
اد كبيمبڠن محضير كمبالي بركواس
Biarpun Perikatan Nasional mendakwa pihak Pakatan Harapan Plus (PH Plus) tidak disokong majoriti rakyat Malaysia, kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpinnya hampir setiap hari memberikan persepsi seolah-olah wujud kebimbangan serius Tun Dr Mahathir Mohamad akan kembali.
Hari ini, Datuk Seri Azmin Ali mendakwa isu perebutan jawatan Perdana Menteri yang menjadi punca keruntuhan kerajaan pimpinan PH sebelum ini dijangka berulang kembali sekiranya pakatan pembangkang itu kembali mengambil alih kerajaan.
“Kalau PH masuk balik, isu (perebutan jawatan Perdana Menteri) akan timbul balik, cukup-cukuplah rakyat hendak hadap kerenah dua orang politik ini,” katanya.
Kenyataan Azmin bukanlah yang pertama berkenaan kedudukan majoriti terkini melibatkan Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan.
PETALING JAYA: Biarpun Perikatan Nasional mendakwa pihak Pakatan Harapan Plus (PH Plus) tidak disokong majoriti rakyat Malaysia, kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpinnya hampir setiap hari memberikan persepsi seolah-olah wujud kebimbangan serius PH akan kembali.
Hari ini, Datuk Seri Azmin Ali mendakwa isu perebutan jawatan Perdana Menteri yang menjadi punca keruntuhan kerajaan pimpinan PH sebelum ini dijangka berulang kembali sekiranya pakatan pembangkang itu kembali mengambil alih kerajaan.
Azmin, yang merupakan salah seorang perancang utama Langkah Sheraton, berkata rakyat sekali lagi akan berdepan kemelut pergolakan politik tidak berkesudahan di antara Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dipertikaikan, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut laporan Sinar Online, Azmin turut berkata isu perbalahan politik sehingga membawa ke jalan raya antara Dr Mahathir dan Anwar sebenarnya sudah berlaku sejak tahun 1997 lagi dan berterusan sehingga hari ini.
“Kita dapat lihat PH dalam isu menentukan siapa calon PM pun masih tidak selesai sehingga kini.
“Dalam tempoh tiga bulan sebelum ini, tiada orang yang tanya siapa bakal Perdana Menteri sewaktu kerajaan Perikatan Nasional (PN) mentadbir.
“Kalau PH masuk balik, isu (perebutan jawatan Perdana Menteri) akan timbul balik, cukup-cukuplah rakyat hendak hadap kerenah dua orang politik ini,” katanya.
Kenyataan Azmin bukanlah yang pertama berkenaan kedudukan majoriti terkini melibatkan Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan.
Terdahulu, beberapa pemimpin UMNO dan PPBM memperlekeh dakwaan seorang individu yang berkait dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya Pakatan Harapan memiliki sokongan 129 ahli parlimen.
Dakwaan ini palsu.
Walaubagaimanapun, setakat yang TTF faham dan sepertimana yang dihuraikan sebelum ini, memang berlaku peralihan majoriti melibatkan ahli-ahli parlimen dari PPBM, UMNO (Team B) dan beberapa dari Sarawak seandainya PH Plus mencalonkan Mahathir atau Datuk Seri Mukhriz Mahathir bagi jawatan Perdana Menteri.
PH Plus merupakan sebuah kesefahaman baharu melibatkan parti-parti komponen Pakatan Harapan dan blok “Kuasa Ketiga,” terdiri daripada kem Mahathir (PPBM), WARISAN dan sekumpulan ahli parlimen dari UMNO, PPBM (blok kerajaan) dan Sarawak.
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
