120 ketua bahagian UMNO sokong Najib pengerusi BN?

Majlis tertutup di sebuah kafeteria di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebaik selepas Perhimpunan Agung UMNO 2019 melabuhkan tirainya Sabtu lalu. Sumber (gambar): TTF

THE THIRD FORCE

Belum sempat sebulan UMNO Selangor dilanda krisis kepimpinan, kini timbul pula desas-desus wujudnya usaha melibatkan sebilangan besar ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi UMNO untuk menyingkirkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dari jawatan presiden parti dan pengerusi Barisan Nasional.

Menurut sumber dari kalangan ketua bahagian negeri Selangor, ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi UMNO dan seorang yang pernah bergelar menteri kanan kerajaan, usaha tersebut timbul susulan rasa tidak puas hati majoriti pemimpin UMNO terhadap Zahid yang enggan mencadangkan nama Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai Pengerusi Barisan Nasional yang baharu.




TTF difahamkan bahawa gerakan ini mendapat sokongan antara 115 hingga 120 ketua UMNO bahagian dari seluruh negara yang kecewa dengan Zahid atas sebab-sebab tertentu.

Menurut sumber, sebilangan besar mereka bertindak menganjurkan satu majlis tertutup di sebuah kafeteria di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebaik selepas Perhimpunan Agung UMNO 2019 melabuhkan tirainya Sabtu lalu.

Kehadiran Najib yang sinonim dengan slogan #maluapabossku itu turut mendapat sokongan dengan kehadiran 191 ketua wanita, 170 ketua puteri dan 157 ketua pemuda bahagian UMNO dari seluruh negara.

Pada 22hb November 2019, TTF menulis:

UMNO Selangor dilanda krisis kepimpinan berikutantindakan 16 daripada 22 ketua bahagian boikot mesyuarat perhubungan UMNO Selangor yang berlangsung sebentar tadi.

Menurut sumber, mereka yang tidak hadir tidak berpuas hati dengan Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atas sebab-sebab tertentu dan mengelakkan mesyuarat tersebut sebagai tanda protes.

Ketua bahagian yang hadir mesyuarat ialah Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan (Hulu Selangor), Datuk Hj Megat Zulkarnain (Gombak), Datuk Abd Rahman Bakri (Sabak Bernam), Datuk Haji Mutalib Rahim (Petaling Jaya), Tan Sri Noh Omar (Tanjung Karang) dan Datuk Nasaruddin M Zin (Klang).

Loading...

TTF difahamkan bahawa perselisihan antara beberapa ketua bahagian memuncak berikutan pertemuan beberapa ahli parlimen Barisan Nasional bersama Dato’ Seri Azmin Ali malam Isnin di kediaman rasmi Azmin di Putrajaya.

Pertemuan itu menyebabkan berlakunya kekeliruan di kalangan pihak yang bersekutu dengan kem Azmin-Hisham dengan mereka yang bersekutu dengan Zahid atas sebab-sebab spesifik yang akan dibincang kemudian

 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...