10 kali terima kasih, bye-bye DAP

Amran Ahmad Nor

Developers Action Party (DAP), sejak 2008 telah melangkaui kemampuan IQ tahap lobaknya dan hari ini berjaya menguasai kerajaan Malaysia dengan 53 kerusi Parlimen, hasil gabungan bersama parti balacinya, Amanah. Dalam masa lebih kurang 7 bulan sejak mula memerintah Malaysia mulai 9 Mei yang lalu, saya yang telah dipecat dari DAP baru-baru ini ingin menzahirkan rasa bersyukur dan terima kasih kepada DAP kerana :

1. Terima kasih DAP kerana melahirkan bangsa DAP yang akan membolot hasil kekayaan negara dengan cara menghakis hak bangsa lain termasuk hak-hak kaum paling ramai di negara ini dan percayalah, usaha ini tiada noktahnya.

2. Terima kasih DAP kerana menyedarkan orang Melayu tentang nasib suram dam malap bangsa itu setelah ada segelintir daripada kita Melayu yang mengundi logo PKR pada PRU14 dan percaya kehidupan mereka akan lebih baik kononnya.




Ingatlah orang Melayu, hasil perjuangan DAP ini telah melahirkan puak yang berani berkata – UiTM sebagai simbol perkauman di negara ini.
(Lihat gambar di bawah).

3. Terima kasih DAP kerana membuktikan kamu sebenarnya hanya layak bergelar pembangkang semata-mata kerana jika diberikan kuasa, bukan sahaja kamu tidak mampu mentadbir malah membawa negara kepada kehancuran terutama kegagalan ekonomi dan persengketaan antara kaum.

4. Terima kasih DAP kerana berjaya mengkhianati sistem demokrasi Malaysia apabila memperdaya rakyat untuk mengundi mereka menerusi manifesto PRU14 bertaraf ‘bulan & bintang’ yang kebanyakan janjinya tidak dapat ditunaikan.

5. Terima kasih DAP kerana mahu ICERD diiktiraf lagi disokong sehingga menambah ketegangan kaum di negara ini, mungkin kerana bangsanya boleh mengaut keuntungan dalam jangka masa pendek.

5. Terima kasih DAP kerana berjaya mencetuskan kemungkinan dividen lebih rendah bagi KWSP, ASB ekoran gaya pentadbiran yang cukup lemah lagi menyusahkan.

6. Terima kasih DAP kerana tidak langsung prihatin kepada golongan petani, pesawah dan peladang yang rata-ratanya orang Melayu walaupun cukup sedar harga getah dan kelapa sawit jatuh menjunam.

7. Terima kasih DAP kerana berjaya memperdaya kebanyakan rakyat bahawa mereka tidak payah bayar tol lagi selepas PRU14 dan memperolehi undi mereka, tetapi kemudian tidak melaksanakannya.

Loading...

8. Terima kasih DAP kerana memperdaya rakyat yang mengundi anda untuk mendapat internet yang lebih laju tetapi pada harga yang lebih murah dan ianya tidak berlaku sampai hari ini.

9. Terima kasih DAP kerana menunjukkan wajah huduh anda yang sebenar apabila mendapat kuasa dengan hanya memperjuangkan isu bangsanya semata-mata setelah berlakon kononnya menghentikan ucapan ketika azan dan tambah elaun imam, para hafiz dan sebagainya.

10. Akhir sekali, terima kasih DAP kerana terus menipu dan berbohong kepada rakyat dengan hanya menyalahkan kerajaan dahulu apabila kamu gagal mentadbir hari ini, kononnya negara berhutang RM1 trilion dan bersekongkol untuk menjayakan projek kereta nasional ketiga di saat rakyat makin tertekan dengan kenaikan harga barang sejak adanya SST.

Rakyat Malaysia terutama orang Melayu, sedarilah, bangkitnya untuk mengucapkan ‘terima kasih’ kepada DAP dan ucapan itu disusuli dengan ungkapan – Selamat tinggal atau bye2 – kalau boleh buat selama-lamanya, insyaAllah.

Amran Ahmad Nor
Presiden Consent Malaysia
Timbalan Pengerusi G3



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...