Ada pihak cuba lagakan Melayu-Islam dengan Bangsa Cina

“Tindak tanduk mereka akhirnya akan menyebabkan masyarakat Melayu-Islam dipandang serong dan ‘sama rasis’ dengan pihak yang ditentang dahulu, sekaligus menyebabkan semangat Islamophobia terus mekar di tanah air apabila bukti pembabitan ‘orang Muslim’ dengan agenda “anti-Cina” dan “anti-perpaduan” didedahkan”

Raggie Jessy Rithaudeen

سينتيمن ءانتي-دڤء كيني دتوكر جادي ءانتي-چيناء اوليه ڤيهق ترتنتو

Sempena bulan Ramadan, hari ni saya nak cerita sedikit babak perkauman. Diharap saudara-saudari dapat membaca sampai habis dengan minda terbuka kerana apa yang ingin saya sampaikan agak penting untuk kita renungkan bersama.




Semasa Pakatan Harapan mengambil alih tampuk kepimpinan negara, saya lantang menentang DAP, khususnya, Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang. Kemudian, apabila Dong Zong cuba mencucuk jarum kebencian masyarakat Cina terhadap Islam dan Melayu, saya hampir cetuskan perhimpunan besar-besaran kerana tidak puas hati dengan sikap mereka.

Sudah tentu tuan-tuan dan puan-puan masih ingat lagi kan?

Saya sebenarnya menentang puak-puak ini kerana saya lihat mereka ini bersifat anti-Islam, anti-Melayu, anti-perpaduan dan anti-kemakmuran. Tetapi saya lah antara ahli kumpulan yang bermesyuarat di Ampang pada bulan November tahun 2018 bagi menetapkan identiti baru bagi puak-puak yang bersifat rasis agar penentangan umat Islam terhadap mereka tidak bertumpu kepada kaum Cina.

Dan dalam mesyuarat itulah lahir istilah “Bangsa DAP.”

Ya, kami berbuat demikian kerana kami tidak ingin Bangsa Cina dikecam sepertimana Bangsa dan Agama kami dikecam. Saya kemudiannya memuat naik beberapa artikel tulisan ahli-ahli kumpulan kami hingga akhirnya melekat istilah “Bangsa DAP.”

Hari ini, setelah kerajaan pimpinan Pakatan Harapan tumbang dan digantikan dengan kerajaan pimpinan Perikatan Nasional yang bertunjangkan kepimpinan Melayu-Islam, seharusnya, penumpuan yang diberikan terhadap penyatuan ummah secara menyeluruh. Malangnya, bukan hanya ahli-ahli politik tertentu dari kalangan ‘orang kita’ sedang sibuk membuat percaturan rahsia untuk menumbangkan Perikatan Nasional dan mencantas Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sekumpulan penyokong mereka (ada yang ditaja) sedang mengapa-apikan semangat kebencian kaum Melayu terhadap Bangsa Cina, bukan DAP.

Ya, ada puak-puak tertentu yang boleh dianggap ‘rasis’ kini sedang meresap masuk kumpulan-kumpulan media sosial dan menimbulkan provokasi “anti-Cina” walaupun pihak yang dimaksudkan sebenarnya DAP. Malah, sama seperti puak PKR dulu memutar belit fakta dengan gambar palsu ketibaan pengundi Bangladesh dalam kuantiti besar di KLIA, mereka kini menularkan gambar palsu kehadiran Cina dalam kuantiti besar-bersaran bagi menimbulkan persepsi seolah-olah orang Cina yang tiba ini semuanya diberi kerakyatan.

Loading...

Saya mengaku, isu kemasukan warga China yang diberi kerakyatan secara haram ada kesahihannya dan perlu diberi perhatian. Tetapi apa yang puak ini sedang lakukan ialah memutarbelit fakta dengan perkongsian-perkongsian yang ditokok tambah, provokatif, berita palsu dan pembelasahan Bangsa Cina secara terbuka tanpa batas. Persepsi yang diberikan ialah Bangsa Cina di negara ini adalah musuh dan perlu dihantar balik ke negara asal.

Saudara saudari sekalian,

Perbincangan-perbincangan bersifat cetek dan rasis ini sudah berlarutan selama beberapa minggu dan amatlah membimbangkan. Ianya akhirnya akan memudaratkan Melayu-Islam sendiri dan tidak membawa apa-apa faedah kepada sesiapa. Malangnya, pemimpin politik yang menaja ketua-ketua puak ini tidaklah kisah sangat, asalkan agenda peribadi mereka berjaya. Mereka dilihat sedang memarakkan semangat kebencian masyarakat Melayu-Islam terhadap Bangsa Cina, mungkin disebabkan ingin agenda ‘penyatuan’ mereka terus mekar selepas tumbangnya parti DAP.

Siapa yang rugi?

Umat Islamlah, siapa lagi, kerana agenda penyatuan yang dibawa oleh puak ini cetek dan sekadar di bibir sahaja, bukannya di hati. Tindak tanduk mereka akhirnya akan menyebabkan masyarakat Melayu-Islam dipandang serong dan ‘sama rasis’ dengan pihak yang ditentang dahulu, sekaligus menyebabkan semangat Islamophobia terus mekar di tanah air apabila bukti pembabitan ‘orang Muslim’ dengan agenda “anti-Cina” dan “anti-perpaduan” didedahkan.

Saya akan berusaha untuk berjumpa dengan pihak polis selepas tamat PKP untuk membincangkan masalah ini dan idea-idea bagaimana hendak menanganinya dan akan mengadakan sidang media kemudian.

Wallahu A’lam

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...