TERIMA KASIH PADA SALLEH SAID KERUAK KERANA MENGIKHTIRAF TUN MAHATHIR MASIH RELEVAN DALAM POLITIK

Khairuddin Abu Hassan

Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak adalah sahabat karib saya dan saya ingin ‘angkat topi’ serta ucap jutaan terima kasih pada beliau kerana masih mengikhtiraf Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai ‘otai politik’ yang masih amat berbisa pada realitinya.

Pemimpin-pemimpin UMNO yang ‘haprak’ harus sambut baik dan sedar mengenai apa yang diperkatakan oleh sahabat karib saya itu.




Mulai hari ini pemimpin-pemimpin ‘haprak’ UMNO yang lain jangan lagi mengatakan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad sudah tidak relevan lagi dalam pesada politik tanahair.

TONTON: KANTOI – ANWAR PERANGKAP DIRI SENDIRI ISU PELEPASAN LUAR TABII ZAHID HAMIDI

Secara ikhlas, saya amat kagum dengan kenyataan Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak yang masih memandang tinggi akan kemampuan Tun Dr Mahathir Mohamad yang dianggap masih boleh menggugatkan lanskap politik tanahair walaupun kalah deposit dalam PRU15 yang lepas.

Semua pihak khususnya pemimpin-pemimpin ‘haprak’ UMNO harus ikhtiraf bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad masih relevan dalam politik tanahair dulu, kini dan selamanya sepertimana yang dimaksudkan oleh Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak.

Tetapi hakikatnya, ini adalah persepsi serta teori peribadi Datuk Seri Panglima Salleh Keruak semata-mata.

Teori ini salah dan tidak betul sama sekali.

Tun Dr Mahathir Mohamad hanya mahu tumpu pada gerakan untuk satu-padukan orang-orang Melayu secara ‘non partisan’ seterusnya mencari kaedah bagi menyelesaikan semua polemik permasalahan Melayu demi menebuskan semula maruah anak bangsa kita.

Dulu maruah Melayu harum di seluruh dunia OIC, Barat dan Timur tetapi kini mertabat Melayu ‘hancur lebur’ di kacamata negara-negara luar.

Loading...

Suatu masa dahulu maruah kepimpinan Melayu dianggap sebagai kuasa ‘Harimau Asia’ tapi kini dikenali sebagai ‘kleptokrasi.’

Tidak salah sama sekali untuk Tun Dr Mahathir Mohamad membimbing negeri-negeri yang dipimpin oleh orang-orang Melayu agar ianya akan menjadi contoh teladan baik bahawasanya negeri-negeri yang dianggap mundur boleh maju setanding dengan negeri-negeri maju lain di negara kita.

Yang penting ialah kita kena lawan rasuah serta ubah kaedah kepimpinan berteraskan bersih, cekap serta amanah  sekiranya mahu melakukan transformasi pembangunan ekonomi   secara efektif di Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis.

Membangunkan serta memajukan negeri-negeri di bawah gerakan ‘SG4’ ini juga adalah sebahagian dari agenda pembangunan negara.

Sekiranya kita hendak hancurkan pembangunan ekonomi di Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis boleh dianggap sebagai gerakan untuk sabotaj negara kerana akhirnya ianya akan memporak-perandakan kestabilan ekonomi serta politik negara.

Takkan Tun Dr Mahathir Mohamad yang amat berpengalaman luas membina negara selama 22 tahun 22 bulan secara jujur mahu membimbing untuk bangunkan ekonomi di negeri-negeri ‘SG4’ dianggap  khianat?!

Prinsip Tun Dr Mahathir Mohamad lain dari yang lain kerana akhirnya beliau akan meletakkan kepentingan ‘bangsa serta negara’ di atas segalanya.

Tokoh negarawan terulung ini hanya mahu melihat negeri-negeri ‘SG4’ ini transform dan bangun setanding dengan negeri-negeri maju lain di tanahair kita.

Niat murni Tun Dr Mahathir Mohamad mahu membantu membangunkan ekonomi negeri-negeri tersebut bukan hendak sabotaj kedudukan ekonomi negeri-negeri ‘SG4’ jadi di mana salahnya?!

Secara jujur dan ikhlas, tiada sebarang agenda politik dalam gerakan ‘SG4’ dan tidak terlintas langsung di benak hati kecil Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bermusuh dengan kerajaan persekutuan.

Semua orang tahu samada kita suka ataupun tidak; hubungan di antara kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan mesti terjalin erat jika kita semua hendak maju.

Apapun, hanya orang bodoh saja yang akan menentang niat murni Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membangunkan ekonomi negeri-negeri ‘SG4’ demi kesejahteraan rakyat tanpa kira kaum mahupun agama di negeri-negeri tersebut.

Gerakan ‘SG4’ tidak akan kaitan langsung dengan agenda politik dan jauh sama sekali sebagai lambang untuk bermusuh dengan kerajaan persekutuan.

Majunya negeri-negeri ini bakal membawa erti majulah juga negara kita kerana negeri-negeri ‘SG4’ adalah sebahagian dari persekutuan tanah melayu.

Semua pihak tidak harus takut dengan ‘bayang-bayang’ sendiri kerana pendirian ikhlas Tun Dr Mahathir Mohamad ini secara tidak langsung turut akan membantu kerajaan persekutuan dalam agenda memperkasakan pembangunan ekonomi di peringkat negeri-negeri yang berada di bawah Malaysia.

TONTON: KANTOI – ANWAR PERANGKAP DIRI SENDIRI ISU PELEPASAN LUAR TABII ZAHID HAMIDI



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...