
78 ڤراتوس دري 350،000 ڤسرتا اوندي اونلاين اڠڬڤ كراجأن ڬاڬل
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Daripada lebih 350,000 peserta yang menyertai satu undian dalam talian, 78 peratus percaya bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah kerajaan yang gagal.
Hanya 22 peratus dari para peserta menyertai undian bermula sejak seminggu lalu dan berakhir semalam menyifatkan kerajaan pada masa ini tidak gagal.
Menurut seorang anggota Majlis Tertingi Umno, Kerajaan PN berkata, kebanyakan kes baharu datang dari kategori tidak serious. “Tetapi semalam ada 153 kematian.”
Bagi beliau, kalau ikut kadar kematian dari segi saiz penduduk, Malaysia antara tertinggi di dunia.

Daripada lebih 350,000 peserta yang menyertai satu undian dalam talian, 78 peratus percaya bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah kerajaan yang gagal.
Hanya 22 peratus dari para peserta menyertai undian bermula sejak seminggu lalu dan berakhir semalam menyifatkan kerajaan pada masa ini tidak gagal.
350,000 peserta undian itu membuat keputusan itu apabila menjawab pertanyaan, “Adakah kerajaan PN gagal menguruskan Covid-19 dan gagal menguruskan kesejahteraan rakyat.”
Menurut seorang anggota Majlis Tertingi Umno, Datuk Puad Zakarshi, Kerajaan PN berkata, kebanyakan kes baharu datang dari kategori tidak serious. “Tetapi semalam ada 153 kematian.”
Bagi beliau, kalau ikut kadar kematian dari segi saiz penduduk, Malaysia antara tertinggi di dunia.
“TS Ismail Marican bekas KP Kesihatan kata, kerajaan hari ini bersikap “denial”,” kata beliau.
Puad juga mengkritik kenyataan Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yassin yang minta mayat-mayat mangsa Covid diuruskan dengan bulldozer.
“Kalau terpaksa guna bulldozer untuk kebumi jenazah, tidakkah itu amat kritikal. Siapa agaknya yang rakam suara PM itu? Memang,” kata Puad.
Sumber:
WAJIB BACA:
Muhyiddin leading NRC is the story of a failed man playing filthy politics to confuse the Agong

