2,454 ahli PPBM Kubang Pasu keluar parti bersama 25 ketua cawangan, isytihar masuk PEJUANG

Kesemua terbabit sebulat suara bersetuju untuk menyertai parti baharu yang ditubuhkan bekas Perdana Menteri itu iaitu Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG). Sumber (gambar): Sinar Online

2،454 اهلي ڤڤبم كوبڠ ڤاسو كلوار ڤرتي برسام 25 كتوا چاوڠن، اشتهار ماسوق ڤجوڠ

Seramai 2,454 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Kubang Pasu dilaporkan telah isytihar keluar parti berkuat kuasa serta-merta.

Menurut Bendahari Bersatu Bahagian Kubang Pasu, Tengku Anwar Tengku Daud, Naib Ketua Srikandi bahagian Zakiah Yaakob dan Ketua Penerangan Armada bahagian Mohd Saffiq Rodhi turut bersama meninggalkan parti itu.

“Kami mengambil tindakan ini kerana telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Presiden Bersatu yang bertindak ‘hijack’ parti ini.

“Pemimpin asal termasuk Pengerusi Tun Dr Mahathir Mohamad telah dipecat tanpa mengikut lunas-lunas Perlembagaan parti,” katanya ketika sidang akhbar di Dewan Pusat Khidmat Parlimen Bersatu di Jitra.


PETALING JAYA: Seramai 2,454 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Kubang Pasu dilaporkan (Sinar Online) telah isytihar keluar parti berkuat kuasa serta-merta.

Menurut Bendahari Bersatu Bahagian Kubang Pasu, Tengku Anwar Tengku Daud, Naib Ketua Srikandi bahagian Zakiah Yaakob dan Ketua Penerangan Armada bahagian Mohd Saffiq Rodhi turut bersama meninggalkan parti itu.




Beliau menambah, daripada jumlah berkenaan, seramai 25 daripada 35 ketua cawangan Bahagian berkenaan turut melepaskan jawatan tanpa paksaan daripada mana-mana pihak.

“Kami mengambil tindakan ini kerana telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Presiden Bersatu yang bertindak ‘hijack’ parti ini.

“Pemimpin asal termasuk Pengerusi Tun Dr Mahathir Mohamad telah dipecat tanpa mengikut lunas-lunas Perlembagaan parti,” katanya ketika sidang akhbar di Dewan Pusat Khidmat Parlimen Bersatu di Jitra.

Menurutnya, mereka juga sebulat suara bersetuju untuk menyertai parti baharu yang ditubuhkan bekas Perdana Menteri itu iaitu Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG).

“Kami akan menyerahkan senarai nama dan juga surat peletakan jawatan ini kepada pejabat pusat parti serta salinannya kepada ROS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan ).

“Kami juga yakin dalam masa terdekat ini 2/3 daripada 5,340 ahli bahagian ini akan turut mengikut jejak kami meninggalkan parti ini,” katanya.

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:

Loading...



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...