“Di PRK Slim, Blok Bebas Kuasa Ketiga Mahathir (BBKK) hanya perlu memberikan mesej yang jelas kepada pengundi bahawa Mahathir tidak bersama dengan Anwar dalam sebarang kapasiti rasmi, tidak mengiktiraf kepimpinan Anwar, tidak mengiktiraf pencalonannya sebagai Perdana Menteri ke-9 dan tidak memerlukannya bagi apa jua tujuan untuk meyakinkan rakyat bahawa BBKK merupakan opsyen penting dalam lanskap politik tanah air”
Raggie Jessy Rithaudeen
12 داليل بوقتي انور كنتوءي منيڤو ايسو ڤنچلونن د ڤيليهن راي كچيل سليم
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memutar belit keadaan bagi kepentingan peribadinya dengan memberi persepsi kononnya Blok Bebas Kuasa Ketiga (BBKK) pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad perlu mendapat sokongan Pakatan Harapan bagi Pilihan Raya Kecil di Slim.
Memetik laporan media, Anwar berkata Pakatan Harapan akan berunding dengan BBKK berhubung Pilihan Raya Kecil Slim bagi mengelakkan perpecahan undi pembangkang.
“Walaupun PPBM tidak lagi berada dalam PH, tetapi kita tidak mahu dia kata kita ambil tindakan tanpa berunding.
“Jadi, kita berunding dan jumpa mereka dulu,” katanya selepas merasmikan Konvensyen Penerangan PKR hari ini.
Di sini, ingin saya membawa perhatian umum kepada beberapa hakikat dan kenyataan, antaranya:
1. BBKK tidak pernah dan tidak akan memerlukan kesefahaman dengan Pakatan Harapan berhubung pencalonan ahli BBKK untuk Pilihan Raya Kecil di Slim kerana BBKK merupakan blok bebas yang tidak bersama Pakatan Harapan atau Perikatan Nasional dalam apa jua kapasiti rasmi.
2. Sebab itulah, ketika mengumumkan keputusan BBKK untuk bertanding, tidak ada apa-apa inisiatif rasmi untuk berunding dengan Pakatan Harapan, sekaligus membuktikan bahawa BBKK tidak memerlukan apa-apa bentuk persetujuan daripada kepimpinan Pakatan Harapan.
3. Umum perlu tahu, beberapa jam selepas ADUN Slim meninggal, PKR mula berlaku sumbang apabila pegawai peribadi Anwar, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, mengumumkan bahawa calon dari parti itu akan bertanding di Slim.
4. Sehingga hari ini, bukan hanya Anwar mendiamkan perkara itu, beliau tidak mengambil sebarang inisiatif untuk memberi apa jua bentuk penjelasan kepada BBKK berhubung pengumuman yang dibuat oleh Farhash.
5. Saya amat yakin Farhash bertindak atas arahan Anwar yang sengaja ingin menunjukkan kepada umum bahawa PKR masih relevan sambil mencabar Mahathir dan BBKK untuk meletakkan calon.
6. Anwar dipercayai melakukan demikian bagi memperbaiki imejnya yang makin hancur disebabkan tingkah lakunya sendiri yang meyakinkan rakyat bahawa beliau merupakan seorang yang kemaruk kuasa dan kedudukan.
7. Anwar turut melakukan demikian disebabkan kehancuran PKR yang pada ketika ini menyaksikan pengunduran beratus-ratus pemimpin pusat, bahagian dan cawangan kerana tidak yakin dengan kepimpinan beliau.
8. BBKK turut tidak merasakan perlu bagi mendapatkan sokongan daripada Anwar atau otai-otainya memandangkan Mahathir telah secara terbuka menjarakkan dirinya daripada Anwar menerusi pengisytiharan pembentukkan BBKK.
9. Tindakan Mahathir itu bakal menguntungkan BBKK kerana rakyat jelata dan majoriti pemimpin-pemimpin politik tanah air sudah muak dengan penipuan serta permainan persepsi Anwar dan jemu dengan isu peralihan kuasa yang dimain-mainkan oleh otai-otai Anwar.
10. Rakyat jelata dan majoriti pemimpin-pemimpin politik tanah air turut tidak ingin Anwar menjadi Perdana Menteri, sekaligus bermakna saham Mahathir akan melonjak naik di kalangan para pengundi dengan pengumuman pembentukkan BBKK.
11. Justeru, di PRK Slim, BBKK hanya perlu memberikan mesej yang jelas kepada pengundi bahawa Mahathir tidak bersama dengan Anwar dalam sebarang kapasiti rasmi, tidak mengiktiraf kepimpinan Anwar, tidak mengiktiraf pencalonannya sebagai Perdana Menteri ke-9 dan tidak memerlukannya bagi apa jua tujuan untuk meyakinkan rakyat bahawa BBKK merupakan opsyen penting dalam lanskap politik tanah air.
12. Tindakan Pakatan Harapan berunding dengan Mahathir atas permintaan Anwar secara langsung dan tidak langsung bermakna Anwar telah merangkak ke Mahathir bagi tujuan mengadakan perbincangan, bukan sebaliknya.
Wallahu A’lam
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
