10 ‘panglima perang’ UMNO sertai PN dalam masa terdekat – Hamzah Zainudin

Datuk Seri Hamzah Zainudin. Sumber (gambar): Fail TTF

10 ءڤڠليما ڤراڠء امنو سرتاي ڤن دالم ماس تردكت – حمزه زاينودين

UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI

Perikatan Nasional (PN) akan membuat pengumuman mengenai 10 ‘panglima perang’ termasuk nama besar yang disisihkan UMNO menyertai komponen gabungan itu dalam masa terdekat.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, ketika ini barisan kepimpinan gabungan parti sedang memuktamadkan perkara itu sebelum ia diumumkan dalam satu program bersesuaian.

Media sebelum ini melaporkan selain bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar, bekas Menteri Kesihatan yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin disebut-sebut antara yang bakal menyertai PN.


KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) akan membuat pengumuman mengenai 10 ‘panglima perang’ termasuk nama besar yang disisihkan UMNO menyertai komponen gabungan itu dalam masa terdekat.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, ketika ini barisan kepimpinan gabungan parti sedang memuktamadkan perkara itu sebelum ia diumumkan dalam satu program bersesuaian.




“Insya-Allah kita tengah buat perancangan dan akan umumkan dalam waktu terdekat untuk kita sesuaikan dengan program yang sudah kita aturkan,” katanya kepada media di lobi Parlimen, di sini, pada Isnin.

TONTON: MUSUH TERBESAR ANWAR MULUT DIA SENDIRI, RAKYAT DAH TAK PERCAYA TEMBERANG PH-BN

Media sebelum ini melaporkan selain bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar, bekas Menteri Kesihatan yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin disebut-sebut antara yang bakal menyertai PN.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU2023) minggu lalu mengucapkan selamat maju kepada 10 ‘warlord’ daripada parti itu yang didakwa akan menyertai blok pembangkang menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi.

Ahmad Zahid berkata tindakan itu sememangnya telah dijangka UMNO sejak awal lagi.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai Khairy yang dikatakan bakal menyertai PN, beliau menyerahkan perkara itu kepada Pengerusi PN merangkap Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Itu (KJ sertai PN) kena tanya Tan Sri Muhyiddin. Biar dia (KJ) dengan Tan Sri Pengerusi bincang,” katanya.

Sumber:

Loading...

#PMX #Anwar #Zahid #Hamzah #PerikatanNasional #Muhyiddin



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...