20 Dalil kenapa lawatan Anwar ke Arab Saudi tamparan kencang buat Malaysia

“Wisma Putera seeloknya mendapatkan penjelasan terlebih dahulu daripada kerajaan Arab Saudi daripada memfitnah warganegara Malaysia yang menimbulkan persoalan secara ikhlas. Rakyat berhak tahu kenapa Anwar gagal bertemu dengan Putera Mahkota dan Raja Arab Saudi dalam masa yang ditetapkan oleh Putera Mahkota sendiri”

Raggie Jessy Rithaudeen

20 داليل كناڤ لاوتن انور ك عرب سعودي تمڤرن كنچڠ بوات مليسيا

UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI

Saya terbaca satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar (Wisma Putra) sepertimana dilaporkan oleh portal Malaysiakini.




Dalam kenyataan itu, Wisma Putra mendakwa kononnya polemik lawatan Anwar ke Arab Saudi yang dibangkitkan oleh sesetengah pihak lebih bersifat spekulasi dan jauh menyimpang daripada fakta sebenar.

Saya tidak ingin menghurakan semula apa yang tercatit, dan anda boleh membacanya sendiri DI SINI.

Apa yang ingin saya huraikan di sini ialah fakta sebenar berhubung lawatan rasmi Anwar Arab Saudi dan isu-isu berbangkit yang Wisma Putera sengaja buat-buat tidak faham:

TONTON: HABISLAH ANWAR, TUN M BAKAL BERTINDAK

1.     Pada 22 Mac 2023, media melaporkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan melawat Arab Saudi selama tiga hari atas jemputan rasmi Putera Mahkota Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al-Saud, merangkap Perdana Menteri Arab Saudi.

2.     Menurut laporan, Anwar turut akan mengadap Penjaga Dua Masjid Suci dan Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud, serta Putera Mahkota Mohammed bin Salman.

3.     Namun, lawatan Anwar sudah berakhir, dan berdasarkan perkembangan semasa yang dimuat naik oleh Anwar sendiri, tidak ada sebarang pertemuan dilaporkan antara Anwar dan mana-mana pemimpin yang mewakili “kemuncak kuasa Arab Saudi,” termasuk Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud.

4.     Ini menimbulkan seribu satu persoalan, kerana amat aneh bila Putera Mahkota Arab Saudi tidak mampu meluangkan masa untuk bertemu dengan rombongan Anwar meskipun Mohammed dikatakan menjemput Anwar secara rasmi.

Loading...

5.     Alasan kononnya “delegasi Malaysia menerima makluman supaya tempoh lawatan dipanjangkan daripada tempoh asal bagi mengaturkan sesi-sesi kunjungan hormat dan pertemuan dengan kepimpinan tertinggi kerajaan Arab Saudi” tidak masuk akal dan menimbulkan lebih banyak persoalan.

6.     Ini kerana Putera Mahkota sendiri didakwa menjemput Anwar, dan sudah pasti beliau maklum lebih awal lagi tentang tarikh sebenar lawatan rombongan Anwar.

7.     Jadi amat aneh bila kerajaan Malaysia memaklumkan bahawa putera mahkota mempunyai perubahan rancangan menjelang bulan Ramadan dan meminta rombongan Anwar melanjutkan lawatan, seolah-olah Putera Mahkota beranggapan bahawa Anwar dan menteri-menteri Malaysia terlalu banyak masa lapang dan boleh ‘ditolak sana sini’ sesuka hati.

8.     Mustahil pucuk pimpinan Arab Saudi mengenepikan lawatan ketua kerajaan yang mereka sendiri jemput atas apa jua sebab, melainkan faktor kecemasan, kesilapan penjadualan, masalah komunikasi atau perkara lain di luar kawalan.

9       Wisma Putera seeloknya mendapatkan penjelasan terlebih dahulu daripada kerajaan Arab Saudi daripada memfitnah warganegara Malaysia yang menimbulkan persoalan secara ikhlas.

10.    Rakyat berhak tahu kenapa Anwar gagal bertemu dengan Putera Mahkota dan Raja Arab Saudi dalam masa yang ditetapkan oleh Putera Mahkota sendiri.

11.     Catitan Facebook Anwar menceritakan bagaimana delegasi Malaysia (merangkumi menteri dan pegawai kanan kerajaan) bertemu dengan warga Malaysia, kepala industri perniagaan, pihak Islamic Development Bank (IsDB) dan komuniti perniagaan Arab Saudi, antara lain.

12.  Catitan ini mencadangkan tidak ada sebarang pertemuan antara delegasi Malaysia dengan mana-mana pemimpin yang mewakili “kemuncak kuasa Arab Saudi.”

13.  Persoalannya, perlukah pucuk pimpinan kerajaan Malaysia hadir sendiri di Arab Saudi semata-mata untuk bertemu ahli perniagaan dan wakil industri, sedangkan pemimpin kanan kerajaan Arab Saudi tidak menunjukkan minat untuk hadir bersama dalam sebarang pertemuan?

14.  Bukankah elok Anwar mengutuskan rombongan perniagaan dan industri ke Arab Saudi bagi bertemu rakan-rakan sejawat mereka di sana?

15.  Semakan laporan media Arab Saudi menunjukkan negara itu kurang kesungguhan dalam membuat liputan mengenai lawatan Anwar.

16.  Antara yang ditemui Anwar dalam lawatannya termasuk gabenor Jeddah, presiden Bank Pembangunan Islam, dan seorang pegawai Liga Dunia Islam.

17.  “Tiada seorang pun daripada pemimpin ini mewakili kemuncak kuasa Saudi yang harus ditemui oleh mana-mana pemimpin kerajaan berpangkat tinggi untuk menjadikan lawatan mereka berbaloi,” kata bekas diplomat Malaysia yang berkhidmat di pelbagai ibu negara di Timur Tengah, sepertimana dilaporkan oleh Malaysianow..

18.  “Wisma Putra dan kedutaan Malaysia perlu menjawab banyak persoalan sukar tentang bagaimana lawatan rasmi seorang perdana menteri memalukan dengan cara ini,” katanya lagi.

19.  Rakyat Malaysia berhak mendapatkan penjelasan sebenar, kerana sekiranya benar lawatan Anwar adalah lawatan rasmi, ianya menggunakan kemudahan yang dibiayai menggunakan duit rakyat, bukan duit peribadi Anwar.

20.  Jadi tidak benarlah apa yang dikatakan oleh Wisma Putra, kononnya “polemik lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi yang dibangkitkan sesetengah pihak lebih bersifat spekulasi dan jauh menyimpang daripada fakta sebenar.”



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...