Abdul Ghani: Pilihan Raya Kecil Batu Sapi diteruskan

Ada pihak yang mencadangkan kepada SPR agar PRK tidak diadakan dalam waktu terdekat disebabkan penularan wabak Covid-19 yang dilihat makin teruk. Sumber (gambar): Fail TTF

عبدالغني: ڤيليهن راي كچيل باتو ساڤي دتروسكن

Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan parlimen Batu Sapi harus diteruskan menurut peruntukkan Perlembagaan Persekutuan susulan kematian penyandang kerusi kawasan itu Liew Vui Keong.

Demikian menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Abdul Ghani Salleh, yang berkata penangguhan pilihan raya melebihi 60 hari seperti yang diwajibkan oleh perlembagaan persekutuan tidak mungkin boleh dilakukan.

Menurut Ghani, SPR secara rasmi telah menerima notis mengenai kekosongan kerusi parlimen Batu Sapi semalam, dan suruhanjaya itu akan bermesyuarat minggu depan untuk membincangkan mengenai pilihan raya tersebut.

Timbalannya, Azmi Sharom juga memberikan jawapan serupa ketika dihubungi. Katanya, mereka tidak mempunyai pilihan lain.


PETALING JAYA: Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan parlimen Batu Sapi harus diteruskan menurut peruntukkan Perlembagaan Persekutuan susulan kematian penyandang kerusi kawasan itu Liew Vui Keong.

Demikian menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Abdul Ghani Salleh, yang berkata penangguhan pilihan raya melebihi 60 hari seperti yang diwajibkan oleh perlembagaan persekutuan tidak mungkin boleh dilakukan.




Ada pihak yang mencadangkan kepada SPR agar PRK tidak diadakan dalam waktu terdekat disebabkan penularan wabak Covid-19 yang dilihat makin teruk.

“Kita masih harus mengadakan pilihan raya walaupun semasa wabak,” Ghani dilaporakan berkata kepada Malaysiakini.

Menurut Ghani, SPR secara rasmi telah menerima notis mengenai kekosongan kerusi parlimen Batu Sapi semalam, dan suruhanjaya itu akan bermesyuarat minggu depan untuk membincangkan mengenai pilihan raya tersebut.

Timbalannya, Azmi Sharom juga memberikan jawapan serupa ketika dihubungi. Katanya, mereka tidak mempunyai pilihan lain.

“Kami tidak ada pilihan,” katanya dalam satu mesej teks ringkas.

“Jadi satu-satunya cara adalah dengan memastikan prosedur operasi standard yang lebih ketat.”

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...