10,000 akar umbi ugut keluar PKR jika Zuraida dipecat

Ditanya jumlah ahli yang akan meninggalkan parti itu jika Zuraida dipecat, jurucakap kumpulan itu, Pengerusi Persatuan Penggerak Muafakat Nasional Pulau Pinang Shahrudin Mohd Shariff berkata kira-kira 10,000 orang. Sumber (gambar): NST Online

10،000 اكر اومبي اوڬوت كلوار ڤقر جك ذورايدا دڤچت

Sebuah portal berita melaporkan kira-kira 150 anggota PKR mewakili 13 kawasan parlimen dan 15 NGO, mengadakan perhimpunan aman di luar pejabat parti di Bayan Baru, Pulau Pinang hari ini sebagai tanda solidariti buat naib presiden mereka, Zuraida Kamarudin.

Terdahulu, Zuraida dilaporkan terlah menyerahkan surat jawapan kepada notis tunjuk sebab yang dikemukakan Lembaga Disiplin bertarikh 15 Januari lalu atas dakwaan salah laku termasuk mengeluarkan ucapan berunsur fitnah terhadap kepemimpinan parti.

Semalam, TTF melaporkan perancangan oleh beberapa kumpulan dan NGO di seluruh negara untuk mengadakan perhimpunan-perhimpunan besar di 12 buah negeri bagi menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap pucuk pimpinan parti.

TTF diberitahu kumpulan-kumpulan ini sedang memberi tekanan kepada Datuk Seri Azmin Ali untuk mencantas Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi EGM khas bagi menentukan jawatan presiden PKR.


PETALING JAYA: Sebuah portal berita melaporkan kira-kira 150 anggota PKR mewakili 13 kawasan parlimen dan 15 NGO, mengadakan perhimpunan aman di luar pejabat parti di Bayan Baru, Pulau Pinang hari ini sebagai tanda solidariti buat naib presiden mereka, Zuraida Kamarudin.

Pegawai khas Zuraida, Harris Idham dilaporkan berkata pihak akar umbi tidak akan teragak-agak untuk mengikuti pemimpin mereka jika dipecat daripada parti itu.




Ditanya jumlah ahli yang akan meninggalkan parti itu jika Zuraida dipecat, jurucakap kumpulan itu, Pengerusi Persatuan Penggerak Muafakat Nasional Pulau Pinang Shahrudin Mohd Shariff berkata kira-kira 10,000 orang.

“Tetapi kita akan berjuang terlebih dahulu dalam parti, tidak mudah bagi kita untuk menyerah kalah,” katanya.

Terdahulu, Zuraida dilaporkan terlah menyerahkan surat jawapan kepada notis tunjuk sebab yang dikemukakan Lembaga Disiplin bertarikh 15 Januari lalu atas dakwaan salah laku termasuk mengeluarkan ucapan berunsur fitnah terhadap kepemimpinan parti.

Surat jawapan itu diserahkan kepada Lembaga Disiplin PKR oleh Setiausaha Politiknya, Nor Hizwan Ahmad pada jam 12.45 tengah hari di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya.

Mengulas lanjut, Aziz yang juga Pengerusi Penggerak Muafakat Nasional Kelantan berkata, parti perlu mengambil kira pengalaman dan apa yang diperjuangkan Zuraida selama ini.

Semalam, TTF melaporkan perancangan oleh beberapa kumpulan dan NGO di seluruh negara untuk mengadakan perhimpunan-perhimpunan besar di 12 buah negeri bagi menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap pucuk pimpinan parti.

TTF diberitahu kumpulan-kumpulan ini sedang memberi tekanan kepada Datuk Seri Azmin Ali untuk mencantas Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi EGM khas bagi menentukan jawatan presiden PKR.

Loading...

THE THIRD FORCE



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...