Rayer tarik diri dari mewakili tertuduh kes jual MyKad kepada warga asing

Rayer yang mewakili Datuk Lai Chin Wah, 56, membuat keputusan untuk tidak mewakilinya sebelum prosiding hujahan bantahan untuk kes tersebut tidak dipindahkan ke Mahkamah Tinggi bermula di Mahkamah Sesyen. Sumber (gambar): Fail TTF

Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer hari ini menarik diri daripada mewakili salah seorang tertuduh dalam kes perbicaraan penjualan sijil kelahiran serta MyKad sah kepada warga asing.

Jelasnya, beliau mewakili Chin Wah sebagai peguambela dalam perbicaraan kes itu pada 18 September lalu selepas dilantik oleh keluarga tertuduh.

Bagaimanapun, katanya, terdapat pihak tertentu termasuk parti politik yang mempersoalkan pelantikannya memandangkan beliau merupakan seorang Ahli Parlimen kerajaan.

Menurut Rayer, walaupun merupakan seorang Ahli Parlimen kerajaan, namun tidak ada apa-apa undang-undang yang menghalangnya menjadi peguambela kepada Chin Wah iaitu salah seorang tertuduh yang dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah di sisi undang-undang.

LIHAT SIDANG MEDIA GBN BERHUBUNG PERKARA INI DI SINI


PULAU PINANG: Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer hari ini menarik diri daripada mewakili salah seorang tertuduh dalam kes perbicaraan penjualan sijil kelahiran serta MyKad sah kepada warga asing.

Rayer yang mewakili Datuk Lai Chin Wah, 56, membuat keputusan itu semalam sebelum prosiding hujahan bantahan untuk kes tersebut tidak dipindahkan ke Mahkamah Tinggi bermula di Mahkamah Sesyen.




Menurut Rayer, keputusan tersebut kerana tidak mahu penglibatannya dalam kes berkenaan digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk membuat tomahan dan tuduhan tidak berasas terhadap DAP; Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan pemimpin-pemimpin DAP serta PH.

Jelasnya, beliau mewakili Chin Wah sebagai peguambela dalam perbicaraan kes itu pada 18 September lalu selepas dilantik oleh keluarga tertuduh.

Bagaimanapun, katanya, terdapat pihak tertentu termasuk parti politik yang mempersoalkan pelantikannya memandangkan beliau merupakan seorang Ahli Parlimen kerajaan.

“Saya masih berpendirian bahawa tidak ada sebarang konflik kepentingan jika saya terus menjadi peguambela tertuduh dalam kes ini kerana di negara ini, kita mengamalkan sistem ‘separation of powers’ (pemisahan kuasa),” katanya.

Menurut Rayer, walaupun merupakan seorang Ahli Parlimen kerajaan, namun tidak ada apa-apa undang-undang yang menghalangnya menjadi peguambela kepada Chin Wah iaitu salah seorang tertuduh yang dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah di sisi undang-undang.

Dalam pada itu, Hakim Norsalha Datuk Hamzah kemudiannya membenarkan keputusan Rayer menarik diri dan digantikan peguam R. Sivahnanthan.

Sumber:

Loading...

Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don’t need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


FOLLOW US ON TELEGRAM AND TWITTER:

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

TELEGRAM: Rosdzaman Dato’ Hj Mohd Yusup

TELEGRAM: Norismail Sarbini

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...