56 kepimpinan tertinggi PPBM Jerlun isytihar keluar parti

Menurut Timbalan Ketua Bahagian Jerlun, Datuk A Aziz Mohamod, sudah tiba masanya mereka meninggalkan Bersatu untuk meneruskan perjuangan Dr Mahathir menubuhkan sebuah parti baharu dengan mengekalkan prinsip perjuangan yang asal. Sumber (gambar): Sinar Online

56 كڤيمڤينن ترتيڠڬي ڤڤبم جرلون اشتهار كلوار ڤرتي

Seramai 14 Ahli Jawatankuasa (AJK) Bersatu Bahagian Jerlun diketuai Timbalan Ketua Bahagiannya, Datuk A Aziz Mohamod meletakkan jawatan dan mengumumkan keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkuatkuasa semalam.

Aziz berkata, 14 daripada 18 AJK itu termasuk Naib Ketuanya, Datuk Khalid Ahmad; Ketua Armada, Ahmad Shauqie Syeikh Baderuddin; Ketua Srikandi, Mashitah Abu Seman serta ketua-ketua cawangan Bersatu Jerlun.

“Secara rasminya kami meninggalkan parti ini berkuat kuasa 10 Ogos, kerana kami telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan tertinggi parti dan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Malah parti dilihat seolah ketidaktentuan dalam hala tuju berdepan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15),” katanya.

Menurutnya, perjuangan asal parti Bersatu sudah tersasar daripada objektif penubuhannya untuk memerangi kerajaan kleptokrasi apabila kepimpinan tertinggi Bersatu bersekongkol dengan UMNO, selaku pembangkang yang ditewaskan pada PRU14 lalu.


JERLUN: Seramai 14 Ahli Jawatankuasa (AJK) Bersatu Bahagian Jerlun diketuai Timbalan Ketua Bahagiannya, Datuk A Aziz Mohamod meletakkan jawatan dan mengumumkan keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkuatkuasa semalam.

Aziz berkata, 14 daripada 18 AJK itu termasuk Naib Ketuanya, Datuk Khalid Ahmad; Ketua Armada, Ahmad Shauqie Syeikh Baderuddin; Ketua Srikandi, Mashitah Abu Seman serta ketua-ketua cawangan Bersatu Jerlun.




Menurutnya, pada peringkat pertama ini, seramai 56 kepimpinan tertinggi bahagian menyerahkan surat peletakan jawatan

“Ini akan disusuli dengan majoriti ahli cawangan yang turut berbuat demikian, menyebabkan 25 cawangan daripada 35 cawangan Bersatu Jerlun terbubar secara automatik. Keseluruhan ahli Bersatu Jerlun adalah seramai 5,400,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Aziz berkata, kepimpinan tertinggi Bersatu Bahagian Jerlun dan akar umbi membuat keputusan itu tanpa paksaan, sebaliknya atas dasar dan matlamat perjuangan dalam mengekalkan prinsip.

“Secara rasminya kami meninggalkan parti ini berkuat kuasa 10 Ogos, kerana kami telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan tertinggi parti dan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Malah parti dilihat seolah ketidaktentuan dalam hala tuju berdepan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15),” katanya.

Menurutnya, perjuangan asal parti Bersatu sudah tersasar daripada objektif penubuhannya untuk memerangi kerajaan kleptokrasi apabila kepimpinan tertinggi Bersatu bersekongkol dengan UMNO, selaku pembangkang yang ditewaskan pada PRU14 lalu.

“Secara prinsipnya ia telah melanggar perlembagaan dan peraturan parti itu sendiri. Kami sertai Bersatu sebelum ini adalah kerana dasar perjuangan dibawa pengasasnya, Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya.

Aziz berkata, sudah tiba masanya mereka meninggalkan Bersatu untuk meneruskan perjuangan Dr Mahathir menubuhkan sebuah parti baharu dengan mengekalkan prinsip perjuangan yang asal.

Loading...

“Mengikut Perlembagaan Bersatu, ahli yang menyertai parti lain keahliannya automatik gugur. Kami sepakat keluar parti untuk permudahkan proses menjadi ahli parti baharu diasaskan Dr Mahathir kelak,” katanya.

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...