114 NGO syor Mahathir sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara

Dr Mahathir sebelum ini dilaporkan berkata, penubuhan MPN bukan untuk menggantikan kerajaan sebaliknya membantu mengurangkan kes COVID-19 sehingga negara mencapai imuniti kelompok. Sumber (gambar): Fail TTF

114 ڠو شور محضير سباڬاي ڤڠروسي مجليس ڤموليهن نڬارا

Sertai saluran Telegram TTF di sini

Gabungan 114 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengesyorkan Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN).

Pengarah Reset Malaysia, Dr Abu Hafiz Salleh Hudin, yang mewakili NGO berkenaan berkata majlis itu perlu diterajui pemimpin yang berpengalaman dalam menangani krisis negara.

“Justeru kami berharap Yang di-Pertuan Agong mempertimbang, meluluskan dan menyokong penubuhan majlis untuk diletakkan di bawah baginda.

“Ini sangat penting untuk kestabilan dan merawat kembali Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum di Istana Negara, pagi tadi.


KUALA LUMPUR: Gabungan 114 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengesyorkan Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN).

Pengarah Reset Malaysia, Dr Abu Hafiz Salleh Hudin, yang mewakili NGO berkenaan berkata majlis itu perlu diterajui pemimpin yang berpengalaman dalam menangani krisis negara.




Selain itu katanya, majlis perlu diletakkan di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong dan bukan Perdana Menteri bagi mengelak campur tangan politik.

“Justeru kami berharap Yang di-Pertuan Agong mempertimbang, meluluskan dan menyokong penubuhan majlis untuk diletakkan di bawah baginda.

“Ini sangat penting untuk kestabilan dan merawat kembali Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum di Istana Negara, pagi tadi.

Jun lalu, Dr Mahathir mencadangkan penubuhan MPN bagi menyelesaikan isu ekonomi, politik, sosial dan kesihatan dihadapi negara, kesan penularan pandemik COVID-19.

Dr Mahathir sebelum ini dilaporkan berkata, penubuhan itu bukan untuk menggantikan kerajaan sebaliknya membantu mengurangkan kes COVID-19 sehingga negara mencapai imuniti kelompok.

Majlis terbabit juga akan memberi tumpuan kepada kemerosotan ekonomi serta kewangan selain isu berkaitan pendidikan.

Mengulas lanjut Abu Hafiz berkata, antara isi lain memorandum yang dihantar itu adalah memastikan MPN tidak mempunyai campur tangan yang terlalu luas dan negatif daripada orang politik.

Loading...

Katanya, selain itu majlis itu hanya akan memberi tumpuan kepada empat kluster utama iaitu kesihatan, ekonomi, sosial dan pendidikan.

“Empat perkara ini yang kita akan sentuh dan cuba jadikan fokus dan bukan daripada keseluruhan pentadbiran kerajaan,” katanya.

Sumber:

WAJIB BACA:

Hanya satu sebab Muhyiddin sokong Ismail Sabri, itu pun dijangka tidak bertahan lama



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...