
Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg secara rasmi mengumumkan tidak menyertai mana-mana kumpulan pembangkang di Semenanjung Malaysia.
Patinggi, yang turut merupakan Ketua Menteri Sarawak, memberi reaksi terhadap kenyataan presiden UMNO Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa UMNO dan sekutunya mampu menjadi Kuasa Ketiga.
TTF difahamkan bahawa GPS tidak bersekutu dengan presiden PKR Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan lebih memihak kepada timbalannya, Dato’ Seri Azmin Ali.
Kenyataan Patinggi merupakan penolakan bulat-bulat idea Zahid dan disyaki berpunca dari ura-ura wujudnya kerjasama sulit antara Anwar dan beberapa individu dari kepimpinan tertinggi UMNO.
SUBANG JAYA: Gabungan Parti Sarawak (GPS) secara rasmi mengumumkan tidak menyertai mana-mana kumpulan pembangkang di Semenanjung Malaysia.
Pengerusinya, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata GPS ingin kekal bebas dan bersendirian.
“Kami ini bebas, Kami GPS, kami bersendirian,” katanya selepas menghadiri Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sarawak (UniMaS) ke 23 di Kota Samarahan, Sarawak.
Patinggi, yang turut merupakan Ketua Menteri Sarawak, memberi reaksi terhadap kenyataan presiden UMNO Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa UMNO dan sekutunya mampu menjadi Kuasa Ketiga.
TTF difahamkan GPS tidak bersekutu dengan presiden PKR Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan lebih memihak kepada timbalannya, Dato’ Seri Azmin Ali.
Isnin lalu, Zahid menyentuh kemungkinan mewujudkan ‘Kuasa Ketiga’ bersama bersama 40 ahli parlimen dari UMNO, 18 dari PAS, 19 dari Sarawak, sembilan dari Sabah dan ‘lima lagi’ ahli parlimen yang tidak dinamakan.
Bilangan kerusi yang dipegang oleh GPS di Sarawak ketika ini berjumlah 19, bermakna Zahid sebenarnya merujuk kepada gabungan berkenaan apabila mengambil kira kerusi Sarawak.
Kenyataan Patinggi merupakan penolakan bulat-bulat idea Zahid dan disyaki berpunca dari ura-ura wujudnya kerjasama sulit antara Anwar dan beberapa individu dari kepimpinan tertinggi UMNO.
THE THIRD FORCE
