
Rosdzaman Mohd Yusof
Saya percaya umum sedia maklum berkenaan laporan qazaf yang dibuat semalam oleh Mohammad Hilman Idham di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi). Hilman merupakan Setiausaha Politik kepada Dato’ Seri Azmin Ali dan turut merupakan pegawai peribadi beliau.
Dari segi Bahasa, qazaf bererti melontar sesuatu. Dari segi istilah syarak pula, ianya membawa maksud melemparkan tuduhan zina (dan liwat menurut jumhur ulama’) kepada orang yang baik lagi suci tanpa membawa empat orang saksi lelaki.
Ianya merupakan satu kesalahan jenayah yang hukumannya sudah ditetapkan oleh syarak selaras dengan Firman Allah S.W.T dalam Ayat 4 Surah al-Nur yang bermaksud:
“Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka 80 kali sebatan; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasiq.”
Laporan qazaf yang dibuat oleh Hilman semalam merupakan susulan daripada satu laporan polis yang dilakukan oleh beliau di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya. Menurut Hilman, kedua-dua laporan tersebut adalah bagi membolehkan pihak polis membuka kertas siasatan terhadap penyebaran video seks di luar tabii yang didakwa Mohd Haziq Abd Aziz melibatkan dirinya sendiri dan Azmin.
“Tindakan membuat laporan polis dan qazaf ini dibuat di atas kapasiti saya sebagai setiausaha politik kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi ke atas tuduhan palsu dan fitnah jahat yang dibuat terhadap menteri (Azmin).
Saya bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh Hilman dan berpendapat bahawa Azmin turut perlu membuat laporan polis dan qazaf kerana tuduhan ‘palsu’ dan ‘fitnah jahat’ yang dimaksudkan Hilman dilihat lebih bertumpu kepada Azmin.
Saya turut berpendapat bahawa Haziq perlu segara melafazkan sumpah laknat bahawa dakwaan beliau terhadap Azmin dan juga Hilman adalah benar. Sumpah tersebut haruslah dilakukan menurut sisi Islam, dimana Haziq perlu menerusi proses mahkamah dengan empat kali bersumpah diikuti sekali sumpah laknat.
Keenganan Haziq melakukan demikian akan menimbulkan tanda tanya memandangkan tuduhan beliau teramat berat dan mampu menjurus kepada fitnah dan tohmahan yang mungkin akan dilontar terhadapnya.
