Strategi PN Mungkin Makan Diri

Raggie Jessy Rithaudeen

Seorang penganalisa politik dipetik sebagai berkata (petikan Malaysiakini, Ulasan saya di bawah):

“Saya nampak kelam, tidak nampak jalan cerah bagi hubungan antara Bersatu dengan PAS walaupun mereka duduk semeja dan menyetujui pengerusi PN yang baharu.




“Hal ini mengejutkan apabila Muhyiddin dilantik sebagai timbalan pengerusi PN kerana kapasitinya sebagai presiden Bersatu. Tindakan ini dilihat seolah-olah beliau ‘diturunkan pangkat’.

“Muhyiddin sebelum ini merupakan pengerusi PN, bekas perdana menteri, berpengalaman, dan banyak jasanya.

“Namun, apabila orang muda (Ahmad Samsuri) menjadi bos (pengerusi), hal ini menunjukkan seolah-olah tidak ada rasa hormat kepada Muhyiddin dan saya berpandangan bahawa ahli sukar untuk menerima arahan dari padanya.”

Katanya, walaupun pimpinan tertinggi PN menggambarkan mesyuarat berlangsung secara harmoni, episod ketegangan sebelum ini serta kedudukan Muhyiddin yang semakin lemah pastinya menyukarkan gabungan tersebut untuk kembali stabil dan mencapai muafakat politik yang kukuh.

Justeru, kemungkinan pergeseran antara PAS dengan Bersatu akan berterusan, lebih-lebih lagi hubungan PAS dengan bekas timbalan presiden Bersatu, Hamzah Zainuddin, dilihat kekal baik. Malah, PAS dikatakan lebih selesa dengan kepimpinan Hamzah.


Ulasan saya:

Tepat!!

Malah, persepsi timbul bahawa Bersatu, yang berjaya menerajui PN sehingga menang 74 kerusi pada PRU15, dah lumpuh begitu teruk sehingga seorang pemimpin bawahan dari PAS terpaksa ambil alih untuk ‘selamatkan keadaan.’

Loading...

Malah, kesanggupan Muhyiddin – yang merupakan bekas PM, presiden Bersatu dan orang yang menerajui PN sehingga menang 74 kerusi – duduk sebagai timbalan seorang naib Presiden PAS selepas kemelut perpecahan yang melanda Bersatu, menampakkan tanda-tanda Bersatu bukan hanya lumpuh, parti itu hilang kemampuan mengekalkan prestasi PN pada PRU16.

Ia juga menampakkan PAS tidak yakin dengan kepimpinan utamanya sendiri sehingga terpaksa berpaut pada seorang pemimpin bawahan.

Disebabkan itu, rakyat (terutamanya di kawasan Bandar) dijangka kurang yakin dengan kemampuan struktur kepimpinan baru ini, lebih-lebih lagi memandangkan Pengerusi baru PN wajib mengikut telunjuk dan rentak kepimpinan tertinggi PAS.

Dan jika pencapaian PN buruk pada PRU16- yang dijangka tidak lama lagi – PAS akan tanggung segala beban penurunan prestasi gabungan itu.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...