari jawapan kenapa beliau sangat marah. Mungkinkah beliau marah kerana beliau terpaksa meletakkan jawatan kerana beliau dipindahkan ke Kementerian yang lain.

Namun saya tetap tak faham jika ini (pindah kementerian) adalah puncanya kerana semua orang berpindah. Ia proses mendapatkan pengalaman. Begitulah caranya anda menjadi Perdana Menteri. Menimba pengalaman dari pelbagai kementerian untuk maju ke hadapan.

Tapi beliau (Husni) sungguhpun sudah berada di Kementerian Kewangan selama 7+2 tahun , beliau mahu kekal di sana.
Jadi testimoni beliau di mahkamah tadi memberi indikasi yang beliau marah kerana itu.


Namun lebih dari itu di mahkamah terdedah yang beliau marah dengan banyak sebab lain. Kita dapati yang beliau fikir DSN adalah individu di belakang seorang wanita yang merupakan kakitangan Husni yang telah membuat laporan polis terhadap beliau kerana menjadi mangsa gangguan seks.

Laporan itu adalah terperinci dan juga melibatkan 2 wanita lain.

Saya tidak dapat membayangkan bagaimana Dato’ Seri Najib Tun Razak (DSN) boleh dituduh di belakang semua ini. Dan saya bertanya kepada Husni apakah penyebabnya yang menyebabkan anda percaya DSN adalah dalang di belakang aduan polis wanita ini terhadap anda dan beliau memberikan beberapa alasan yang bagi orang yang biasa berada di mahkamah tidak dapat diterima sebagai bahan bukti di mahkamah.

Kerana kebanyakan kenyataanya adalah hearsay (dengar cakap) dan kemudian beliau rumuskan berdasarkan situasi-situasi itu, dalang di belakang laporan polis terhadap Husni adalah DSN.

Sebagai contoh, Husni berikan contoh Mesyuarat Ekonomi. Menurut Husni, setelah tamat Mesyuarat itu, 3-4 jam kemudian minit mesyuarat itu telah sampai ke tangan Raja Petra Kamarudin. Sedangkan Raja Petra ni memang mahir mendapatkan maklumat.

Beliau boleh dapat information berkenaan pelbagai perkara. Pada satu ketika dahulu, Raja Petra adalah musuh saya. (TS Shafee pernah menyaman Raja Petra kerana memfitnah beliau). Dia dapat maklumat tentang apa yang tulis di drawing board pejabat saya!

Jadi, jika orang lain dapat maklumat dengan caranya, bagaimana pula anda boleh salahkan Perdana Menteri? Namun Husni berpandangan, yang semua ini adalah berpunca dari DSN, bocorkan maklumat dengan tujuan untuk sabotaj beliau.

Dia juga menyalahkan DSN bagi masalah anaknya. Anaknya MD di New Pantai Expressway yang merupakan syarikat subsidiari IJM, sebuah syarikat kontraktor yang besar. Setelah satu mesyuarat, anaknya telah dipecat dan syarikat itu kehilangan kontrak bernilai 1 billion ringgit.

Itu juga sebagai seorang ayah pasti membuatkan anda marah. Malangnya, beliau menyalahkan DSN. Kesemua yang saya katakan ini adalah fakta. Saya tak berikan komen peribadi.

Perkara ketiga setelah kita buktikan bahawa inilah salah faham Husni dan mungkin motif baginya marah terhadap DSN, kita juga telah buktikan bahawa DSN tidak menyembunyikan maklumat berkenaan SRC dan 1MDB dari Husni.
Kerana kedua-dua syarikat ini adalah syarikat utama MKD. MKD memiliki pemantauan paling ketat ke atas mereka.

Sungguhpun saksi ini (Husni) mendakwa DSN mengatakan kepada beliau supaya jangan masuk campur urusan SRC dan 1MDB, Husni tetap masih terlibat. Ini hanya membawa makna, beliau tidak diberitahu spt itu oleh DSN. Mungkin beliau salah faham.

Contohnya adalah apabila Husni kata beliau mencadangkan kepada DSN untuk pergi ke Switzerland. Namun saya tanya kepada beliau, apakah anda tahu sebelum anda cadangkan (jika benar anda cadangkan), keseluruhan ahli lembaga pengarah SRC telah pergi ke Switzerland dan mengesahkan wang ada di sana. Mungkin kerana itu DSN tidak jawab kenyataan dia. Saya tak fikir DSN telah katakan kepada Husni, β€œJangan pergi Switzerland.”

Jika anda mempunyai alasan yang kukuh bagi mendapatkan balik wang, saya tidak nampak mengapa Perdana Menteri akan menghalang/atau tidak membenarkannya.Β Jadi saya fikir terdapat salah faham yang serius di pihak Husni dalam aspek itu.

Demikian juga, Husni mengatakan beliau tidak terlibat namun beliau terus menerus menandatangani dokumen-dokumen penting berkenaan jaminan kerajaan.

Beliau menandatangai dokumen kelulusanΒ  melibatkan SRC dan juga EPU. Beliau luluskan dan tulis sokong. Anda tidak boleh katakan sebagai seorang Menteri…..(Husni kata MOF 1&2 tiada bezanya dari segi fungsi) dan saya bersetuju. Memang betullah. Kerana tugas di MOF adalah sangat besar.

Inilah yang saya bangkitkan kepada beliau. Anda tidak boleh sebagai menteri, pergi ke kabinet, setelah meluluskan, meluluskan dan meluluskan, dan kemudian berkata, siapalah saya untuk membantah?

Jika sedemikian, anda tidak menjalankan tugas anda sebagai seorang Menteri kerana anda ada tanggungjawab kolektif dan juga tanggungjawab internal.

Jika anda mahu mengkritik, maka itulah masanya (kabinet). Anda bangkitkan rasa tidak puas hati anda dan alasan-alasannya, dan sekiranya majoriti di dalam kabinet tetap meluluskannya, maka anda ada tanggungjawab kolektif untuk mempertahankannya sungguhpun anda mempunyai pandangan peribadi yang berbeza.

Namun Husni tidak pernah membangkitkannya secara peribadi di dalam kabinet dan tidak ada rekod dia menyatakan rasa tidak puas hatinya, bantahannya dan alasan-alasan tidak menyokong. Kita juga telah berjaya buktikan bahawa tidak ada satu dokumen pun dari Husni yang diserahkan kepada DSN yang telah merekodkan pandangan-pandangan Husni dan rasa tidak puas hatinya.

Sebagai seorang Menteri…negara kita mengamalkan polisi Westminister. Polisi British.

Tanggungjawab kolektif, tanggungjawab individu, letak jawatan jika anda tidak bersetuju (dengan sesuatu yang serius)…

Anda (Menteri) tidak boleh jadi seperti mentaliti orang Malaysia biasa, orang Melayu yang cakap berlapik-lapik dan akhirnya tidak membangkitkan isu penting yang mengganggu anda dan akhirnya memberi kesan kepada rakyat.

Jadi saya telah katakan kepada beliau yang beliau ada segala peluang untuk menyatakan pandangan dan bantahannya namun anda tidak melakukannya. Inilah fakta-fakta yang telah berlaku di mahkamah berkenaan Husni dari kelmarin sehingga hari ini.

Apabila seorang saksi memberi keterangan, kita perlu tetapkan kredibiliti saksi. Saksi akan menjadi sangat credible sekiranya dia tidak mendapat apa-apa manfaat dari kesaksiannya.

Saksi bebas adalah sangat credible. Namun sekiranya anda ada motif untuk mengenakan Najib dan kami berjaya tunjukkan 3 motif, maka Hakim perlu meneliti kenyataan saksi tersebut di dalam konteks tersebut.

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...