
اد چوبأن باوا ماسوق ءڤڠوندي هنتوء اونتوق سكت ڤرتنديڠن جاوتن ترتيڠڬي – خيري
UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI
Khairy Jamaluddin hari ini mendakwa ada cubaan untuk membawa masuk ‘pengundi hantu’ bagi meluluskan usul tambahan agar dua jawatan tertinggi parti itu tidak dipertandingkan.
Menurut laporan, Khairy berkata, dia difahamkan tag kedudukan perwakilan yang sebelum ini diletakkan di kerusi Dewan Merdeka telah ditanggalkan bagi menempatkan ‘pengundi hantu’ terbabit.
“Petang ini akan ada undian (untuk usul) dan saya difahamkan akan dilulus.
“Malah, ada beberapa tag di kerusi dalam dewan Merdeka yang dikhaskan untuk perwakilan bahagian telah dicabut dan tanggal supaya perwakilan-perwakilan import boleh dibawa masuk untuk sorak dan lulus usul supaya nombor satu dan dua ini tidak dipertandingkan.”
Khairy Jamaluddin hari ini mendakwa ada cubaan untuk membawa masuk ‘pengundi hantu’ bagi meluluskan usul tambahan agar dua jawatan tertinggi parti itu tidak dipertandingkan.
Menurut laporan, Khairy berkata, dia difahamkan tag kedudukan perwakilan yang sebelum ini diletakkan di kerusi Dewan Merdeka telah ditanggalkan bagi menempatkan ‘pengundi hantu’ terbabit.
Khairy mendakwa, langkah ini berkemungkinan besar untuk meluluskan usul kelapan yang dijadual berlangsung pada jam tiga petang ini.
“Petang ini akan ada undian (untuk usul) dan saya difahamkan akan dilulus.
“Malah, ada beberapa tag di kerusi dalam dewan Merdeka yang dikhaskan untuk perwakilan bahagian telah dicabut dan tanggal supaya perwakilan-perwakilan import boleh dibawa masuk untuk sorak dan lulus usul supaya nombor satu dan dua ini tidak dipertandingkan.
“Saya merayu kepada perwakilan yang ada di dalam dewan kita jangan biarkan usul ini lulus terutamanya usul tiada pertandingan bagi jawatan nombor satu dan dua parti.
“Kita bagi perwakilan di bahagian kebebasan untuk memilih pucuk pimpinan parti yang akan datang,” katanya.
Mengulas lanjut, Khairy mahu usaha yang disifatkannya sebagai ‘Langkah Dewan Merdeka’ dihentikan oleh para perwakilan.
“Jadi sangat penting perwakilan dalam Umno jangan melakukan Langkah Dewan Merdeka untuk bunuh demokrasi dan menidakan suara perwakilan di bahagian akar umbi untuk menentukan masa depan parti kita untuk memilih apa boleh dan siapa layak menerajui parti kita,” tambah Khairy.
Menurut Khairy, usul kelapan itu juga agak pelik apabila ianya dibawa oleh perwakilan Negeri Sembilan sendiri.
“Seperti mana yang dijangka, satu usul dibentang oleh pembahas Negeri Sembilan, dia sebenarnya dari Rembau.
“Orang Rembau tahu siapa, saya rasa pelik sebab orang Rembau yang bawa usul ini. Pelik sebab timbalan presiden ialah ketua bahagian Rembau.
“Kalau nak bawa usul tambahan pun cover-lah sikit, apa jadi pada Mohamad Hasan?” soal Khairy.
THE THIRD FORCE
