1MDB: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah cuba sekat firma guaman serah RM1.44 bilion

Minggu lalu, SPRM dan penyiasat di UK yang memfailkan tuntutan mahkamah itu secara bersama, berkata adalah amat penting supaya dana berkenaan dibekukan. Sumber (gambar): Fail TTF

1مدب: سوروهنجاي ڤينچيڬاهن رسواه چوبا سكت فيرما ڬوامان سراه رم1.44 بيلياون

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memfailkan tuntutan mahkamah di United Kingdom (UK) bagi menghalang sebuah firma guaman di sini melepaskan wang berjumlah AS$40 juta (RM1.44 bilion) dikaitkan kepada 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Akhbar The Guardian melaporkan, penyiasat British yang terbabit dalam kes rasuah 1MDB mendakwa wang berkenaan berada dalam simpanan firma guaman itu bagi pihak ahli perniagaan, Arab Saudi, Tarek Obaid.

Bulan lalu, SPRM memperoleh perintah interim daripada Mahkamah Tinggi bagi melarang sebarang pergerakan wang RM1.44 bilion itu, yang disimpan firma guaman Clyde & Co LLP (Clyde) di UK, bagi pihak ketiga.

Menurut SPRM, firma guaman terbabit baru-baru ini memohon kebenaran Agensi Jenayah Kebangsaan UK untuk menyerahkan sebahagian wang berkenaan kepada Tarek.


LONDON: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memfailkan tuntutan mahkamah di United Kingdom (UK) bagi menghalang sebuah firma guaman di sini melepaskan wang berjumlah AS$40 juta (RM1.44 bilion) dikaitkan kepada 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Akhbar The Guardian melaporkan, penyiasat British yang terbabit dalam kes rasuah 1MDB mendakwa wang berkenaan berada dalam simpanan firma guaman itu bagi pihak ahli perniagaan, Arab Saudi, Tarek Obaid.




Tarek didakwa turut terbabit dalam skandal 1MDB tetapi dia menafikan semua tuduhan terhadapnya selama ini.

Obaid sebelum ini pernah didakwa atas tuduhan melakukan pengubahan wang haram dan terbabit dalam konspirasi jenayah bersama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berhubung kes 1MDB

Bulan lalu, SPRM memperoleh perintah interim daripada Mahkamah Tinggi bagi melarang sebarang pergerakan wang RM1.44 bilion itu, yang disimpan firma guaman Clyde & Co LLP (Clyde) di UK, bagi pihak ketiga.

Menurut SPRM, firma guaman terbabit baru-baru ini memohon kebenaran Agensi Jenayah Kebangsaan UK untuk menyerahkan sebahagian wang berkenaan kepada Tarek.

Difahamkan, permohonan itu difailkan bagi membolehkan bayaran dibuat kepada Obaid atau syarikat minyak miliknya.

Minggu lalu, SPRM dan penyiasat di UK yang memfailkan tuntutan mahkamah itu secara bersama, berkata adalah amat penting supaya dana berkenaan dibekukan.

Menurut laporan The Guardian, firma guaman itu enggan menjawab apabila ditanya sama ada wang berkenaan sudah dikeluarkan atau tidak.

Loading...

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...