8 Disember tidak akan ubah apa-apa

Jika Mahkamah mendapati Najib tidak bersalah, majoriti rakyat Malaysia yang percaya beliau bersalah tetap akan menuduh kerajaan mencampuri urusan Mahkamah untuk membantu Najib melepaskan diri. Sumber (gambar): Fail TTF

“Jika rakyat boleh menolak Barisan Nasional pada 2018 disebabkan kos sara hidup yang tinggi, apakah anda fikir rakyat akan lebih menerima gabungan itu dengan prestasi buruk ekonomi negara (terburuk di rantau ini) dan harga barangan yang makin menggila?”

Raggie Jessy Rithaudeen

8 دسيمبر تيدق اكن اوبه اڤا٢

UMNO sepatutunya sudah lama menjauhkan diri daripada Kluster Mahkamah dan menjenamakan semula parti selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

Namun, disebabkan politik wang masih subur dalam UMNO, Kluster Mahkamah terus memegang tampuk kepimpinannya selepas pemilihan parti pada 2018.




Tidak lama kemudian, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertindak memperkasakan kedudukannya dalam parti dengan melantik lima kuncunya ke Majlis Kepimpinan Tertinggi UMNO.

Walaupun Datuk Seri Najib Tun Razak bukan lagi presiden parti, beliau diangkat sebagai penasihat Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) setelah Zahid dan Najib memasuki gencatan politik (BACA DI BAWAH).

GENCATAN POLITIK ZAHID-NAJIB

Pelantikan Najib mengejutkan ramai pihak, termasuk Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah.

Hanya beberapa hari selepas dilantik, Najib didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas tujuh pertuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM 42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Tetapi adakah Barisan Nasional bertindak melucutkan jawatan Najib sebagai penasihat Pengerusi Lembaga Penasihat gabungan itu demi mengekalkan integriti parti dan mengembalikan keyakinan rakyat?

Tidak.

Ini memberikan mesej yang jelas kepada pengundi bahawa Barisan Nasional terlalu parah dan ketandusan pemimpin berwibawa hingga sanggup dinasihati oleh seorang pesalah yang menyeleweng berjuta-juta dana negara.

Loading...

Walaupun Zahid bergelar presiden UMNO, pada dasarnya, UMNO masih di bawah bayang “Boss ku” dan amat terdesak disebabkan penolakkan lebih ramai pengundi tehadap Barisan Nasional berbanding PRU14.

Malah, UMNO begitu terdesak sehingga terpaksa menerima kembali seorang bekas ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi (MKT) yang dipecat dari parti semata-mata kerana ahli berkenaan merupakan orang kuat “Boss ku.”

Ini menjadikan UMNO yang wujud hari ini seakan-akan sama dengan UMNO sebelum PRU14, di mana Najib merupakan watak utama dalam segala percaturan dan mempunyai kata putus dalam segala keputusan yang dibuat.

Buktinya di Melaka, di mana Najib merupakan satu-satunya pemimpin UMNO yang dilihat ke sana sini, seolah-olah Najib lebih penting daripada presiden parti dan merupakan calon Barisan Nasional bagi jawatan Ketua Menteri.

Cuba fikir, kalau majoriti pengundi sudah menolak Najib pada PRU14 hanya disebabkan tuduhan jenayah, apakah pengundi yang sama (yang kini berada dalam keadaan lebih terdesak) sanggup menyokong beliau setelah disabit bersalah?

Tidak kira apa keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan 8hb Disember ini, rakyat tidak akan mengubah fikiran dan hanya menunggu Pilihan Raya Umum ke-15.

Jika Mahkamah mendapati Najib bersalah, para penta’asub Najib akan tetap meroyan dan menuduh Pakatan Harapan memfitnah idola mereka biarpun Mahkamah Rayuan membuat keputusan di bawah pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri.

Sebaliknya, jika Mahkamah mendapati Najib tidak bersalah, majoriti rakyat Malaysia yang percaya beliau bersalah tetap akan menuduh kerajaan mencampuri urusan Mahkamah untuk membantu Najib melepaskan diri.

Percayalah, rakyat sudah memutuskan siapa yang mereka sokong dan siapa tidak.

Mereka memboikot Pilihan Raya Negeri Melaka baru-baru ini kerana mereka tahu Pilihan Raya Umum ke-15 akan diadakan dalam masa terdekat dan ingin memberi tumpuan di situ.

Inilah yang membolehkan Barisan Nasional menang tipis di 12 kerusi (dengan majoriti kurang 1,000 setiap satu), bukan kerana gabungan itu lebih popular atau makin diterima rakyat atau kerana kehadiran “Boss ku” di Melaka.

Perkara ini turut disahkan oleh Tengku Razaleigh baru-baru ini, di mana beliau berkata, Barisan Nasional tidak boleh terlalu yakin dengan kemenangan di Melaka kerana rakyat lebih menumpu kepada Pilihan Raya Umum ke-15.

Jika rakyat boleh menolak Barisan Nasional pada 2018 disebabkan kos sara hidup yang tinggi, apakah anda fikir rakyat akan lebih menerima gabungan itu dengan prestasi buruk ekonomi negara (terburuk di rantau ini) dan harga barangan yang makin menggila?

WAJIB BACA:

100 HARI BERSAMA ISMAIL SABRI MASIH GAGAL

 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...