50 dalil membuktikan Mahathir tidak mengiktiraf kemuliaan raja-raja Melayu dan berhajat menghapuskan institusi diraja (Bahagian Pertama)

Raggie Jessy Rithaudeen

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam menegaskan bahawa Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, tidak mempunyai kuasa untuk melantik Menteri Besar kerana peranan tersebut terletak pada parti yang memenangi pilihanraya, bukannya Sultan.

Apabila ditekan, beliau menegaskan bahawa keputusan lantikan Menteri Besar merupakan satu keputusan politik, bermakna keputusan tersebut akan dilakukan oleh pemimpin dari parti yang mentadbir dan tidak melibatkan Sultan.


Ini merupakan satu pembohongan yang bertujuan mengaburi mata rakyat dan menimbulkan persepsi seolah-olah pihak istana sedang cuba untuk masuk campur urusan eksekutif dengan cara yang tidak menepati peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Justeru, saya telah mengambil inisiatif untuk mengemukakan 50 dalil menerusi dua terbitan berasingan bagi memperinci bagaimana kenyataan Mahathir merupakan satu penghinaan kepada raja-raja Melayu dan Perlembagaan Persekutuan dan bukti bahawa beliau berhajat untuk menghapuskan institusi diraja buat selama-lamanya.


50 dalil membuktikan Mahathir tidak mengiktiraf kemuliaan raja-raja Melayu dan berhajat menghapuskan institusi diraja (Bahagian Pertama)

A. PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

1. Artikel 40(2)(a) dan 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, dibaca bersama, menetapkan bahawa Yang di-Pertuan Agong memiliki kuasa penuh untuk melantik sesiapa sahaja dari kalangan ahli-ahli parlimen sebagai Perdana Menteri, yang menurut budi bicara Tuanku, memiliki keyakinan majoriti daripada ahli-ahli parlimen.

RUJUK JUGA:

Pelantikan MB Johor dan Kuasa Sultan: Sila rujuk ‘precedent case’ di Perlis, Terengganu dan Selangor

2. Artikel-artiklel tersebut, ditafsir bersama, turut menetapkan bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak wajib mematuhi pandangan Perdana Menteri yang sebelumnya ataupun Perdana Menteri penjaga (caretaker) bagi parti yang kembali memenangi majoriti dalam parlimen selepas pilihanraya umum apabila membuat lantikan Perdana Menteri yang baru.

3. Begitu juga, Perlembagaan Persekutuan dan juga perlembagaan-perlembagaan negeri-negeri Melayu di Semenanjung Malaysia, dibaca bersama bagi mana-mana negeri, menetapkan secara konsisten bahawa Sultan mempunyai kuasa mutlak untuk melantik sesiapa sahaja dari kalangan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri sebagai Menteri Besar, yang menurut budi bicara Tuanku, memiliki keyakinan majoriti daripada ahli-ahli Dewan Undangan Negeri.

4. Sepertimana dalam perlantikan Perdana Menteri, Sultan-Sultan turut tidak wajib mematuhi pandangan Perdana Menteri yang sebelumnya ataupun Perdana Menteri penjaga (caretaker) bagi parti yang kembali memenangi majoriti dalam parlimen selepas pilihanraya umum apabila membuat lantikan Menteri besar yang baru.

5. Ini bermaksud kenyataan Mahathir bahawa “Sultan Johor tidak mempunyai kuasa melantik Menteri Besar Johor kerana peranan tersebut terletak pada parti yang memenangi pilihanraya” merupakan satu pembohongan semata-mata.

6. Ini sekaligus merupakan satu penghinaan yang amat besar terhadap Institusi Diraja, Perlembagaan Persekutuan dan raja-raja Melayu yang begitu dikasihi dan ditaati oleh rakyat jelata, terutama sekali oleh golongan Melayu Islam, selaras dengan nilai peradaban Islam, perintah Allah SWT dan sunnah Nabi Muhammad SAW

7. Malah, insiden Langkah Kajang di mana Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menolak pencalonan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuktikan bahawa Sultan sememangnya mempunyai kuasa mutlak untuk melantik sesiapa sahaja dari kalangan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri sebagai Menteri Besar.

8. Insiden tersebut merupakan satu daripada belasan insiden melibatkan perlantikan Menteri Besar dalam sejarah tanah air yang membuktikan bahawa Sultan sememangnya mempunyai kuasa mutlak untuk melantik sesiapa sahaja dari kalangan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri sebagai Menteri Besar.

B. DEKLARASI RAKYAT

9. Pada 5hb April 2019, Mahathir memberitahu satu sidang media bahawa beliau pernah menyerahkan ‘satu juta tandatangan’ kepada ‘raja-raja’ Melayu.

10. Walaupun tidak memperinci untuk apa tandatangan tersebut diserahkan, beliau sebenarnya merujuk kepada Deklarasi Rakyat yang dibentangkan oleh beliau pada 4hb Mac 2016 bersama-sama dengan beberapa pemimpin dari Pakatan Harapan bagi menuntut perletakan jawatan Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia.

11. Hakikatnya, beliau tidak pernah membentangkan apa-apa tandatangan kepada mana-mana Raja ataupun Majlis Raja-Raja susulan daripada pengumuman Deklarasi Rakyat tersebut pada 4hb Mac 2016.

12. Malah, tidak ada mana-mana pemimpin dari mana-mana parti dalam Pakatan Harapan yang pernah membentangkan apa-apa tandatangan kepada mana-mana Raja ataupun Majlis Raja-Raja susulan daripada pengumuman deklarasi tersebut pada 4hb Mac 2016.

13. Justeru, kenyataan beliau bahawa ‘satu juta tandatangan’ pernah diserahkan kepada ‘raja-raja’ Melayu merupakan pembohongan semata-mata yang sekali lagi membuktikan bahawa beliau langsung tidak mengiktiraf ataupun menghormati institusi diraja dan kemuliaan Raja-Raja Melayu.

14. Biarpun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa Mahathir sememangnya pernah mengumumkan semasa pelancaran Deklarasi Rakyat tersebut bahawa pihaknya berhasrat untuk mengumpulkan satu juta tandatangan sebelum bulan Disember 2016 bagi dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

15. Malah, enam bulan sebelum tarikh akhir bagi umum menandatangani deklarasi tersebut, beliau mengumumkan bahawa pihaknya berjaya mengumpul 1.2 juta tandatangan dari rakyat yang menurutnya “menyokong” isi kandungan deklarasi tersebut.

16. Beberapa hari kemudian, beliau mula menuntut secara terbuka untuk dibenarkan mengadap Yang di-Pertuan Agong biarpun terdapat protokol dan tatacara rasmi bagi mana-mana pihak yang ingin memohon untuk mengadap Raja.

17. Tidak lama kemudian, beliau mula menuduh pentadbiran Najib ‘menyembunyikan’ Yang di-Pertuan Agong agar Deklarasi Rakyat tidak dapat dipersembahkan kepadanya.

18. Tetapi apabila Yang di-Pertuan Agong akhirnya bersetuju untuk membenarkan Mahathir mengadap, beliau tidak mampu mempersembahkan satu apa bukti yang menunjukkan deklarasi tersebut berjaya mengumpul tandatangan.

19. Ini memandangkan hampir kesemua tandatangan yang didakwa Mahathir berjaya dikumpulkan “lebih awal dari jangkaan” sebenarnya diperolehi daripada seorang pakar komputer yang menjual secara haram hampir sejuta nama rambang kepada pihak Mahathir.

20. Ini sekaligus membuktikan bahawa Mahathir sanggup melakukan apa sahaja untuk memperbodohkan Yang di-Pertuan Agong, termasuk jenayah, memandangkan pihak empunya nama yang dibeli orang-orang Mahathir tidak tahu-menahu berkenaan penggunaan nama mereka dalam Deklarasi Rakyat.

Bersambung…


Click on the button below, or send a WhatsApp to +60164049082 if you intend to make a direct contribution to our account. We thank you for your support and hope to continue bringing you great content in the years to follow.


FOLLOW US ALSO VIA THE FOLLOWING LINKS:

Raggie Jessy Rithaudeen on Twitter

The Third Force on Twitter

Raggie Jessy Rithaudeen on Facebook

TowardsGE15 on Facebook

Gerakan Bangsa Nasional

The Third Force (Telegram)

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...