Rosdzaman Dato’ Haji Mohd Yusup
Tindakan dua ahli Parlimen dari DAP, Ramkarpal Singh, dan RSN Rayer, mewakili empat ahli parti tersebut yang ditahan di bawah SOSMA baru-baru ini tanda berlaku konflik kepentingan dan keretakan dalam kerajaan pimpinan Pakatan Harapan.
Demikian menurut Pengerusi Bersama Gerakan Bangsa Nasional (GBN), Rosdzaman Dato’ Haji Mohd Yusup, yang menjelaskan bahawa DAP adalah sebahagian daripada gabungan parti pemerintah dan harus senada dengan ketua gabungan tersebut.
“Ini tidak, Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) kata berpuas hati dengan tindakan polis, DAP pula beriya-iya mempertikai SOSMA,” katanya.
Menurut Rosdzman, tidak menjadi hal jika Ramkarpal dan Rayer bertindak dalam kapasiti peribadi kerana setiap yang tertuduh itu berhak mendapat pembelaan oleh mana-mana peguam yang berkelayakan.
Malangnya, kedua-dua Ramkarpal dan Rayer tidak bertindak dalam kapasiti peribadi tetapi mewakili parti DAP dalam membela nasib mereka yang tertuduh yang turut merupakan ahli-ahli DAP berjawatan.
“Sudah tentu ada konflik kepentingan di situ kerana Rayer dan Ramkarpal merupakan ahli parlimen dan berasal dari parti yang menjadi sebahagian daripada gabungan parti pemerintah.
“Keempat-empat tahanan tersebut turut berjawatan, di mana dua daripadanya Ahli Dewan Undangan Negeri.
“Ini dah jadi kes wakil kerajaan pusat cuba bela wakil kerajaan negeri, kerana orang yang mengerah Rayer dan Ramkarpal mewakili mereka yang ditahan itu tak lain tak bukan Lim Guan Eng, iaitu Setiausaha Agong DAP merangkap Menteri Kewangan.
“Rumusannya, yang ditangkap bersangkut dengan kerajaan dan akan dibela oleh peguam yang bersangkut dengan kerajaan yang dikerah oleh seorang menteri kerajaan.
“Dan semua orang tahu, pihak polis turut berada di bawah pantauan kerajaan pusat menerusi Kementerian Dalam Negeri. Jadi Menteri Kewangan sedang mencabar Menteri Dalam Negeri ke ini?”
Semalam, Ramkarpal berkata pihaknya mempertimbang untuk menfailkan kepada mahkamah berhubung permohonan berkenaan.
Katanya, mereka akan mengumpulkan maklumat berhubung penangkapan dua ADUN terbabit sebelum menfailkan permohonan mencabar penahanan polis di bawah SOSMA sebelum hujung minggu ini.
“Siapa nak kata Ramkarpal ini tidak berniat ganggu gugat urusan kementerian Tan Sri Muhyiddin Yassin atas arahan Guan Eng? Persepsinya begitu, kan?” tanya Rosdzaman.
GERAKAN BANGSA NASIONAL
Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don’t need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).
FOLLOW US ON TELEGRAM AND TWITTER:
TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)
TELEGRAM: Rosdzaman Dato’ Hj Mohd Yusup
TELEGRAM: Norismail Sarbini
TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)
WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com
