“Saya mengesyaki tindakan Anwar memecat Kenny adalah “wayang kulit” semata-mata bagi menangkis persepsi yang mungkin timbul di kalangan pemimpin Sabah bahawa beliau terlibat dalam usaha sulit untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Shafie”
Raggie Jessy Rithaudeen
اد دعوأن انور چوبا ‘بنتو’ اوسها جاتوهكن كراجأن ڤيمڤينن شافعي اڤدل
Saudara saudari sudah tentu tahu perihal pemecatan Kenny Chua Teck Ho dari PKR oleh Lembaga Disiplin parti tiga hari yang lalu.
Sepintas lalu, Kenny merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inanam di Sabah yang dipecat atas dakwaan beliau berada dalam blok bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dan terlibat dalam usaha menjatuhkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Shafie Apdal.
Mendengar ini, sudah tentu saudara saudari bertanggapan bahawa Anwar berang dengan usaha Musa Aman menjatuhkan kerajaan Sabah dan bertindak memecat Kenny kerana ‘bersubahat’ dengan Musa, bukan?
Jika itu tanggapannya, maka saya tidak salahkan anda, kerana Anwar sememangnya sudah kalut dan terlalu sangsi dengan ramai pihak dalam PKR hinggakan sanggup memecat sesiapa sahaja yang disyaki “agen Datuk Seri Azmin Ali.”
Tetapi tahukah anda, kesemua pemimpin dan ahli PKR Sabah yang rapat dengan Azmin samada sudah dipecat ataupun sudah bertindak keluar dari parti atas inisiatif sendiri?
Dan tahukah anda, bahawa Kenny merupakan penyokong tegar Anwar dan secara terbuka menzahirkan sokongan beliau terhadap Anwar sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan pada 2hb Julai 2020?
Malah, bukan hanya Kenny kenalan rapat Anwar, beliau mengadakan perjumpaan dengan presiden PKR itu lebih kurang dua minggu sebelum bertindak keluar dari PKR untuk bersama Musa.
Ini bukanlah dakwaan saya, tetapi dakwaan kumpulan “Anything But Anwar Ibrahim” (ABAI) menerusi posting di Facebook kumpulan itu (RUJUK SINI).
Jadi persoalannya, mengapakah Anwar bertindak memecat Kenny?
Untuk menjawab soalan ini, saya ingin membawa perhatian saudara saudari terhadap satu lagi dakwaan, bahawa Anwar ‘merestui’ kerjasama Kenny dan Musa kerana mahu “mengajar” Shafie.
Saya tidak dapat pastikan samada dakwaan ini sahih atau tidak tetapi mendengarnya dari beberapa sumber dalaman yang saling tidak mengenali satu sama lain, termasuk ABAI.
Menurut ABAI, Anwar ingin “mengajar” Shafie disebabkan cadangan DAP untuk menjadikan Ketua Menteri Sabah itu calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH).
Ini sekaligus menjadikan penentangan Anwar terhadap Pilihan Raya Sabah dan sokongan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah terhadap Kenny logik, memandangkan usaha Anwar untuk “mengajar” Shafie, andai kata benar ianya wujud, gagal.
Bersambung di bawah

Saya difahamkan, hubungan akrab antara Anwar dan Kenny diketahui oleh ramai pemimpin Sabah yang terkejut dengan tindakan Anwar memecat Kenny secara tiba-tiba.
Justeru, saya mengesyaki bahawa tindakan Anwar memecat Kenny adalah “wayang kulit” semata-mata bagi menangkis persepsi yang mungkin timbul di kalangan pemimpin Sabah bahawa beliau terlibat dalam usaha sulit untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Shafie.
Sekiranya benar, bukan hanya Kenny mangsa politik Anwar, DAP dan AMANAH perlu membuka mata dan sedar bahawa Anwar mempunyai agendanya tersendiri yang hanya akan merugikan sesiapa sahaja yang berdamping dengannya.
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
