31 ahli parlimen UMNO tolak kepimpinan Najib, Zahid

Najib, Zahid dan Anwar merupakan sekutu rapat. Sumber (gambar): Fail TTF

31 اهلي ڤرليمين امنو تولق كڤيمڤينن نجيب، زاهيد

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Seramai lima ahli parlimen ‘penyokong tegar’ Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju dengan desakan agar ahli-ahli parlimen UMNO bertindak keluar dari kerajaan.

Selebihnya yang hadir dalam satu mesyuarat tergempar semalam menolak cadangan itu bulat-bulat. Perkara ini disahkan oleh sumber TTF, yang berkata, bukan semua ahli parlimen UMNO hadir di mesyuarat itu.

Sumber yang sama mengesahkan, seramai 31 ahli parlimen UMNO menolak terus kepimpinan Zahid sebagai Presiden UMNO dan Najib sebagai pengerusi Barisan Nasional walaupun perkara ini tidak dibincangkan semalam.

Ini sejajar dengan dakwaan TTF selama ini berhubung kewujudan Team A (Kluster Mahkamah) yang hanya diwakili tujuh ahli parlimen UMNO, termasuk Najib dan Zahid sendiri.

Daripada 31 ahli parlimen yang menolak Zahid, ada juga yang inginkan UMNO menarik sokongan terhadap kerajaan dalam masa terdekat.

Tetapi bilangan mereka tidak setanding dengan Team B (25-27 ahli parlimen) yang ingin terus kekal dalam kerajaan sehingga bubar parlimen.


PETALING JAYA: Seramai lima ahli parlimen ‘penyokong tegar’ Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju dengan desakan agar ahli-ahli parlimen UMNO bertindak keluar dari kerajaan.

Selebihnya yang hadir dalam satu mesyuarat tergempar semalam menolak cadangan itu bulat-bulat.




Perkara ini disahkan oleh sumber TTF, yang berkata, bukan semua ahli parlimen dari UMNO hadir di mesyuarat itu.

Menurutnya, mesyuarat semalam bukannya mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi UMNO dan lebih merupakan mesyuarat untuk mendapatkan reaksi ahli-ahli parlimen yang hadir.

“Sebarang keputusan berhubung kedudukan MP dalam kerajaan dan sokongan MP terhadap kerajaan perlu dibuat di peringkat MKT,” katanya.

Sumber yang sama mengesahkan, seramai 31 ahli parlimen UMNO menolak terus kepimpinan Zahid sebagai Presiden UMNO dan Najib sebagai pengerusi Barisan Nasional walaupun perkara ini tidak dibincangkan semalam.

Ini sejajar dengan dakwaan TTF selama ini berhubung kewujudan Team A (Kluster Mahkamah) yang hanya diwakili tujuh ahli parlimen UMNO, termasuk Najib dan Zahid sendiri.

Daripada 31 ahli parlimen yang menolak Zahid dan Najib, ada juga yang inginkan UMNO menarik sokongan terhadap kerajaan dalam masa terdekat.

Tetapi bilangan mereka tidak setanding dengan Team B (25-27 ahli parlimen) yang ingin terus kekal dalam kerajaan sehingga bubar parlimen.

Loading...

Justeru, sebarang usaha MKT untuk mengarahkan ahli parlimen keluar dari kerajaan atau menarik sokongan terhadap kerajaan tidak akan diendahkan oleh majoriti ahli parlimen UMNO.

Ianya turut membuktikan dakwaan TTF bahawa ‘ugutan’ yang dibuat oleh Zahid terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk adakan sidang parlimen ‘dalam tempoh 14 hari’ tidak membawa sebarang makna dan sekadar ‘syok sendiri’.

Ahad lalu, TTF menulis:

PAU 2020 yang berlangsung dari 26 hingga 28hb Mac 2021 hanya menetapkan bahawa UMNO tidak akan bekerjasama dengan PPBM pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Walaupun para perwakilan memutuskan sebulat suara bahawa PRU15 mesti diadakan dalam satu tempoh tertentu dari 1hb Ogos 2021 selepas darurat tamat atau satu tarikh sebelumnya jika darurat ditamatkan awal, tempoh dan tarikh tersebut tidak pernah ditetapkan.

Sebaliknya, para perwakilan melepaskan terus tugas untuk membuat penetapan itu kepada Majlis Kepimpinan Tertinggi UMNO yang kemudiannya bersidang pada 25hb April 2021.

Namun, persidangan yang diadakan pada 25hb April tidak membuat sebarang ketetapan berhubung tempoh atau tarikh Pilihan Raya perlu diadakan atau tarikh UMNO akan menarik sokongannya terhadap kerajaan, sekaligus bermakna belum ada sebarang keputusan atau ketetapan berhubung perkara ini.

Ini bermakna, ‘ugutan’ Ahmad Zahid kepada Muhyiddin bahawa parlimen mesti bersidang ‘dalam tempoh 14 hari’ tidak membawa apa-apa makna, kerana kedua-dua MKT dan PAU 2020 tidak pernah menetapkan bahawa UMNO akan tarik sokongan terhadap kerajaan pada 1hb Ogos atau sebelumnya.

WAJIB BACA: 

Sekumpulan ahli parlimen UMNO rancang gabungan baharu tanpa Najib, Zahid (Pendedahan)



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...