
Raggie Jessy Rithaudeen
Berikut merupakan penulisan terkini saya di Facebook:
Baru-baru ini, Takiyuddin mendakwa mesyuarat PN dijangka akan berlangsung pada 19 Januari, dan semua Ketua parti sudah bersetuju untuk hadir.
Takiyuddin juga mendakwa seorang MP PAS daripada kepimpinan tertinggi parti akan menerajui PN, seolah-olah persetujuan berhubung perkara itu sudah dicapai.
Saya kemudiannya mempersoal kenapa PAS masih teragak-agak menamakan calon tersebut jika benar sudah ada persetujuan, dan kenapa susah sangat untuk PN mengadakan mesyuarat segera bagi memuktamadkan pengunduran Muhyiddin.
Hakikatnya, Takiyuddin kurang jujur (jika benar laporan media) apabila memberi gambaran bahawa pengambilalihan jawatan Pengerusi PN oleh PAS adalah sesuatu yang sudah dipersetujui.
Takiyuddin juga kurang jujur apabila memberi gambaran bahawa ‘Muhyiddin juga dijemput’, seolah-olah Muhyiddin bukan lagi Pengerusi PN dan jemputan kepadanya adalah atas pertimbangan PAS.
KINI, beliau mengaku bahawa tarikh mesyuarat masih belum ditetapkan lagi, kerana masih ada Ketua parti yang belum memberi maklum balas.
Realitinya, mesyuarat kepimpinan PN tidak boleh berlangsung tanpa restu Muhyiddin, kerana beliau masih Pengerusi PN yang sah selagi pengunduran beliau belum dimuktamadkan oleh Majlis Tertinggi PN.
Sudah 42 hari Muhyiddin mengumumkan pengundurannya, namun beliau masih enggan memanggil mesyuarat tergempar untuk mengesahkan pengunduran itu, sekaligus bermakna ada masalah kepimpinan besar dalam PN.
Kita sudah melihat tanda-tanda masalah ini, di mana Gerakan dan MIPP – dua parti bertunjangkan kepimpinan bukan Melayu-Islam – menolak cadangan PAS mengambil alih tampuk kepimpinan PN.
Ini menjadikan PAS minoriti dalam PN dari segi ketentuan hala tuju gabungan itu, walaupun parti itu memiliki kerusi terbanyak dan Gerakan berserta MIPP tidak memiliki walau 1 kerusi dan perlu bergantung hampir sepenuhnya kepada jentera dan penyokong PAS pada PRU16.
Semua ini mencadangkan Muhyiddin sehaluan dengan Gerakan dan MIPP, kerana jika Muhyiddin dan Bersatu ikhlas tentang hasrat membenarkan PAS menerajui PN, Gerakan dan MIPP sudah pasti tiada pilihan, dan mesyuarat boleh sahaja diadakan segera.
Sebelum ini, saya pernah menulis:
(PENDEDAHAN) PEREBUTAN KUASA PN: MUHYIDDIN 1, PAS 0
Muhyiddin 1, PAS 0. Tahu kenapa?
1. Muhyiddin dah umum pengundurannya pada 29 Disember 2025.
2. Namun, sehingga kini, PAS masih gagal merealisasikan mesyuarat PN untuk muktamadkan pengunduran Muhyiddin dan pelantikan Pengerusi baru dari PAS.
3. Ini bermakna, PAS tahu kepimpinan parti lain dalam PN hanya akan menurut ketetapan dan kehendak Muhyiddin.
4. Walau bagaimanapun, PAS tetap cuba mendominasi dengan menetapkan 29 Januari sebagai tarikh mesyuarat PN.
5. Namun, langkah PAS meleset apabila ketetapan mesyuarat itu tidak melibatkan Muhyiddin, yang sememangnya masih Pengerusi PN secara sah.
6. Bagi menunjukkan “who’s boss” dan betapa melesetnya pemikiran PAS, Muhyiddin menjemput kepimpinan PN ke rumahnya pada tarikh yang PAS berhajat adakan mesyuarat PN.
7. Ini telah menyebabkan PAS ‘membatalkan’ mesyuarat PN ada 29 Januari, sekaligus bermakna PAS tahu semua Ketua parti komponen akan berkumpul di rumah Muhyiddin.
8. Dan itulah yang berlaku. Setakat penulisan ini, semua Ketua parti komponen PN sudah tiba di rumah Muhyiddin, kecuali PAS.
9. Ini bermakna, Muhyiddin sudah berjaya tunjukkan bahawa semua Ketua parti komponen lain lebih selesa dengannya berbanding PAS.
10. Inilah sebabnya saya kata Muhyiddin 1,PAS 0.
11. Ia juga bermakna peletakan jawatan Muhyiddin sandiwara semata-mata, dan beliau masih berhajat untuk kuasai PN.
12. Sebab itu Muhyiddin mencadangkan pembubaran jawatan Pengerusi PN dan pembentukan Majlis presiden yang dikuasai Bersatu.
13. Siapa presiden Bersatu? Muhyiddin la, siapa lagi.
14. Maknanya, Muhyiddin akan terus menerajui PN, namun kini, jika prestasi PN buruk pada PRU16, semua presiden parti-parti PN akan pikul tanggungjawab bersama sebagai ahli Majlis presiden, bukan Muhyiddin semata-mata.
15. Muhyiddin memang tahu prestasi PN akan buruk pda PRU16.
16. Licik kan game Muhyiddin?
Sekadar pendapat
