
114 اهلي ڤرليمين مڠهادڤ اڬوڠ برمولا 10 ڤاڬي اين
Sertai saluran Telegram TTF di sini
Portal berita The Star mendakwa bahawa 114 Ahli Parlimen telah menandatangani Surat Akuan Berkanun untuk menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon perdana menteri dan diminta hadir ke Istana Negara bermula 10 pagi ini untuk mengesahkan pendirian mereka.
Namun, portal berkenaan tidak mendedahkan bagaimana kesimpulan dicapai bahawa kesemua 114 ahli parlimen terbabit disahkan menyokong Ismail Sabri.
Menurut portal itu, kesemua Ahli Parlimen ini akan bertemu Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah secara berkumpulan dari jam 10 pagi hingga 5 petang.
Portal tersebut memetik sumber Diraja sebagai berkata, Ahli Parlimen tersebut adalah dari Perikatan Nasional, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dari Sabah dan bebas yang telah menyokong naib presiden Umno menjadi PM.
Sementara itu, Malaysiakini melaporkan bahawa nama Tengku Razaleigh Hamzah tiada dalam senarai.

PETALING JAYA: Portal berita The Star mendakwa 114 Ahli Parlimen yang menandatangani Surat Akuan Berkanun untuk menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon perdana menteri dan diminta hadir ke Istana Negara bermula 10 pagi ini untuk mengesahkan pendirian mereka.
Namun, portal berkenaan tidak mendedahkan bagaimana kesimpulan dicapai bahawa kesemua 114 ahli parlimen terbabit disahkan menyokong Ismail Sabri.
Menurut portal itu, kesemua Ahli Parlimen ini akan bertemu Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah secara berkumpulan dari jam 10 pagi hingga 5 petang.
Portal tersebut memetik sumber Diraja sebagai berkata, Ahli Parlimen tersebut adalah dari Perikatan Nasional, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dari Sabah dan bebas yang telah menyokong naib presiden Umno menjadi PM.
Sementara itu, Malaysiakini melaporkan bahawa nama Tengku Razaleigh Hamzah tiada dalam senarai.
Menurut laporan, komposisi ahli parlimen yang dijemput ke istana esok adalah seperti berikut:
1. Umno × 37
2. Bersatu × 31
3. PAS × 18
4. GPS-PBB × 13
5. GPS-PRS × 2
6. GPS-PDP × 2
7. MCA × 2
8. GPS-SUPP × 1
9. MIC × 1
10. PBRS × 1
11. PBS × 1
12. Star × 1
13. Independent × 4
Beberapa ahli parlimen telah mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa senarai itu betul dan akan menghadiri sesi tersebut pada waktu yang dijadualkan.
Sementara itu, dalam mesej yang disampaikan kepada wakil rakyat BN, Datuk Seri Ahmad Maslan mendakwa ini bermaksud Ismail Sabri telah mendapat sokongan yang mencukupi untuk dilantik sebagai perdana menteri.
“Hanya kumpulan yang menang sahaja dijemput untuk pengesahan sokongan sekali lagi di Istana Negara. Bererti Ismail Sabri dengan izin Allah adalah calon PM yang menang.
“Ini tentu juga berkat kesepaduan bersama diketuai oleh Presiden (Ahmad Zahid Hamidi), timbalan presiden (Mohamad Hasan) dan Najib Abdul Razak (MP Pekan), anggota dewan tertinggi dan semua anggota parlimen kita,” katanya dalam pesanan teks sepertimana yang dilaporkan oleh Malaysiakini.
THE THIRD FORCE

