‘9 daripada 10 tak mahu UMNO bersama PPBM’ – Mohamad Hasan

Mohamad berkata, isu kerjasama dengan parti lain akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam esok. Sumber (gambar): Fail TTF

ء9 درڤد 10 تق ماهو امنو برسام ڤڤبمء – محمد حسن

Majoriti akar umbi UMNO tidak mahu parti itu mengadakan kerjasama dengan PPBM pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, bulan depan.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata itu adalah ukuran yang dilihatnya membabitkan pandangan akar umbi berhubung penerimaan dalam kerjasama antara parti pada pilihan raya berkenaan.

“Nampaknya kalau kita letak ukuran 10, sembilan daripadanya tidak mahu UMNO bersama dengan BERSATU. Bagaimanapun, itu pandangan secara umum.”

Ditanya mengenai kerjasama Muafakat Nasional (MN), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau itu berkata, kerjasama berkenaan banyak bergantung kepada PAS.


KUALA LUMPUR: Majoriti akar umbi UMNO tidak mahu parti itu mengadakan kerjasama dengan parti BERSATU pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, bulan depan.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata itu adalah ukuran yang dilihatnya membabitkan pandangan akar umbi berhubung penerimaan dalam kerjasama antara parti pada pilihan raya berkenaan.




“Nampaknya kalau kita letak ukuran 10, sembilan daripadanya tidak mahu UMNO bersama dengan BERSATU. Bagaimanapun, itu pandangan secara umum.

BACA JUGA: MUSLIHAT DI SEBALIK LARANGAN CERAMAH DI MELAKA

“Parti akan ambil pandangan semua dan maklum balas, kita akan teliti, kita buat pengiraan untung ruginya, kalau bersama macam mana, kalau tak bersama macam mana, itu semua diambil kira,” katanya kepada BH, hari ini.

Mohamad berkata, isu kerjasama dengan parti lain akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam esok.

Katanya, mesyuarat juga akan membentangkan persiapan parti untuk menghadapi PRN Melaka.

Ditanya mengenai kerjasama Muafakat Nasional (MN), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau itu berkata, kerjasama berkenaan banyak bergantung kepada PAS.

“Kita sentiasa menghulurkan tangan, tetapi PAS kena buat keputusan sama ada mahu bersama Perikatan Nasional (PN) atau dengan MN.

“Kita minta PAS buat keputusan, jangan pula UMNO dilihat sebagai yang tidak mahu. Sebenarnya, kita sudah katakan terpulang kepada PAS, kita sentiasa menghulurkan tangan.

Loading...

“Malah, pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini pun kita sudah menyatakan tidak akan mengadakan kerjasama dengan BERSATU, tetapi kita mahu terus mengukuhkan MN. Jadi itu terpulang kepada mereka (PAS),” katanya.

Sumber:

WAJIB BACA:

Pelik bila Zahid enggan turun ke Melaka berunding dengan semua ADUN UMNO

 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...