“Kerajaan perlu melibatkan farmasi-farmasi yang berdaftar sepertimana yang disarankan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad agar program imunisasi Covid-19 kebangsaan dapat dipendekkan kepada tempoh tiga hingga empat bulan bagi menyelamatkan puluhan ribu nyawa dan mengelakkan sistem kesihatan negara daripada lumpuh terus”
Raggie Jessy Rithaudeen
اد 70 منتري دان تيمبالن منتري، توڠڬو اڤ لاڬي؟
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
1. Blok kerajaan pada ketika ini memiliki rekod jumlah lantikan politik terbesar dalam sejarah tanah air, merangkumi 70 menteri dan timbalan menteri serta berpuluh-puluh pengerusi syarikat dan agensi berkait kerajaan.
2. Laporan-laporan Bank Dunia dan United Nations pula mendapati perkembangan ekonomi negara agak terbantut dengan kadar pelaburan asing terus terburuk di rantau asia tenggara.
3. Saya fikir semua ini akan mengurangkan dengan mendadak beban kerja beberapa kementerian kerajaan selain daripada Kementerian Perdagangan Antrabangsa dan Industri (MITI).
4. Saya mengaku, saya tidak memiliki kemahiran dalam tadbir urus kementerian sepertimana menteri atau tenaga kerja kementerian terbabit.
5. Tetapi lazimnya, jika pelaburan terus asing ke negara kita menurun secara mendadak, tahap pelaburan ke dalam syarikat-syarikat berkait kerajaan akan turun bersama.
6. Ini kerana sebahagian besar nilai pelaburan terus asing membabitkan syarikat-syarikat berkait kerajaan atau projek-projek melibatkan syarikat-syarikat berkenaan.
7. Maka sudah pasti bilangan projek yang dikendalikan oleh syarikat-syarikat ini dengan pihak kementerian akan berkurang secara mendadak.
BACA JUGA: INI BUKAN TOTAL LOCKDOWN
8. Kesemua ini menjurus kepada masa dan tenaga kerja yang terluang atau pengurangan beban kerja melibatkan ratusan warga kementerian, syarikat dan agensi berkait kerajaan, termasuk juga menteri dan timbalan menteri terbabit.
9. Sudah tentu masa dan tenaga kerja yang terluang ini boleh dimanfaatkan dalam perang menentang wabak Covid-19 yang makin menggila dan mampu melumpuhkan sistem kesihatan negara.
10. Ini adalah pertimbangan asas yang seharusnya dipraktikkan dari awal lagi, memandangkan suasana krisis memerlukan kita mengambil langkah-langkah kecemasan dan berfikir di luar kotak (out of the box).
11. Kerajaan perlu sedar bahawa keadaan krisis memerlukan penyusunan semula prioriti, dan prioriti kita sekarang adalah untuk mengerahkan sebanyak mana tenaga yang mungkin dalam kerajaan untuk memerangi wabak Covid-19.
12. Jangan lupa bahawa kerajaan telah melarang parlimen bersidang biarpun Yang Di-Pertuan Agong bertitah bahawa parlimen boleh bersidang dalam tempoh Darurat.
13. Ini bermakna, kesemua ahli parlimen blok kerajaan yang tidak bergelar menteri atau timbalan menteri turut mempunyai masa terluang untuk melibatkan diri dalam perang menentang Covid-19 bersama menteri dan timbalan menteri.
14. Dengan adanya begitu banyak tenaga kerja tambahan, kerajaan perlu menghentikan monopoli pembelian dan pemberian vaksin dengan melibatkan lebih banyak kementerian, syarikat dan agensi berkait kerajaan.
14. Kerajaan turut perlu melibatkan farmasi-farmasi yang berdaftar sepertimana yang disarankan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad agar program imunisasi Covid-19 kebangsaan dapat dipendekkan kepada tempoh tiga hingga empat bulan bagi menyelamatkan puluhan ribu nyawa dan mengelakkan sistem kesihatan negara daripada lumpuh terus.
WAJIB BACA:
