14 warga Wuhan yang mendarat semalam dihantar pulang

“Jika ada yang bertindak masuk secara haram (di kawasan sempadan), mereka akan dikenakan tindakan mengikut akta Imigresen” – Muhyiddin. Sumber (gambar): Fail TTF

14 ورڬ ووهن يڠ مندارت سمالم دهانتر ڤولڠ

Seramai 14 warga China berasal dari Wuhan yang menaiki pesawat dan mendarat di lapangan terbang negara ini kelmarin, sudah dihantar pulang ke negara asal.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pihaknya menerusi Jabatan Imigresen mengeluarkan arahan penghantaran pulang individu terbabit menggunakan Notis Penolakan Masuk atau ‘Not To Land Notice’ (NTL).

Mengulas mengenai penularan laporan palsu coronavirus, Muhyiddin berkata, polis dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sudah membuka tujuh kertas siasatan membabitkan isu berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya juga mengambil kira aspek keselamatan di kawasan sempadan termasuk Sabah dan Sarawak bagi memastikan tidak ada warga China masuk mengikut laluan berkenaan.


KUALA LUMPUR: Seramai 14 warga China berasal dari Wuhan yang menaiki pesawat dan mendarat di lapangan terbang negara ini kelmarin, sudah dihantar pulang ke negara asal.

Ia susulan perkembangan terkini kes jangkitan coronavirus 2019 (2019-nCoV) di China, khususnya di wilayah Hubei.




Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pihaknya menerusi Jabatan Imigresen mengeluarkan arahan penghantaran pulang individu terbabit menggunakan Notis Penolakan Masuk atau ‘Not To Land Notice’ (NTL).

“Pegawai Imigresen mendapati 14 warga China yang mendarat di KLIA kelmarin, berasal dari Wuhan, China.

“Bertindak mengikut prosedur operasi standard (SOP) Imigresen, kita gunakan NTL.

“Pelawat dari Wuhan dan wilayah Huibei tidak dibenarkan masuk melalui semua pintu masuk ke negara ini,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Mengulas mengenai penularan laporan palsu coronavirus, Muhyiddin berkata, polis dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sudah membuka tujuh kertas siasatan membabitkan isu berkenaan.

“Orang ramai diingatkan supaya tidak memutarbelitkan fakta dan menyebarkan berita palsu mengenai virus berkenaan di media sosial.

Loading...

“Kita khuatir tindakan itu boleh mengakibatkan masyarakat bertambah panik serta takut,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga mengambil kira aspek keselamatan di kawasan sempadan termasuk Sabah dan Sarawak bagi memastikan tidak ada warga China masuk mengikut laluan berkenaan.

“Kita akan buat pemeriksaan terhadap semua pelancong berkaitan di pintu masuk negara.

“Kalau di kawasan sempadan, kita ada agensi penguat kuasa yang menjalankan pemantauan.

“Jika ada yang bertindak masuk secara haram (di kawasan sempadan), mereka akan dikenakan tindakan mengikut akta Imigresen,” katanya.

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...