Acryl Sani adalah Ketua Polis Negara baharu

Acryl Sani, 60, yang kini berada kedudukan nombor dua pasukan Sang Saka Biru berpengalaman luas dalam tugas kepolisan. Sumber (gambar): Fail TTF

اچريل سني اداله كتوا ڤوليس نڬارا بهارو

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani adalah Ketua Polis Negara (KPN) baharu menggantikan Tan Sri Abdul Hamid Bador yang tamat kontraknya Isnin depan.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin pada majlis penyerahan surat pelantikan KPN di kementeriannya di sini sebentar tadi.

Acryl Sani dilahirkan di Petaling Jaya, Selangor pada 1961. Beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan telah memiliki Ijazah Sarjana Kejuruteraan Awam.

Pada 2 Februari 1986, beliau secara rasmi menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai Kadet Asisten Superintendan Polis (ASP).

Abdul Hamid, 62, tamat kontraknya pada 3 Mei ini.


PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani adalah Ketua Polis Negara (KPN) baharu menggantikan Tan Sri Abdul Hamid Bador yang tamat kontraknya Isnin depan.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin pada majlis penyerahan surat pelantikan KPN di kementeriannya di sini sebentar tadi.




Acryl Sani, 60, yang kini berada kedudukan nombor dua pasukan Sang Saka Biru berpengalaman luas dalam tugas kepolisan.

Antaranya beliau pernah menjadi pengarah di beberapa jabatan di Bukit Aman antaranya Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Jabatan Sumber Strategik dan Pengarah Teknologi (StaRT) serta Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) selain menjadi pegawai penyiasat, Ketua Polis Daerah dan Ketua Polis Negeri.

Acryl Sani dilahirkan di Petaling Jaya, Selangor pada 1961. Beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan telah memiliki Ijazah Sarjana Kejuruteraan Awam.

Pada 2 Februari 1986, beliau secara rasmi menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai Kadet Asisten Superintendan Polis (ASP).

Abdul Hamid, 62, tamat kontraknya pada 3 Mei ini.

THE THIRD FORCE

WAJIB BACA:

BANDINGKAN KENYATAAN SAYA DAN NAJIB, NILAI SENDIRI SIAPA BERCAKAP BENAR

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...