
10 تاهون ڤنجارا، دندا رم970 جوت بوات روسمه منصور
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta terhadap Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut Mahkamah, jika Rosmah gagal menjelaskan denda itu, dia perlu menjalani tambahan hukuman penjara 30 tahun lagi.
Hakim Mohamed Zaini Mazlan juga membenarkan ikat jamin RM2 juta yang ditetapkan sebelum ini dikekalkan.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta terhadap Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut Mahkamah, jika Rosmah gagal menjelaskan denda itu, dia perlu menjalani tambahan hukuman penjara 30 tahun lagi.
Hukuman itu selepas dia disabit bersalah atas semua pertuduhan dalam kes rasuah projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion.
Namun, hakim Mohamed Zaini Mazlan membenarkan permohonan peguam agar hukuman ditangguhkan sementara menunggu rayuan di peringkat Mahkamah Rayuan.
Zaini juga membenarkan ikat jamin RM2 juta yang ditetapkan sebelum ini dikekalkan.
THE THRID FORCE
