15 Disember hari penentu buat Anwar Ibrahim

“Anwar tidak sedar bahawa tindak-tanduknya hanya menjadikan ahli-ahli parlimen dari Team B dan WARISAN yang sudah lama meluat lebih meluat terhadapnya”

Raggie Jessy Rithaudeen

Datuk Seri Anwar Ibrahim berulang kali mendakwa memiliki sokongan majoriti ahli-ahli parlimen dan bersedia untuk menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Walaubagaimanapun, bukan hanya Anwar gagal mempersembahkan sebarang bukti sokongan itu setelah menjaja nama Yang Di-Pertuan Agong dan menghadap Seri Paduka Baginda Tuanku, beliau turut sabotaj usaha Tun Dr Mahathir Mohamad dan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) untuk menolak Belanjawan 2021 menerusi undi belah bahagi.




Seandainya belanjawan tersebut gagal diluluskan oleh Dewan Rakyat Khamis lalu, sudah pasti Muhyiddin dan barisan Jemaah Menterinya yang mengamalkan politik “darjat, wang, kuasa dan kedudukan (wkk)” terpaksa meletakkan jawatan melainkan Yang Di-Pertuan Agong bersetuju untuk membubarkan parlimen.

Tetapi Anwar tahu bahawa Yang Di-Pertuan Agong tidak sekali-kali akan bersetuju untuk membubarkan parlimen, dan ini terbukti apabila Seri Paduka Baginda Tuanku bersetuju untuk mengisytiharkan Darurat di Batu Sapi bagi mengelakkan Pilihan Raya Kecil di kawasan parlimen itu.

Justeru, undi belah bahagi Khamis lalu merupakan peluang keemasan bagi Anwar menumbangkan kerajaan pimpinan Perikatan Nasional sepertimana yang dipersetujuinya bersama rakan-rakan seperjuangannya dalam Pakatan Harapan.

Tetapi Anwar tidak berbuat demikian. Sebaliknya, beliau memberikan arahan saat terakhir kepada ahli-ahli parlimen dari PKR, DAP dan AMANAH untuk tidak terlibat dengan undi belah bahagi biarpun nampak Mahathir berdiri untuk menyokong usul undi tersebut.

Tahu tak kenapa?

Sebab:

1. Anwar tidak memiliki sokongan majoriti ahli-ahli parlimen

Loading...

2. Pihak Istana Negara berkemungkinan besar tidak inginkan Anwar sebagai Perdana Menteri

3. Anwar memerlukan sokongan ahli-ahli parlimen dalam jumlah yang amat besar agar Yang Di-Pertuan Agong tidak mampu mempertikaikan kelayakkannya sebagai calon Perdana Menteri seandainya Perikatan Nasional berjaya ditumbangkan.

Tak usah cerita sokongan majoriti ‘besar’, majoriti mudah pun tak mampu dikecapi oleh Anwar.

Beliau sedar bahawa gandingan Mahathir bersama Tengku Razaleigh Hamzah disokong padu majoriti ahli-ahli parlimen dari DAP, AMANAH, UMNO, Sabah, Sarawak dan sebilangan tertentu dari PPBM.

Bagaimanapun, sekiranya ahli-ahli parlimen dari UMNO dan WARISAN tidak yakin bahawa DAP dan AMANAH  inginkan Belanjawan 2021 ditolak, mereka tidak akan berdiri untuk menyokong usul undi belah bahagi, sekaligus menimbulkan persepsi kononnya Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah tidak memiliki sokongan majoriti.

Inilah yang dikehendaki Anwar, dan segala pertimbangan beliau buat ketika ini berkisar di sekitar misi menggagalkan usaha Mahathir untuk menumbangkan kerajaan pimpinan Perikatan Nasional.

Anwar sebenarnya berharap ahli-ahli parlimen dari Team B UMNO (kem Hishammuddin-Tengku Razaleigh Hamzah) dan WARISAN menjadi begitu terdesak sehingga mereka bersetuju untuk menyokongnya secara bertulis, sekaligus memberikannya majoriti yang cukup besar untuk dipersembahkan kepada Yang Di-Pertuan Agong.

Malangnya, Anwar tidak sedar bahawa tindak-tanduknya hanya menjadikan ahli-ahli parlimen dari Team B dan WARISAN yang sudah lama meluat lebih meluat terhadapnya.

Ini kerana Mahathir tidak memikirkan soal “siapa harus jadi Perdana Menteri” buat ketika ini dan hanya berniat untuk menumbangkan kerajaan zalim pimpinan Perikatan Nasional.

Jika Anwar benar-benar berprinsip dan memiliki ciri-ciri kepimpinan Islam sejati, beliau akan bersangka baik terhadap Mahathir dan memberi tumpuan terhadap “misi menumbangkan kerajaan pimpinan Perikatan Nasional” dan lupakan isu peralihan buat seketika.

Saya sendiri ingin bersangka baik dan bersetuju untuk memberikan peluang kedua kepada Anwar.

Justeru, saya berharap bahawa beliau akan mengotakan janjinya untuk meletakkan jawatan sebagai ketua pembangkang esok sekiranya kerajaan pimpinan Perikatan Nasional masih lagi berdiri utuh.

Saya turut berharap Anwar akan bersama-sama Mahathir dan ahli-ahli parlimen lain dari Pakatan Harapan, Team B dan WARISAN untuk menolak terus usul belanjawan menerusi undi belah bahagi pada 15hb Disember 2020.

Jika Anwar gagal melakukan demikian, selepas 15hb Disember 2020, saya berjanji bahawa satu pendirian bersejarah akan diambil oleh sebilangan besar ahli parlimen yang sudah pasti akan meminggirkan Anwar dan sesiapa sahaja yang bersekutu dengannya buat selama-lamanya.

Take it or leave it, Anwar.

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...