850 ahli PKR Sabak Bernam keluar parti bersama Ketua Cawangan

Menurut Abu Talib Bujang, Anwar dilihat hanya mementingkan kelompok tertentu dan meminggirkan ahli yang lain terutama pejuang yang berkorban mempertahankan parti berkenaan. Sumber (gambar): Fail TTF

850 اهلي ڤقر سابق برنم كلوار ڤرتي برسام كتوا چاوڠن

Bekas Ketua Cabang PKR Cabang Sabak Bernam, Abu Talib Bujang bersama kira-kira 850 ahli PKR Cabang Sabak Bernam mengumumkan keluar parti itu, berkuat kuasa hari ini.

Abu Talib berkata, keputusan itu dibuat kerana hilang kepercayaan dengan kepimpinan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyebabkan perpecahan serta didakwa gagal menyatukan ahli parti itu di semua peringkat.

Beliau memberitahu, ahli juga kecewa selepas Anwar masih lagi gagal mendapatkan sokongan Ahli Parlimen untuk dinobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan.

“Keadaan ini menyebabkan Anwar tidak diyakini sebahagian besar ahli Parlimen dan ahli parti pula menjadi huru-hara serta berpecah,” katanya.


SABAK BERNAM: Bekas Ketua Cabang PKR Cabang Sabak Bernam, Abu Talib Bujang bersama kira-kira 850 ahli PKR Cabang Sabak Bernam mengumumkan keluar parti itu, berkuat kuasa hari ini.

Abu Talib berkata, keputusan itu dibuat kerana hilang kepercayaan dengan kepimpinan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyebabkan perpecahan serta didakwa gagal menyatukan ahli parti itu di semua peringkat.




Menurutnya, Anwar dilihat hanya mementingkan kelompok tertentu dan meminggirkan ahli yang lain terutama pejuang yang berkorban mempertahankan parti berkenaan.

“Anggota parti kecewa dengan kepimpinan Anwar dan dijangka lebih ramai mengumumkan keluar PKR dalam waktu terdekat,” katanya.

Beliau memberitahu, ahli juga kecewa selepas Anwar masih lagi gagal mendapatkan sokongan Ahli Parlimen untuk dinobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan.

“Keadaan ini menyebabkan Anwar tidak diyakini sebahagian besar ahli Parlimen dan ahli parti pula menjadi huru-hara serta berpecah,” katanya.

PKR Cabang Sabak Bernam merupakan cabang kedua di negeri ini yang mengisytiharkan keluar parti selepas PKR Cabang Sungai Besar bertindak meninggalkan parti itu, semalam.

Sumber:

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...