ADA PERJANJIAN SULIT ANTARA ZAHID DAN PH YANG TIDAK DIKETAHUI UMUM?

Saya percaya ada satu lagi perjanjian sulit di antara Anwar, Zahid dan DAP yang tidak diketahui umum….(TONTON JUGA PENJELASANNYA DI SINI, KLIK DI SINI)

Raggie Jessy Rithaudeen

1.     Setelah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilepaskan daripada 47 pertuduhan jenayah secara luar tabii (KLIK DI SINI UNTUK TONTON PENDEDAHAN PENUH ISU PELEPASAN ZAHID), DAP menjadikan beliau tetamu kehormat pada persidangan tahunan parti itu.

2.     Namun, sebelum Pilihan Raya Umum ke-15, DAP dan Datuk Seri Anwar Ibrahim bernati-matian menentang Zahid dan UMNO, disamping berjanji untuk mengheret ‘kleptokrat’ ke mahkamah.




3.     Malah, Anwar, Anthony Loke, Fahmi Fadzil dan Rafizi Ramli mengaitkan Zahid dengan scandal LCS dan berjanji untuk menghadapkan semua terbabit ke muka pengadilan.

4.     Anthony Loke sendiri mendakwa Zahid “kantoi menipu” dan terlibat secara langsung dalam skandal LCS berdasarkan bukti hitam putih yang didedahkan oleh Rafizi.

5.     Namun, selepas PRU15, Zahid bukan hanya dinaikkan sebagai Timbalan Perdana Menteri, beliau akhirnya dilepaskan daripada 47 pertuduhan jenayah secara luar tabii.

6.     Zahid juga tidak kisah jika majoriti akar umbi dan kepimpinan UMNO mahukan beliau letak jawatan setelah pencapaian buruk UMNO di PRU15 dan PRN enam negeri.

7.     Saya percaya ada satu lagi perjanjian sulit di antara Anwar, Zahid dan DAP yang tidak diketahui umum….

TONTON DI SINI UNTUK PENJELASAN SEPENUHNYA (KLIK DI SINI)



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...